Asam Garam Kehidupan: January 2020

Nuffnang

Pages

20 Jan 2020

anak sapu 2, mak sapu 3πŸ˜†πŸ˜†

Sebulan sekali ada bacaan yasin berjemaah di surau taman. Ada jamuan dengan masing2 bawa pot luck, malangnya semalam saya tadak idea nak buat makan apa, so semalam saya datang bawa perut dan tangan kosong tapi balik dengan perut dan tangan yang penuh sarat,hihi.. Awal tahun macam ni sekaligus membincangkan isu2 terkini dan perancangan setahun yang akan digerakkan oleh muslimah2 taman.

Antaranya muslimah nak buat kursus mandi jenazah sekaligus nak cari calun jenazah..eh..hehe..calun tukang mandi jenazah. Yang ni saya tunggu, so saya offer dirilah untuk jadi salah sorang team mandi jenazah. In shaa Allah saya nak belajar betul2, kalau boleh saya nak ikut menguruskan kalau ada kematian. Saya terkilan sebab masa kematian mak dulu saya tak dapat mandikan sendiri jenazah mak, masa tu saya takde ilmu...

Tengah syok sembang dengan kawan di sebelah tiba2 nama dipanggil, saya dicalunkan merebut jawatan...haha..caye ke korang? Takdelah, mana ada tanding2 pun..semua yang dicalunkan terima dengan hati sukarela kerana tanggungjawab mengimarahkan surau dan kaum muslimah almaklum saja muslimah ni kena selalu dipush2 untuk bergerak. Faham sebab muslimah banyak tanggungjawab,mana yang bekerja tu sibuk dengan kerja, yang tak kerja macam saya sibuk juga dengan urusan rumahtangga. So yang memegang tanggungjawab tu kenalah cuba buat sebaiknya bukan untuk glemer atau ada imbuhan apa.
Saya memang suka deco2 dan hias2 ni..oklah kot..mana tau saya boleh menambah suasana keceriaan di dalam surau muslimah dan tandas, in shaa Allah saya nak cuba buat macam sorang makcik dalam ceramah ustazah Asma Harun, makcik ni diberi amanah jaga kebersihan tandas surau, dihias cantik siap ada bunga2, ada bangku, ada kipas, wangi..


So saya diberi tugas sebagai wakil jalan 1/15..lorong rumah sayalah tu dan ketua biro fasiliti dan keceriaan surau. In shaa Allah tolong doakan saya dapat jalankan amanah yang diberi ye.

15 Jan 2020

Tasbih digital.

Comel, boleh sarung macam cincin, banyak kaler pilihan, murah..kualiti? Bergantung pada cara guna kot..sebab saya pernah guna kejap dah rosak, hihi..bukanlah maknanya saya rajin sangat berzikir sampai cepat naw rosak, mungkin sebab saya ni jenis suka taruk merata2 tempat.
Biasalah pastu terlupa kat mana taruk, cari2 tak jumpa..tengok2 ada dalam bakul bawang..gitulah.
Arwah ma saya punya, arwah ma pergi haji tahun 2002, sampai sekarang masih elok..cuma berkarat sikitlah. Arwah ma dok ketik, ketik,ketik..ke mana2 pun dibawaknya. Saya pun jarang guna ni, dulu2 Umar Zikri dok buat main je, nasib baik tak rosak.

8 Jan 2020

Dua2 kau sapu yea..

Diolog ibu dan Umar Zikri.
...susah tak jadi ketua kelas?
,,, susah, kena cari budak ponteng klas..
,.. ponteng kelas, dorg gi mane?
...nyorok dalam tandas.
...Dorg gi kencing kot.
...Tak, dah lama dekat 30 minit.
...habis tu jumpa tak?
.. . Jumpa.
...habis tu buat apa?
...BB suruh dorg masuk kelas
...Dorang masuk tak?
...Masuk.

Alhamdulillah...moga jadi ketua kelas yang berwibawa.
Menyemat no1, pantang diusik rambutnya cepat2 disikat semula.
Bersiap nak gi jemaah maghrib dan isya di surau.

 Ibu pun bagi tips camane nak kontrol kelas kalau cikgu tak masuk.
" kalo cikgu takde, suruh budak2 tu nyanyi ramai2 ye, eh..suruh ngaji...ayat Kursi, surah An nass, Tabbat yada..."
Dijawab eh..
" Nanti dorang kata tunjuk alim plak"

Kikiki...pandai dah menjawabnya..almaklum budak dah masuk 11 tahunla katakan.

Rupanya kat sekolah agama pun dia jadi ketua kelas..ehmmmm3x..pandai2lah kaulah ye jalankan tanggungjawab sebagai ketua, jangan ko bawak perangai manja ngengada tu kat kelas plak...

3 Jan 2020

Leganya hati ni ya Allah.

Alhamdulillah result pt3 Nadhrah Hannani walaupun tak sebagus abang dan kakak tapi bolehla 5A dan takde yang fail. Bolehla..dia sendiri tak xpect ada A, dia kata susah, tak boleh jawab soalan..tapi dengan result bahasa arab pun termasuk salah satu yang dapat A tu, so abah decided dia boleh sambung kelas KAA di form 4. KAA tu singkatan untuk kelas aliran agama. Pada kami makpak ni biarlah dia belajar bahasa arab tu, aku sendiri rasa rugi tak tahu lansung bahasa arab, menyebabkan aku tak faham Al Quran...
Di hari keluar result pt3
Cuma yang mendukacitakan kami di sekolah tu takde KAA untuk form 4. Nak mohon asrama pun rasanya susah nak dapat sebab math dia tak dapat A..nak teruskan di sekolah tu rasa sayang dan rugi separuh jalan belajar macam tu..jadi camane...
Akhirnya abah nekad tukarkan ke sekolah lain, di kawasan semenyih ni juga yang ada kelas KAA..
Tapi masalahnya kenderaan..
Aku memang takleh drive walaupun ada lesen, kalau berani pun kereta pulak takde..masalah berat nih..
Senyum lebar bila dapat result yang tak disangka2.
Pendek kata selepas abah konfem tukarkan Nadhrah ke sekolah baru, hati aku sebagai seorang mak ni memang haru biru mengenangkan kenderaan. Nak pergi sekolah ada van, masalah nak balik van tu tak boleh ambik sebab kelas KAA ni baliknya tak tentu masa, kadang pukul 2.30, kadang pukul 3.30, sebab ada tambahan subjek agama dan bahasa arab tu, susahla driver van nak susun masa.

Oh ye, lupa nak cerita...masa Form 3 Nadhrah terpaksa transit di rumah kawannya sebab masalah kenderaan nilah, tunggu abah amik masa balik kerja pukul 5.30 tu. Sebelum stay rumah kawan tu, Nahdrah stayback je kat sekolah...kt library kt surau ke..tapi hati aku ni sebagai mak rasa sedih sangat sebab dia cerita dia pernah nak nangis bila cikgu tanya kenapa dia tak balik2 lagi, akhirnya bila tanya mak kawan baik dia, Alhamdulillah dapat transit kat rumah kawannya, lega sikit hati ni.
Selamat tinggal Fatin, terimakasih jaga Nadhrah di rumah Fatin ye.
Aku tanya sana sini kalo2 ada yang sanggup ambil dan hantar balik Nadhrah, takpe bayar lebih pun sanggup, asalkan Nadhrah boleh balik rumah selepas kelas, bukan stayback kat sekolah macam dulu...
Tapi takde yang sanggup nampaknya..rawan sungguh hati ibu ni...

Tapi ya Allah sungguh Allah Maha Baik, Maha Mengatur, Maha Mendengar doa seorang ibu ni, last2 minute tinggal sehari sebelum bukak sekolah, akhirnya dapat satu kenderaan yang boleh ambil pergi dan balik..ya Allah...tak tau nak cakap macamane syukurnya, leganya hati ni..cuma tambangnya memang jauh beza lah dari van sekolah biasa..tapi biarlah..
Bila dah tukar stail pakai tudung bulat, barulah nampak macam budak form 4, kalo tak manjang macam budak form 1, tinggi tapi kurus...
Jadi semalam 2/1 khamis Nadhrah selamat bertukar ke sekolah baru form 4 KAA. Umar Zikri dah naik darjah 5, masih di sekolah lama😁...nampaktu dekat nak sama tinggi dengan kakaknya tu, dengan maknya pun sikit lagi nak sama tinggi..hrmmmmm...memang tinggi2 diorang ni, tapi kurus2..hihihi..

1 Jan 2020

Welcome (la sangat)2020.

2020 hanya 4 nombor, oraitttt...tenang2.  Nombor jer kan, lekss arr. Haha..perasan nak bergaya cam budak2 remaja menulis ek, tak sedo umur dah masuk setengah abad!!
Tapi memang hepi menulis cenggini, tak bertatabahasa, tak tersusun..bebas gitew..jadilah sesekali menulis.

Buat apa di hari rabu 1/1/2020?

Takde apa. Cam biasa je..kemas, masak..well surirumahkan. Tak gi jalan2 ke? Tak. Duk umah je.
Azam tahun baru? Malas dah nak memasang azam, lagi pun tak tau dah nak pasang azam apa untuk kehidupan yang sehari dua jer lagi ni. Cuma kalo ada pun in shaa Allah nak tambah bekal untuk akhirat je, rasanya yang tu lah belum cukup lagi.

Well korang, selamat menyambut tahun 2020, selamat berazam, selamat bertambah umur dan selamat menambah perbekalan ke sana...
memenuhi permintaan Umar Zikri walaupun maknya tak pandai benda2 cenggini, tapi digagahkan jugalah membuatnya.
Ensuami kita cutilah kan, so dia pun mengemas stor, buang apa2 yang patut.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign