Asam Garam Kehidupan: February 2019

Nuffnang

Pages

19 Feb 2019

Kisah nabi Muhammad dan kentut.

Pada suatu hari Nabi Muhaamad dan para sahabat baginda menikmati jamuan berlaukkan daging unta di dalam satu majlis ilmu, selepas jamuan mereka akan mendengar taklim dari Rasulullah dan seterusnya menunaikan solat berjamaah berimamkan baginda.

Sedang mereka enak mengadap hidangan tersebut, tiba2 salah seorang sahabat terkentut sehingga menimbulkan aroma yang kurang menyenangkan. Para sahabat masing2 saling berpandangan, baginda menyedari hal tersebut, tapi baginda hanya diam sahaja. Tidaklah diketahui siapakah sahabat yang terkentut itu...

Selesai makan, mereka menadah telinga mendengar taklim dari baginda. Selanjutnya mereka akan bersolat. Maka baginda pun berkata.." sesiapa yang makan daging unta, maka batallah wudhunya.."
Para sahabat menjawab.." kami semua makan ya Rasulullah.."
Maka kata baginda lagi.." jadi berwudhulah kamu semua.."

Kenapakah baginda berkata makan daging unta terbatal wudhu? Ya...begitu halusnya perasaan baginda dalam menjaga aib para sahabat baginda...bayangkan kalau baginda berkata.." siapa yang terkentut tadi batal wudhunya.." tentulah sahabat2 yang lain mengetahui siapakah yang terkentut itu..
Begitulah tingginya akhlak baginda..bukan macam kita hari ni, saling membongkar aib sesama kita sehingga timbul pula sakit hati, perselelisihan sesama kita..

12 Feb 2019

Bakal berkubur kah?

Huhu..ingatkan dah benti keje ni boleh rajin mengemas 'rumah' ni, tapi makin malesss la plak weyh. Tambah2  bila update phone (update app )makin susah plak nak letak gambar, makin pudarlah semangat nak menulis, eh..menaip..
Den taulah den makin sihat semenjak dua menjak ni, tu yang ikut ensomi masuk hutan, kekunun beriadah, ni tempatnya bernama hutan rekreasi sg Menyala..nama je sungai, tapi sungainya nan hado..pacat je banyak kemain, uihhh tak sanggup dah nak ikut next time..geli geleman ngan pacat..

Errr..sape tau camane cara nak bukukan hasil2 karya..cehhhh.. dari blog yang nak dikuburkan? Kalau dah jadi buku selamatlah hasil2 tulisan yang tak seberapa ni kan?

4 Feb 2019

Amalan untuk mengekalkan kasih sayang dalam rumah tangga


Usia perkahwinan yang menginjak ke angka 20-an 30-an memungkinkan kita merasa sudah hilang kemanisan, keindahan seperti yang kita rasa di awal2 perkahwinan dulu.

Entri ringkas saja hari ni. Saya nak share satu amalan menggunakan asma ul husna iaitu nama2 Allah yang kita tau banyak sangat keberkatan dan kelebihannya jika kita beramal dengan yakin. Saya dapat ni dari ceramah ustazah Asma' binti Harun. Banyak ceramahnya di youTube berkaitan usul fekah dan alam rumah tangga yang sangat berfaedah untuk kita yang menanam cita2 untuk menjadi isteri yang solehah.

Jom kita sama2 amalkan, mudah2an dengan berkat asma ul husna Allah kekalkan ikatan kasih sayang dalam rumah tangga kita. Amalannya cukup mudah, amalkan dengan yakin dan istiqomah.

Bacalah takde waktu yang khusus ditetapkan. Mungkin kita boleh buat selepas solat subuh ke..terpulang, bacalah 7x, nak baca lebih pun boleh..
"Ya Rahman, ya Rahim, ya Syakur, ya Wadud..ya Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang..aku memohon agar dikekalkan rasa kasih sayang antara aku dan suamiku dalam kehidupan rumahtangga kami, semoga rumahtangga kami merupakan aljannatul ajilah di dunia ini sebelum Engkau kurniakan syurga yang kekal abadi di sana nanti, amin.."
Atau bolehlah cipta ayat2 sendiri yang lebih indah dan sesuai dengan situasi rumahtangga kita, asalkan diawali dengan 4 nama Allah itu. In shaa Allah..
Setiap rumah tangga tidak sunyi dari diuji dari awal hingga akhir. Ada yang berjaya, ada yang kecundang. Ujian2 itu adalah medan pahala buat kita sebenarnya jika kita mampu bersabar...

3 Feb 2019

Bila sampai janji Allah

Betul kita harus mencemburui orang2 yang dicintai Allah. Supaya kita pun termotivasi untuk membuat sebanyak2 kebaikan dalam merebut cintaNya.

Mudah sangat urusannya. Sedang berehat sementara menunggu waktu zohor setelah membuat kerja2 renovation surau taman kami, tiba2 dia terkena serangan jantung, jatuh dan meninggal..

Saya adalah sempat sekali melihat arwah ni sedang membuat renovation tu, saya ikut kelas ngaji di surau tu, kira2 dua minggu lepas, sempat juga dia bertegur sapa dengan suami saya yang datang amik saya kat surau sebab nak lansung bergerak ke pasar beli barang dapur lepas ngaji tu. Yang saya tengok kerja2 renovation tu masih berjalan sehingga hari ni, belum selesai lagi..yelah..kerja2 sukarela ni berapa keratl sangatlah yang sempat datang..

Arwah ni pun baru kematian isteri pertengahan tahun lepas akibat kanser. Yelah..dah janjinya macam tu..
Kita yang tinggal ni pun dalam perjalanan menuju ke sana, antara cepat dengan lambat kita pun tak tahu..semoga kita pun mendapat kematian yang diredhai..

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign