Asam Garam Kehidupan: syawal

Nuffnang

Pages

Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

5 Aug 2014

sambungan keutamaan puasa enam di bulan syawal.

Sufyan Ats Sauri bercerita:

 " saya tinggal di Makkah selama tiga tahun lamanya dan adalah seorang lelaki ahli Makkah yang selalu datang ke Baitul Haram setiap waktu zohor dan dia bertawaf di kaabah dan solat, kemudian dia memberi slam kepada saya dan terus pulang sehingga saya kenal baik dengan dia dan saya pun dia pun kenal baik dengan saya.

 Pada suatu hari dia menderita sakit dan memanggil saya serta berkata, kalau saya meninggal dunia, mandikanlah saya, sembahyangkalah saya dan kebumikanlah serta jangan engkau tinggalkan saya sendirian di dalam kubur pada waktu-waktu malam. Bermalamlah di dekat kubur saya serta ajarkanlah saya kalimah tauhid ketika mulai ada pertanyaan Mungkar Nakir.

 Tatka akau kerjakankan apa-apa yang diperintahkan dan aku bermalam di kuburnya sedang aku dalam keadaan tidur dan jaga tiba-tiba aku mendengar suara..Hai Sufyan Ats sauri, tidak perlulah bagi mayat ini engkau jaga dan engkau ajar tauhid. 

 Maka aku bertanya: " Mengapa demikian?"
Suara itu menjawab.." Sebab dia telah berpuasa di bulan Ramadhan  dan kemudian berpuasa pula enam hari di bulan syawal sesudah ramadhan."

Aku terbangun dan tiada siapa pun di situ, aku terus ambil wudhuk dan tidur semula. Aku bermimpi seperti itu sampai tiga kali, fahamlah aku bahawa mimpi itu dari Allah Yang Maha Rahman dan bukan dari syaitan terkutuk. Aku terus pulang dari kuburnya sambil berdoa..

 Ya Allah kurniakanlah aku pertolongan untuk mengerjakan puasa bulan ramadhan dan mengikut sertakannya dengan enam hari pada bulan syawal.

Seorang wali Allah, Abdul Wahab pula berkata:

 Rahsia di dalam perintah puasa pada enam hari iniialah kerana sesungguhnya nafsu itu mungkin kemahuannya telah menemukan sasaran syahwatnya di hari raya, sehingga telah terjadilah kelengahan dan tertutup hatinya, enam hari puasa itu seakan-akan penebusnya terhadap apa-apa yang kurang dalam pelaksanaannya dan cela-cela ( yakni meninggalkan perkara sunat ) di dala puasa.

Cara puasa enam hari.
Seeloknya dibuat berturut-turut. Kata ulama " Yang lebih utama puasanya enam hari itu berturut-turut tidak berpisah, kerana berturut-turut itu lebih mendekatkan terangnya hati daripada berpisah-pisah.
Dengan melakukan berturut-turut juga lebih mendekatkan rasa seakan-akan masih di bulan ramadhan. Namun tidak ada salahnya jika tidak dapat melakukan berturut-turut. Ada juga yang nak sertakan puasa enam dengan puasa qadha yang wajib, jadi kena niatkan yang wajib dahulu seperti ini.." sahaja aku puasa qadha ramadhan wajib ke atasku berserta puasa sunat enam syawal kerana Allah"

Mudah-mudahan ada manfaatnya. In shaa Allah.
ihsan google

30 Jul 2014

Keutamaan puasa 6 di bulan syawal.

Barangsiapa menanam pokok kerana mengharapkan buahnya, dia akan menyiramnya pada waktu-waktunya. Tanda menyerapnya pohon itu terhadap air ialah daun-daunnya menjadi hijau subur. Apabila telah subur dan berlalu beberapa lama, kemudian terkena panas matahari dan daun-daunnya menjadi kering, nyatalah pokok itu tidak menyerap air. Jika daunnya tidak kering malah menghijau, nyatalah pohon itu menyerap air.

Begitu juga dengan keadaan manusia, di bulan Ramadhan mereka berpuasa, mengerjakan solat, membaca Al Quran dan melakukan berbagai amalan kebaikan iaitu semata-mata mengharapkan diterima semua amalan dengan sebab berkatnya bulan Ramadhan. Tanda diterima segala amalan itu ialah sesudah Ramadhan dia masih tetap selalu taat dan istiqomah melakukan segala kebaikan.

Puasa enam di bulan Syawal ialah amalan Rasulullah SAW, para sahabat dan orang soleh. Banyak kelebihan dan keutamaan yang disebut dalam hadis antaranya:

Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikut sertakannya enam hari di bulan syawal, maka dia terlepas dari dosa-dosanya sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya.

Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian menyertakan bulan Ramadhan itu dengan puasa enam hari di bulan syawal, dia seperti berpuasa setahun penuh.

Seterusnya sabda Nabi lagi:

Orang yang berpuasa sesudah bulan Ramadhan seperti orang yang mengulangi (perang) sesudah melarikan diri.

Banyak rahsia dan hikmah berpuasa enam hari di bulan syawal ini. Sabda Nabi SAW:

Sesungguhnya Allah telah menciptakan tujuh langit dan bumi ini selama enam hari di bulan syawal. Barangsiapa berpuasa enam hari di bulan syawal itu, maka Allah mencatat baginya kebaikan sebanyak bilangan makhluk yang telah diciptakan dan menghapuskan semua kejahatannya dan mengangkat pula akan darjatnya.

Sabda Nabi lagi:

Sesungguhnya mayat itu mempunyai enam ratus anggota badan dan pada tiap-tiap anggota badannya itu terdapat seribu mulut kecuali hati, sebab hati itu tempat makrifat (ilmu). Barangsiapa berpuasa pada yang enam ini Allah meringankan dia dalam sakaratulmaut seperti mudahnya meminum air sejuk bagi orang yang dahaga.

Bersambung...

26 Jul 2014

Balik kampung, ooo...'balik kampung'....

Banyaknya persediaan yang perlu kubuat untuk balik ke rumah arwah ma. Rumah ma sudah menjadi agak 'asing' bagiku. Masa ma masih ada aku tak perlu fikirkan asam, garam, bawang dan sebagainya. Semuanya sudah tersedia, nak masak apa je, semuanya ada.

Rumah yang ku tinggalkan juga perlu difikirkan, jangan ada sampah yang tak disapu, dibuang..jangan ada pinggan mangkuk yang terperuk di sinki, jangan lantai tak dimop, jangan sawang bergantungan....jika tidak alamat balik nanti aku berperang dengan semut dan bau busuk...

...................

Alangkah banyaknya persediaan yang perlu kubuat untuk pulang ke kampung yang tempohnya cuma 3 ke 4 hari saja, kalau tak buat persediaan aku susah...

Ya Allah, ya Allah, ya Allah...sepatutnya untuk perjalanan pulang ke kampung akhirat yang kekal abadi, jarak yang jauh dan masa yang tak dihitung oleh tempoh waktu itu aku wajib membuat persediaan yang lebih rapi, yang kesusahannya tidak terbayang dan terfikir oleh akal sepatutunya aku wajib lebih bersedia dengan segala macam bekal, ampunkan aku Tuhan, hulurkan tanganMu selalu, jangan Kau biarkan aku....

23 Jul 2014

Kita dok tang mana??

Situasi yang biasa..

Cik Yah: Alamak, alamak..apa lagi yang tak siap nih, shopping baju raya..dah, eh! alamak ..baju raya baru ada 3 pasang, tak cukup, kuih raya..hmmm, jap, jap..1,2,3, 4, 5...10, ..15 balang, cukup tak? tak cukup rasanya, kena tambah oder nih, langsir, sofa, TV LCD model terbaru, bang, bang..mana abang ni..jom bang..gi Court Mammoth..ada lagi barang nak kena beli ni..

En. Seman: Apa lagi cik Yah oii..cukup-cukuplah tu, apa lagi yang awak nak cari, kering-kontanglah poket saya bulan ni..

Cik Yah: Ala bang, raya bukannya selalu, setahun sekali je kan, lagi pun kalau kengkawan abang datang tak la abang malu, mesti diorang kagum tengok betapa pandainya isteri abang ni hias rumah..

En. Seman: Hmmm, yelah..yang awak ni beria beno buat persiapan raya, puasa awak camane? Ada meningkat diri awak tu? Ada bertambah sedekah awak? Ada bertambah baca Quran awak? Yang saya tengok awak ni masih lagi jadi ajk mesyuarat tingkap...

Cik Yah: Eh! ke situ plak, cari alasan nak ngelak le tu, yang abang tu..terawih pegi seminggu sekali, tengah malam dok layan bola, kalau cuti lepas subuh tidur, lepas zohor tidur, lepas asar keluar dengan motor besar abang tu, saya tak bising pun..

En. Seman: ..Garu kepala yang dah separuh botak...

Situasi luar biasa.

Cik Maimunah: Abang, Nah rasa la kan, puasa tahun ni Nah tak dapat apa-apa la, rasa macam dok tang tu jugak, nak bersedekah tak mampu, mengaji pun takat baca je la, tak faham pun, terawih pun Nah buat kat rumah je...

En. Ismail: Abang pun rasa macam tu, tak meningkat pun rasa hamba, abang rasa abang masih pemarah kat budak-budak kilang tu, nak sound abang sound je, tak kira la perasaan diorang terkucil ke, tergeliat ke, aishh..apa nak jadi dengan abang ni..

Cik Maimunah: Habis, apa kita nak buat ni bang, bulan puasa pun lagi 2, 3 hari nak habis dah..

En. Ismail: Macam ni la, malam ni jom kita buat ihyaa'ul Lail, mana tau kita direzekikan dapat Lailatul Qadr..

Cik Maimunah: Ha elok tu bang, Nah setuju sesangat, jom kita kejut anak-anak, pakat ngaji, abang bagi tazkirah, kita selawat sesama, mudah-mudahan ada nilai di sisi Allah..


Ihsan google

22 Jul 2014

Persediaan iman menyambut hari raya.

Ramai orang yang tertipu bila tibanya hari raya. Pada mereka hari tersebut adakah untuk bersuka-ria dan bergelak-ketawa. Lebih malang lagi, bila menjelang hari raya tempat-tempat maksiat menjadi tumpuan. Panggung wayang, night club, meja judi akan penuh dikunjungi orang melayu yang mengaku beragama Islam. Betapa ruginya jika kita adalah salah seorang daripada mereka.

Di hari yang mulia ini, ramai wanita yang dilalaikan dari mengingati dan membesarkan Allah. Malam-malam terakhir menjelang hari raya disibukkan dengan periuk belanga, ketupat, rendang dan segala macam hidangan yang berlebihan untuk menjamu nafsu yang telah dikekang selama sebulan Ramadhan dulu.

Sepatutnya malam-malam terakhir menjelang raya ialah waktu kemuncak kita dalam usaha mendekatkan diri pada Allah, dengan meresapkan rasa syukur di hati kerana telah diberi kekuatan oleh Allah dalam menjalani ibadah puasa. Ucaplah rasa kesyukuran dan berdolah agar Allah menerima segala ibadah yang kita lakukan, dan diampunkan segala dosa kita yang tak terhitung.

Moga kita dapat mencontohi akhlak dan kehidupan wanita-wanita solehan seperti isteri-steri Rasulullah, para sahabat dan orang-orang soleh dalam meraikan hari raya. Malam-malam terakhir Ramadhan ini jugalah Allah turunkan suatu malam yang penuh berkat iaitu Lailatul Qadar, yang mana siapa yang beribadah di malam itu pahalanya menyamai seribu bulan.

Semoga berlalunya Ramadhan dan beradanya kita di bulan syawal ini memberikan kita kekuatan hasil dari ibadah dan perjuangan melawan hawa nafsu agar apa yang kita usahakan selama sebulan Ramadhan tidak sia-sia.

3 Sept 2013

Raya bersama anak angkat kesayangan.

Anak angkat saya- Muhammad Firdaus bin Saleeh, saya jaga dia dari usianya 6 bulan hingga  10 tahun , sekarang dah  12 tahun, masih berhubung baik dengan keluarganya.

bersama ayahnya encik Saleeh b Rahamad- orang kuat GAPENA  ni.

Setiap kali buat open house kak zah tak pernah lupakan kami.
Aus ( Firdaus ) seorang anak yang baik dan berakhlak. Dia akan bersegera menunaikan solat bila terdengar azan. Dia suka sangat nasi goreng kampung dan lauk sardin. Semoga Aus sentiasa jadi anak yang baik dan berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat, Amin.

31 Aug 2013

Sambutan Syawal Merdeka di Tadika Nur Muhammad Putra Jaya

Danial, Hakimi, Zarul seriusnya makan, lapar sangat ye..

Tiga dara.. Maisarah, Safiyya, Yusrina


Hidangan sihat.. 

Antara hidangan lain

Hai, tak habis lagi makan, baca doa tak ni?
Yang kecik-kecik ni, anak-anak tadika, anak murid saya juga, tudung dah melayang ke mana tu?


Jamuan raya setahun sekalikan? Ha.. nak makan puas-puas, mengadap rezeki tu jangan lupa Allah yang Maha Memberi Rezeki


Dah selesai, ada yang tak datang, ada yang tak nak bergambar..jadi inilah yang ada semasa sambutan Syawal Merdeka 30 Ogos 2013.

* Sebenarnya ada acara melukis Jalur Gemilang lepas jamuan, tapi tak sempat nak snap, hari nak hujan, berkejar nak balik,  takut jam *

14 Aug 2013

Boleh pakai ke idea ni?

Bila budak-budak datang beraya, senang je nak jamu diorang. Tapi sebenarnya diorang bukan nak makan sangat pun, dah faham sangat apa yang diorang nak. Kalau nak jamu juga, senang je.. gorengkan nugget ke, kentang goreng ke..

Tapi kalau dah goreng nugget tu, nanti minyaknya berabuk dengan serbuk nugget tu kan, nak buang minyak tu sayanglah pulak, jadi camana nak buat yek?

Tiba-tiba saya dapat satu idea..

Lapikkan penapis kelapa (yang besi ye!) dengan tisu dan bolehlah tapiskan minyak masak tadi. Jadi minyak masak tadi masih boleh digunakan untuk menggoreng apa-apa yang patut.

So..bijak tak saya? he he..

7 Aug 2013

Mawaddah - Kesyukuran di Hari Raya


entri terakhir sebelum raya, yang ke 100

Hari ni dah last Ramadhan, sayunya... moga ada rezeki ku bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan.

Bagi sesiapa yang nak pulang ke selatan, timur, utara semua tu, ingat ye.. tak lari kampung dikejar, memangla tak kan mati sebelum ajal ( maaf, kasar sangat ke? ), tapi sabar tu sifat orang bertaqwa, so.. sabar, berhati-hati memandu tu ye...

Sempena entri yang ke-100 ni ( tahniah untuk aku ) sekali lagi nak ambil kesempatan yang masih terluang ni untuk ucapkan Salam Syawal, Maaf Zahir Batin, Terima kasih buat follower yang ke-11, terimakasih juga buat yang sudi baca dan komen blog saya yang dhaif ni.

Selamat Balik Kampung dan Selamat Kembali Semula..

6 Aug 2013

Syawal terakhir

Tahun 2009 aku sambut syawal di Terengganu. Rupanya itulah syawal terakhir ku bersama Ma.

Waktu tu Ma masih sihat. Banyak terima tempahan tempeyek. Sibuk dengan tempeyek, Ma jarang buat kuih raya. Selalunya tanggungjawab kamilah sebagai anak-anak membeli serba-sedikit persiapan seperti kuih-muih, sarung kusyen, langsir....Memang tak sabar nak balik raya dengan Ma waktu tu. Dah plan nak buat sekian-sekian...pasang langsir, lampu raya, tukar sarung kusyen....

Tapi tulah, mulut ni jahat sangat... aku beritau Ma yang anak-anak ku tak seronok raya di rumah Ma, sebab tak dapat jalan-jalan. Di Rembau ( rumah mak mentua ) ramai saudara-mara dan sepupu yang sebaya anak-anak, memanglah lebih meriah. Sebelah aku, mak-mak saudara ramai yang dah meninggal dan tinggal berjauhan, tiada sepupu sebaya ( anak Lie masih kecil ), jadi taklah berapa meriah.

Rupa-rupanya disebabkan keceluparan mulutku Ma sanggup 'heret' kami anak-beranak beraya keliling kampung, ke rumah jiran-jiran yang berdekatan. Melompat sakanlah anak-anakku, seronok dapat banyak duit raya. Kebetulan pulak masa tu musim buah rambutan dan duku, Ya Allah, sampai tak termakan, siap dibekalkan bawa balik.

Agak dah hampir zohor baru kami balik. Letihnya Ma, lepas zohor terus tertidur.

Selalunya raya kedua atau ketiga Ma dah mula puasa enam syawal. Ma kata, " Sayang bunyi bede ( bedil )." 

Bunyi bedil, itu salah satu ciri istimewa bila dapat berpuasa di Terengganu. Bila masuk waktu berbuka dan waktu imsak akan ditembakkan bedil yang boleh didengar ke seluruh Kuala Terengganu. Itulah yang Ma kata sayang bunyi 'bede' tu. Yang sebenarnya Ma sayangkan suasana Ramadhan tu, dengar bunyi bedil tu rasa macam masih berada di bulan Ramadhan.

Hampirnya Syawal macam ni membuatkan hatiku sayu terkenangkan Ma. Ma akan bersusah-payah cari daun kelapa, sanggup beli, sebab dia tahu aku suka sangat ketupat daun kelapa. Kuah kacang Ma, sedapnya..paling sedap dalam dunia.. tak mungkin dapat makan lagi ketupat dan kuah ketupat Ma yang istimewa tu...

Untungnya orang yang masih ada mak, masih dapat peluk mak, masih dapat tengok senyum mak, masih dapat makan masakan mak dan yang paling untung, masih dapat berbakti kepada mak. Satu yang ingin ku kongsikan...bahagiakanlah mak sementara dia masih ada di sisi kita....

4 Aug 2013

MENDISIPLINKAN ROH


                             

Bukan hanya kehidupan lahir kita perlu didisiplinkan tapi roh juga perlu demikian. Roh boleh didisiplinkan dengan mengurangkan makan. Secara teknikalnya ada orang makan satu hari tiga kali tapi sikit-sikit. Boleh juga makan dua kali atau satu kali sahaja. Tetapi makan sekali sehari sahaja dalam seharipun tiada ertinya juga kalau makan dengan jumlah yang banyak.
Kesan makan banyak ialah:
1. Roh jadi lemah.
2. Jadi pemalas.
3. Banyak mengundang penyakit.
4. Akalnya menjadi tumpul.
5. Nafsunya penuh, sedangkan sifat nafsu itu sangat jahat.

Syawal bakal tiba, pesta makan pun bermula. Rumah terbuka merata-rata. Mampukah agaknya nak kontrol nafsu makan yang dah kena 'kurung' selama sebulan Ramadhan dulu?

Apapun di kesempatan ini saya ingin menghulur salam kemaafan jika terselit bicara yang mengguris jiwa teman alamaya semua.
Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.

25 Jul 2013

Bersiap untuk raya?

Rasanya topik yang paling hangat diperbualkan orang sekarang ni ialah persiapan menyambut hari raya. Berjalan kat mana-mana pun suasana nak menyambut syawal tu dah terlihat begitu meriah. Malah sebelum Ramadhan pun dah boleh tengok 'bena' jualan murah tak kira kat kedai kecik, kedai-kedai besar, pasaraya lagi meransang mood raya melebihi sambutan terhadap Ramadhan.

Teman alam maya pun ada yang dah mula buat kuih raya,shopping baju raya, langsir raya, bekas kuih raya dan segala hal berkaitan raya. Baguslah, taklah kelam-kabut nanti.

Cuma ini peringatan untuk diriku yang selalu 'tergelincir', mudah-mudahan ada manfaat yang boleh kita kongsikan bersama..

Dalam kita bergembira membuat berbagai persiapan untuk syawal ni, moga kita selalu ingat apa yang kita ada sekarang cuma pinjaman Allah sementara kepada kita. Allah boleh ambik semula bila-bila masa Dia suka. Jangan sampai kita hilang pertimbangan,keluh-kesah, kalut semacam bila Allah ambik semula hakNya yang dipinjamkan. Mana tau kita ni dah banyak sangat cuai dengan Allah, Allah boleh datangkan pencuri ke, kebakaran ke, tak mustahilkan?

Moga kita jadi hamba yang selalu bersyukur dengan segala nikmat pemberian Allah yang tak terhitung banyaknya.Segala nikmat itu adalah pinjaman sementara sahaja untuk menguji samada kita bersyukur atau tidak. Menggunakan segala nikmat itu ke arah kebaikan. Kejarlah kebahagiaan yang hakiki iaitu dengan meningkatkan keimanan kepada Allah. Kerana hanya padaNya ada cinta yang Agung......

        
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign