Asam Garam Kehidupan: June 2016

Nuffnang

Pages

30 Jun 2016

Kita halau tetamu yang bertandang..

Kita ni ghairahnya nak menyambut raya sampai 2, 3 bulan sebelum puasa dah sibuk memikirkan persediaan berhari raya. Kat tv iklan sofa, baju raya, kain langsir belum pun masuk bulan rejab dah disiarkan. Sampai mentaliti kita ni pun macam dah terdidik raya mesti kena sambut meriah, tukar serba baru, sedangkan sepatutnya Ramadhan lah yang kita kena raikan, hias rumah cantik-cantik ibarat menunggu tetamu agung nak bertandang.

Tu satu hal. Cer tengok pulak dua minggu atau seminggu sebelum berlalunya Ramadhan. Segala pasaraya, bazar jualan meriah sungguh dengan orang ramai yang mencari berbagai persiapan menyambut raya. Selagi rasa tak cukup, selagi tak sempurna, sanggup menapak dari satu kedai ke satu kedai, hilang letih dahaga berpuasa tu, tabahnya membuat persiapan raya.

Cer bayangkan, kita didatangi tetamu, tak kiralah..mak mentua contohnya, baru duduk dalam dua tiga hari kat rumah kita, kita dah panas punggung dah, dah mula hint-hint supaya mak mentua kita balik. Apa perasaan mak mentua kita tu? Sedih, tersinggung..ye tak?

Macam tulah ibarat kita dan Ramadhan. Ramadhan tu tetamu agung kita, bukan tetamu biasa, dia datang dengan begitu banyaknya keberkatan nak diagihkan kepada kita terutama di sepuluh malam terakhirnya, tapi apa kita buat? Sepuluh malam terakhir tu kita begitu ghairah membuat persiapan hari raya, kita tak ambil peluang keemasan yang datang bersama Ramadhan, kita pandang sepi, kita lupa bahawa mungkin inilah Ramadhan terakhir kita....

Para sahabat, para tabiin terdahulu ada yang khatam Al Quran di antara maghrib dan isya dalam bulan Ramadhan. Rasulullah di sepuluh malam terakhir mengikat ketat kain Baginda dan meninggalkan katil tidak mendatangi isteri Baginda....tapi kita, sibuk dengan tukar langsir baru, cat rumah, buat kuih raya, bakar meriam buluh, tahajud depan tv tengok euro....jadi tak hairanlah kita dok camni juga, ahklak tak berubah, ibadah tak meningkat...sedang usia makin bertambah, kederat makin berkurang...

Ermmmm...cakap banyak pun tak guna aih,  selagi kita tak berubah.
Moga suatu hari Allah beri kita keinsafan dan kita mampu berubah..

29 Jun 2016

Bergembira menyambut Ramadhan, sedih menghantarnya pergi.

Takpe tau camane nak gambarkan perasaan bila Ramadhan dah makin ke hujung. Rasa baru sangat menyambut ketibaan Ramadhan, tiba-tiba dua tiga hari lagi dah nak raya. Entah apalah yang saya dapat sepanjang bulan berkat ni, Al quran tu kalo yang baca sorang tu memang tak khatam, kecuali yang ikut kumpulan tadarus, sedekah tak sebanyak mana, terawih lebih kurang aje, hu hu...sedih..
.
.
.
.

Ya Allah...moga Kau rezekikan aku bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan. Dan Ramadhan yang masih berbaki ni, Kau berikan aku kekuatan untuk mengisinya sebaik mungkin, rezekikan aku dengan Lailatul Qadr yang sangat berkat itu, ajarkanlah aku bagaimana untuk aku meraikan tetamu agung ini...

Ya Allah, tetamu agung ini makin beransur pergi, walaupun aku belum meraikan ia sepenuhnya. Syawal yang bakal bertamu bererti bersyukur atas kemenangan yang kuperolehi dalam bulan Ramadhan. Kemenangan apa? Kemenangan kerana dapat mengisi Ramadhan dengan beribadah dan dapat menjinakkan nafsu untuk taat pada Allah, itupun kalau aku memperolehinya, maka aku layak merayakan. Jika tidak, ia tiada erti apa-apa padaku....

Untuk apa aku bergembira sedangkan aku gagal memenuhi tuntutan Ramadhan dan berada dalam kemurkaan Allah. Sungguh aku tak layak meraikan syawal. Syawal hanya layak untuk mereka yang menang, sedangkan aku tak menang apa-apa pun. Ya Allah ampunkan aku hambaMu yang kalah ini....

27 Jun 2016

Honeymoon 3 hari.

Saya dapat mc 3 hari. Selepas operation saya rasa macam sihat je. Pelik gak nape dapat mc 3 hari, tapi tentulah seronok dapat rerehat kat rumah, dapat makan dan minum tanpa rasa bersalah sebab anak-anak dah pi sekolah.

Rupanya doktor lebih tau ek, sebab tu dia bagi mc lebih, kalau tak harus saya tumbang ke kat tadika tu, sebab kalo dah namanya kerja, gi mari, gi mari ke depan, ke belakang tak boleh elak. Badan rasa memau je, pastu kat area rusuk tu rasa ngilu-ngilu. Tadi buat gagah-gagah mengemas kain baju mana yang patut buang, patut buat kain buruk, pastu menyapu-nyapu, pun rasa sakit. Sudahnya baring aje kat sofa, mata pun takmo lelap dah.

Sebenarnya boring duk rumah seharian ni, nak ngemas pun tak boleh. Nak buat sekut raya pun tak dayo, apa den nak buek ni?

Ermmm, baik siapkan bunga telo Nadhrah, dia dapat masuk tadarus di sekolah, khamis ni acara khatamnya, setiap murid cikgu minta bawak 5 bunga telo, tapi den takdo lotak telo do, lotak gulo-gulo ngan duit ghayo, biar seronok bebudak tu belum ghayo dah dapek duit ghayo, lagipun sedokah dalam bulan Ramadhan ni lebih berkat, lebih bergando pahalo eh, in shaa Allah.

Jadilah kan, den ni kalo bab-bab menggubah bungo, mengait, menjahit memang tak berbakat lansung. Harap jangan digolakkan dek kengkawan sekolah Nadhrah udah le.

25 Jun 2016

Apakah yang paling...

Yang sedap, yang cantik, yang selesa...
Makanan orang sakit, kalau masih bole makan, apa saja yang dihidangkan pasti sedap, kalau sudah sakit, nikmat sedap mencicip hidangan sudah Allah tarik kembali, hidanglah ayam golek sekalipun sudah tidak mampu dinikmati...
katil orang sakit, paling selesa paling empuk selama mana masih boleh tidur nyenyak di atasnya. Semalam tidurku sering diganggu oleh nurse yang bertugas memeriksa tekanan darah. Bila sudah sakit, berilah tilam paling empuk pun tidak mampu menampung lena, nikmat tidur, nikmat makan itu hanya enak dikecapi kala sihat...

Alhamdulillah, saya selamat menjalani colposcopy pagi tadi. Saya ditolak masuk ke operation room kira-kira pukul 9.30 pagi. Saya minta dibius penuh sebab saya taknak tengok apa pun yang doktor buat. Memang betul, yang mampu saya ingat di dalam bilik tu cuma lampu besar bulat sebanyak 7 biji...selepas tu semuanya gelap dan sangat sejuk...

Sedar-sedar doktor kejutkan saya dalam pukul 12. pm ...dan saya dihantar kembali ke wad. Seharian ni boleh kata saya tidur je, ngantuk..ubat pelali tu kuat betul. Ni petang baru hilang ngantuk, terus up entri kat phone.

Cuma result dari colposcopy tu hanya dapat diketahui dalam tempoh dua bulan lagi. Jenuh gak nunggu.

Ni nunggu nak discharge wad pun jenuh juga. Tengahari tadi nurse kata kena tunggu doktor datang check lagi sekali, doktor ada operation pesakit lain. Tapi ni dah petang, doktornya tak datang-datang. Esok dah ahad, doktor cuti, ohhhhhh...apakah saya kena tunggu sampai hari isnin....? 
Ahhhhhh...tidak..

24 Jun 2016

Pengalaman bermalam di 'five star hotel'

Maaf kawan-kawan, belum sempat membalas komen kengkawan, tapi terimakasih di atas doa kawan-kawan semua, in shaa Allah...saya tak apa-apa...heeee..positif je kan.

Nak cerita pengalaman bermalam di ward ni. Check in pagi tadi dalam pukul 11, selepas melawat pusara bonda. Tapi nak cerita dulu pengalaman di pusara bonda, dah lama tak ke sana. Yelah...tak mudah nak mengheret mylaling ke sana, Alhamdulillah, sesekali tu sanggup la dia.

Sampai di tepi longkang yang memisahkan jalan dan tanah perkuburan, saya meluru dengan rasa rindu dan sebu di dada ke arah pohon kemboja yang ditanam supaya mudah nak mengecam di mana kubur arwah ma. Tapi saya naik cemas bila pusara yang saya tuju itu bukan pusara bonda, pusara orang lain.....menangis saya kat situ, berpusing-pusing sambil menyeru memanggil ma saya. Akhirnya dapat juga saya cari, rupanya pokok kemboja teduhan pusara ma saya dah ditebang,....dan yang menambahkan kesedihan saya, rumput yang ditanam juga habis kering mati diracun.

Sampai saat ni bila saya teringat saya tak dapat menahan air mata....

Petang tadi sekali lagi procedure yang menggerunkan kena saya lalui. Ambil darah! Doktor cucuk di permukaan atas tangan. Tapi darah tak keluarlah plak, sebab urat saya halus sangat, jadi kena cucuk kat pelipat bahagian dalam siku, ambil darah kat situ, nak kata sakit sangat tu taklah, tapi sakitlah juga dan ngeri tengok jarum!!!!

Selebihnya saya tido. Tido..dan tido lagi. Mylaling kena jadi mr.mama lah kan, katanya beli aje untuk berbuka. Takut malam ni dia tak bangun masak sahur je, almaklum selama ni bangun je semua dah ready atas meja, tinggal nak menyuap je.

Maghrib tadi, balik dari tandas, tiba-tiba tercium satu aroma yang menyengit lubang hidung, tak boleh bernafas!!!!
Rupa-rupanya aunty India depan saya ni sudah buat projek! Aduiiihh..
Tak mampu la saya kalo jadi nurse macam dua orang ni, sabo betul dorang melayan jerit-pekik aunty tu bila najisnya dibersihkan. Adalah dalam 15 minit kena menahan nafas, sib baik ada bawak kain batik arwah ma boleh buat tutup hidung.

Yang naik geramnya boleh plak aunty tu cakap orang islam yang kena buat kerja ni, maksudnya kerja cuci najis tu, geram tak? Geram kan.

Okla, jap lagi saya nak kena makan ubat tahan sakit dan ubat tidur, ubat tidur tu kata doktor supaya saya tidur nyenyak, tak stress, manalah tau kot saya asyik terkenangkan pembedahan esok sampai naik darah plak.

Sekali lagi terimakasih kerana sudi membaca catatan ini dan atas doa-doa kalian.
sorilah gambar amik guna sebelah tangan, nak tunjuk gak kan tangan yang kena cucuk ni.
Nilah dua orang nurse yang sabar je melayan kerenah aunty yang terjerit-jerit masa dibersihkan najisnya tu, dua orang patient cina betul-betul sebelah dia tu tutup hidung rapat dengan tuala, saya pun tak boleh tahan, salute pada dua orang nurse ni, selamba je, tak pakai tutup hidung pun, dah biasa katanya.

Warded.

Di wad 4 hospital Kajang.
Menanti Hari Esok...cewah, macam tajuk filem plak.
Esok aku akan menjalani minor operation, colposcopy
untuk kepastian samada positif kanser atau tak. Korang tolong doakan yang baik-baik yea, doa ikhlas dalam bulan Ramadhan ni.
Suasana dalam ward, tu yang ramai-ramai tu doktor pelatih. Malam ni aku kena bermalam di ward ni, kiri kanan, depan ku patient cina dan India, aku je melayu, nak bawak bahan bacaan pun tak ingat.

Dapatkan doa Malaikat.

Saya nak kongsikan satu je isi daripada satu kuliah Ustaz Muhadir Hj Joll, yang in shaa Allah kalau amalkan dengan istiqomah kita akan mendapat doa dari Malaikat.

Amalannya ialah bersedekah selepas subuh, jangan tangguh tunggu lepas dhuha ke apa...

Jadikan korang, camana ek nak terus bersedekah selepas subuh, bukan senang nak pi cari orang nak kita berikan sedekah kita kan?

Ok, pada sayalah..bagi orang lelaki bolehla pergi solat berjemaah di surau atau masjid, lepas solat ringankan tangan masukkan duit ke dalam tabung masjid, at least singgit sehari, buat setiap hari, singgit je...tak berat kan..

Yang beratnya nak pi surau subuh-subuh hari tu, tau sangat.

Pastu bagi orang pempuan  pula lagi senang, masaklah lebih sikit nasi masa makan malam tu, so lepas subuh bolehla bagi makan kat kucing jalanan, burung-burung merpati, sedekah kat binatang, binatang tak banyak songeh.

Ermmmm...rasa-rasa boleh buat tak? Buat secara istiqomah tau, baru dapat doa dari Malaikat.

22 Jun 2016

Bubur pulut hitam untuk moreh.

Siap merendam seawal pukul 4.30 pagi supaya lembut, so proses memasaknya takdelah makan masa yang lama. Tawakkal je, maklum tak pernah masak banyak, 3kg beras pulut hitam tu, meraba-raba nak agak santan banyak mana, tapi tanyalah juga kat orang yang lebih tau, katanya untuk 3kg beras tu santannya kena 1kg, eh...rasa cam tak logik je, pandai-pandai tambah lagi sekilo, gula 2kg lebih, gula merah sepeket.

Dalam pukul 12.30 dah naik pulut ke dapur,  periuk besar takde, pinjam jiran, masak cepat nak bagi sejuk, sebab nak packing siap-siap sebelum hantar ke surau tu. Dan dah namanya rezeki orang tak puasa, elok dapat merasa, kikiki..rasa bubur pulut hitam, ermmm...ok dah kot, sedang elok 2 kilo santan tu lemaknya.

Pergi plak rumah jiran yang masak juadah utama, nasi jagung, kari daging, dapat merasa lagi. Ni otw anak beranak nak gi buka puasa kat surau, padahal awak dah kenyang...
Tinggal sebekas kat rumah. Sebenarnya sederet rumah di jalan 1/15 ni dapat agihan sebekas satu rumah. Moga orang di surau puas hati la dengan rasa bubur ni, lebih kurang manis lemaknya minta maafla yea.

Nak membubur pulut hitam plak hari ni.

SalamNuzul Quran, salam 17 Ramadhan.

Hari ni cuti sempena Nuzul Quran. So pagi ni dah redup-redup cuaca, kalo dilayan nafsu nak tidoq tu alamat rugilah saat-saat berkat dalam hari ni kan. Perbanyakkan zikir, doa pada yang dah bercuti wajib macam ai ni, dan banyak-banyakkan lah membaca Al Quran, moga ada nilai ibadah di sisi Allah swt, ameeenn.

So, apa pogem hari ni mak Okje, kakzakie ku sayang, dear Fair, knor cinnamon yang masig bizi dengan tempeyek, knoor yang masih berhoneymoon dengan anak-anak di London sana, mama yan yang masih sibuk dengan tempahan eskrimnya....in shaa Allah moga dalam berkat dan kasih-sayang Allah semuanya.

Saya punya pogem...misi memasak bubur pulut hitam sebanyak 3kg untuk hidangan moreh di surau kami. Doa-doakan moga menjadi buburnya yea, almaklum saja tak pernah hayat hidup masak bubur pulut hitam banyak macam ni, pernah buat pun sepot rice cooker tu aje.


Surau kami setiap kali Ramadhan akan susun giliran masak juadah berbuka ikut giliran. Giliran tu dibuat ikut jalan, macam kami 1/15 gilirannya hari ni. So kami buat kutipan rm30 satu keluarga, menu terpulanglah ikut kretif memasing, macam kami nak masak nasi jagung, kari daging, jelantah sebagai hidangan utama, morehnya karipap frozen tinggal gorengnya. Dan saya, tulah dianya nak masak bubur pulut hitam tu, dah rendam dah, kasi lembut cepat masaknya nanti.
Atas tu moreh yang ditaja oleh krt taman kami pada 15 ramadhan baru ni, boleh tahan ramai orang datang.

21 Jun 2016

Tak larat pulak hari ni.

Salam 16 Ramadhan.
Terlajak lapar dan dahaga pulak hari ni. Malas nak layan bebudak tanya itu-ini, takde mood. Dari pagi tadi dah mengantuk yang amat-amat., rasa nak lelap je dok tengah-tengah ajar iqra' tu.
Biasa kalo dok meraban lapar, dok mudah hangin satu badan tu, alamat tak lama lagi nak ABC lah. Aduhaiii.

Bukan apa, tetiba cuti di tengah-tengah macam ni, esok nak mula balik mulalah takde mood. Selalu cuti di awal puasa, atau dah hujung-hujung puasa, jarang sangat kena tetengah bulan camni.

Tapi ok gak kan, boleh buat biskut raya. Takde nak buat banyak pun, takat yang simple-simple cam biskut bunga cina atau biskut dahlia tu yang lejen sangat sedari kecik tulah biskut yang ditunggu-tunggu, bilalah ma nak buat nih, kan..haa, tambah sejenis lagi biskut, selebihnya beli kerepek bebanyak. Biskut raya sedap makan sebelum raya je, masa kecik tu terkebil-kebil tengok biskut dalam balang, ma simpan tak kasi makan. Boleh makan, tapi yang hangus je, tu pun bukan main suka lagi.

Dok tengah lapar camni, Nadhrah bawak balik bubur lambuk dari sekolah, dengan wanginya, dengan panasnya, alangkah nikmatnya kalau dapat makan di kala perut tengah lapo camni..
Bubur lambuk dari sekolah. Bubur pun kalo tengah lapar sedap aje kan. Teringat plak bubur lambuk Terengganu, banyak-banyak bubur lambuk, bubur lambuk Terengganulah paling sedap, banyak campuran ikan, dengan lemak santan, dengan wangi halba, dengan pedas lada hitam, diperisakan lagi dengan pucuk-pucuk kayu pelbagai jenis, perghhhh....

20 Jun 2016

Doa di kala hujan.

Salam Ramadhan ke-13.
Sedar tak sedar kita dah lepas suku pertama fasa Ramadhan, dan dah sampai 15 Ramadhan dah, kita sambut Nuzul Quran pula.

Camana geng? Dah berapa kali khatam? Alhamdulillah, tahniah...moga semuanya ada nilai ibadah di sisi Allsh swt...In shaa Allah.

Pagi ni duk tengah sahur tu tetiba hujan lebat kan. Alhamdulillah, lagi sekali. Korang tak amik kesempatan berdoa ke? Rugi tau, rugi sesangat. Sebab antara waktu mustajab doa ialah waktu hujan turun, tambah lagi dalam bulan Ramadhan ni... ibu ngan anak-anak terus tak lepaskan peluang keemasan camni.

Nilah perbualan kitorang sahur subuh tadi.

" Ee,..hujan.."
" Aah, hujan, lebatnya.."
" Hujan-hujan ni kena doa banyak-banyak, sebab masa hujan macam ni doa kita mustajab, cepat..Nadrah nak minta apa?"

Nadhrah mestinya mintak nak lulus peksa upsr dia...aminnn.

" Baby nak minta apa?"
" Ermmm....nak minta mainan.."

Hahaha..

" Lagi? Takkan minta mainan je.."
" Bi nak minta matilah.."
" Hesh, ada plak minta mati.." marah kakak Nadhrah.
" Eh, takpe..dia takde dosa, terus masuk syurga.." ibu positif, walaupun hati menolak..
" Wah, bestnya.."
" Iman nak minta apa?" Si abang tengah sengih je. Abah diam..dalam
hati tak tau apalah doanya.

" Ibukan kalo ibu banyak duit ibu nak buat Rumah jagaan orang tua tau, daftar bawah JKM kan bah,..." abah angguk je.

" Ibu nak beli rumah kosong depan rumah kita ni, buat cantik-cantik, ada swimming pool..."

Memang saya ada cita-cita nak buat pusat jagaan harian orang tua, macam taska, ibubapa hantar anak-anak mereka waktu pagi dan pegi kerja, amik anak petang waktu dorang balik kerja. Samalah konsepnya macam tu, bukan macam pusat jagaan orang tua yang ada sekarang, anak-anak tinggalkan ibubapa, jenguk sesekali, jenguk setahun sekali atau tak jenguk lansung, tinggal ibubapa kesedihan, kesunyian terutama saat menjelang Syawal...

Lagipun boleh juga saya menumpang kasih dengan mereka, menjaga mereka macam saya jaga arwah ma saya, buat amal bersama-sama,...ermmm, bestnya....tapi ofkosla setiap kerja yg kita buat tu ada cabaran dan ujiannya..in shaa Allah doakan saya, manalah tau saya dapat rezeki terpijak ke, bolehla saya realisasikan impian saya ni.

17 Jun 2016

Lama sungguh tak men'cara' nih.

Ada kot lima tahun sudah kutinggalkan acuan kuih cara dalam stor. Balik sekolah tadi, menggagau-gagau dalam stor, tu dia...berkepam, jenuh menyental dengan dawai besi.
Bukan apa, dah termalu ni, dua tiga hari ni asyik jiran je ngulo kat kita, ate...kita tak gheti-gheti nak ngulo sama, so petang ni dengan gigihnya den memblend daun pandan, memerah santan, tepung, telur sebiji, secubit garam lebuh je dalam blend, brrrrrrr...siap untuk dibakar.

Bakonya idokle lama. Sat je, api perlahan ye, kang hanguih den juga kono ngabihkan. Tapi dah termengantukla plak, ermmmm..dah pukul 3.30, tidoq jap la.

Tips mudah minum air bila-bila masa aje.

Semalam dah jumpa doktor pakar bius. Setakat ni, Alhamdulillah...belum ada apa-apa masalah, jantung, xray jantung dan paru-paru, darah tinggi semua ok. Darah saya 138/80...maknanya takde darah tinggi, cuma tulah..sejak awal Ramadhan aritu asal petang je mulalah datang sakit kepala, kadang teruk sampai rasa macam tak boleh celik mata, kadang takdelah teruk. Ermmm...entahla.

Ermm...biarlah.

Tukar topik, korang rasa susah nak minum air kosong 8 gelas sehari ek?   Ikut macam saya. Bagi sayalah senang je. Macam budak kecik yang suka bantal bucuk, baby yang suka poting nyonyot tu. Budak kecik tu kalo takde bantal bucuk tak boleh tidoq kan, baby kalo takde puting nyonyot asyik dok ghiau je, betui dak?

Saya plak kalo minum air kosong guna gelas, nak habiskan segelas pun rasa cam nak tercokik. Jadi...saya ada tupperware bucuk. ( bukan bau bucuk tau ). Sejak ngandungkan si Umar Zikri saya suka minum air kosong terus dari tupperware sampailah sekarang, anak-anak saya pun semua ada tupperware bucuk masing-masing. Haaaa...kalo dengan tupperware ni, sebotol sekejap je boleh habis, tambah lagi setengah botol. Jadi takdelah kekurangan air dalam bulan puasa ni.

Nilah tupperware bucuk kitorang, masing-masing menggogok air kosong dari botol masing-masing.

15 Jun 2016

Ulam nasi kerabuku tercicir.

Den tak kiro, nak buat gak. Bulan poso ni lain macam ket tokak ni, lagi pun time nilah nak menry skill masak, alasan sangat kan. Bulan lain takdo lak nak try skill masak tu. Dah bila buat setahun sekali mulalah merabo-rabo nak mengingat balik resepi, caro nak membuek eh.

Den buat nasi kerabu semalam. Den percayo Mak Okje mesti nak try gak lepas nih. Dah semalam kita pakat masak nasi ayam, jom pakat masak nasi kerabu plak. Heh, heh..mak..o mak..ni den nak perturun resepi ni ha. Ko takdo alasan tak boleh buek yo, antaro nak ngan taknak yo.

Tapi...dalam dok excited nak masak tu tak perasan satu ulam den dah jatuh dari plastik. Tu yang cakap tadi, bila dah buat setahun sekali, benda penting takde pun boleh tak perasan. Sekali dah habis berbuka, anak den jumpa ulam tu celah-celah beg sekolah anak kat depan, ermmmm...takpelah, next buat campur dalam asam podeh la jawabnya.

Sambal kelapa ni, kelapa ikut kuantiti nasi kita, mcm saya masak 3 pot rice cooker tu cuma guna 1/3 je dari sebiji kelapa, goreng tanpa minyak sampai kekuningan, tumbuk sikit. Ikan sardin atau kembung saya guna 2 ekor, goreng atau bakar amik isinya, tumbuk. Bawang merah, lada hitam, sedikit halia..tumbuk dan goreng, masukkan isi ikan tadi, dah sekata masukkan plak kelapa goreng tadi, masukkan garam dan sedikit je gula. Goreng sampai garing macam ni.
Nilah ulam yan tercicir tu, takdo ni kurang ket dia punya penendang eh tu.
Ni je ulam nasi kerabu semalam. Tapi nasi kerabu tu pun kiro tak lengkap bona, keropok takdo, telur masin takdo, solok lado takdo, tak sompek pun nak buek solok tu. Lagipun tak pandai buat, hihi.

Satu lagi sambal tapi gambarnya dah terdelete ni. Tapi senang je, bawang merah, bawang putih, cili kering blend je, goreng sampai garing, masukkan budu, masak sampai wangi. Pastu angkat dan perahkan limau kasturi. Siap.


Selamat mencuba.

14 Jun 2016

Nasi ayam mak-mak lah sangat.

Camane ntah boleh tersama menu den ngan mak awet muda tuh. Ada contact hati plak bab-bab makan ni ye mak,  alah...dah tak pandai masak nasi Arab, masak jelah nasi ayam ye dok.
Mcm janji ye mak, ni menunaikan permintaan Umar Zikri yang penat naw berpuasa tu ha, sampai tak menyedau tido balik sekolah petang, terus pengsan. Ibu pesan kalo dahaga minumlah air, tapi kawan dia kata tak puasa lansung takmo bawak air dah. M
Nilah kuih setahun sekali namanya. Omak mentuo den panggil kuih kelompang, org Teganu panggil woh melake. Ni pun permintaan Umar Zikri juga. Teringat arwah ma penah buat kuih ni jual masa bulan puasa la, sekali tu tak perasan dah tersalah bancuh guna tepung beras, pastu pelik napelah tak timbul-timbul...tapi pi jual juga, ada sorang tu beli, esok petang lalu buat muka masam, haha.
Ni Nadrah yang buat, dia siap pesan..." ibu jangan cakap kat blog ibi tak pandai buat, cakap sbb tepung tu lembik..," haa...yang ni pun selamat masuk mulut ibu jerr..

13 Jun 2016

Ambil darah, gce dan x-ray.

Mak aiii, sebatang jarum jer...pun...sakittt, 5 ml darah kena sedut. Kalau 300 mata pedang mencincang badan, itu ibarat sakitnya saat sakaratul maut.

Lepas amik darah, kena check pergerakan jantung. Last kena gi x-ray.
Itulah catatan di Ramadhan 8 hari ni.
16/6 khamis ni kena jumpa doktor pakar bius plak, untuk tentukan bole ke saya buat rawatan colposcopy 24/6 nanti. Lepas tu baru tau sama ada saya positif atau negatif kanser. Huiii...seram jugak ni.

Ada gak saya google pasal kanser serviks ni, apa tanda-tanda awalnya. Hrmmmm...macam takde. Tapi yelah, kalau Allah nak bagi, tak mustahil kan. Perancangan Allah tu adalah yang terbaik kepada kita, walau apa pun jua, kena terima dengan hati yang positif.

Sebatang jarum dicucuk untuk mengambil
darah. Last buat masa pregnant tujuh tahun
dulu. Setiap kali nak amik darah macam ni
memang seriau semacam je. Sebatang jarum pun
sakit, inikan pula 300 mata pedang, ataupun ibarat kulit yang disiat hidup-hidup...

12 Jun 2016

Sesubuh hari memengat, mengesup, menempeh.

Assalamualaikum, salam Ramadhan
Apa kes tu. Hihi..ni kisah anak-anak dan ibu lagilah. Alkisahnya hati ibu ni terkilan sangat sebab tak dapat buat pengat pisang permintaan kakak untuk berbuka puasa sebelum dia balik kolej. Susah naw nak dapatkan pisang abu kat kedai. Semalam lepas hantar kakak naik bas, ibu ke pasar cari sendiri, pusing satu pasar Beranang tu cari. Jumpalah akhirnya dengan pisang idaman hati.

Yang si abang besar plak masih terkinyam ( sapo tak tau pi cari kamus nesilan yo) dengan mushroom soup. So misi ibu di pagi 7 Ramadhan ni sudah tentulah memasak untuk memenuhi permintaan anak-anak. Kalau tak buat tu, hati ibu plak yang tak tenteram.

Sambal tempe tu pun simple je. Dah tak sompek nak menyambal bebona. Goreng je tempe ngan ikan bilis garing-garing. Tuang sos cili campur kicap, panaskan kasi pekat, pastu gaul jelah tempe ngan ikan bilis. Siap untuk kakak.

Pagi ni kitorang bertolak hantar abang besar balik asrama di Bentong, pastu hantar barang kakak ke Kuantan, kakak dah balik semalam naik bas sebab pagi ni dia ada briefing.
Yang atas tu, pengat pisang, sambal tempe ngan mushroom sup untuk bekal anak-anak. Yang dalam beg tu bekal kitorang kotlah kena berbuka dalam kereta ke, ni dah hujung cuti mesti ramai orang balik dari kampung, jalan mesti jem punya.

10 Jun 2016

Rezeki Ramadhan.

Alhamdulillah, setiap hari abah bawak balik.
Lima hari puasa lima hari juga abah bawak balik
kurma, buah tangan sahabat-sahabat yang baik.
Alhamdulillah, sepanjang 5 hari puasa ni tak payah
beli lagi walau sekotak pun.


Mudah-mudahan Allah berikan kemurahan rezeki kepada sahabat-sahabat yang baik ni.

Seminggu ni, damainya..

Alhamdulillah, dah masuk 5 Ramadhan, jumaat 10/6/2016, maknanya dah 5 hari ibu bercuti, lepak kat rumah ngan anak-anak. Masya Allah, bukan senang dah nak berkumpul reramai camni, lebih-lebih lagi di bulan berkat ni. Biasa tu, kalo abang besar ada, kakak takde, kakak ada, abang besar takde. Abang besar tu walau pun bila ada macam takde sebab banyak tidur dari jaga, banyak senyap dari cakap...tapi tetaplah ibu rasa kehadirannya. Yang best apa pun ibu masak untuk berbuka tu, semua licin licau, tak membazir, hajat nak ngulur ke surau pun belumlah kesampaian lagi, takpelah, raikan anak-anak ibu dulu sementara semua ada ni, esok kakak dah balik kolej, naik bas je, abang besar abah hantar hari ahad ni balik asrama. Hari Isnin 13/6 plak ibu ada appointment kat Hospital Kajang, alamakkk...

Apa ibu buat seminggu cuti? Ermm...
Bulan puasa ni, lepas subuh buat halaqah yasin. Pastu ibu on9 kat phone jer..pun, up entri, sambil bw ke rumah kawan-kawan rapat, ibu ni pemalu ,  jadi takla ramai kawan.

Dalam kul 9-11 pi surau tadarus, balik rumah sambung on9, pastu tidoq jap sementara tunggu zohor.

Pas zohor dalam kul 3 dah start buat juadah berbuka. Awainya?
Haah, kenalah awai sebab masak lebih sikit, ada kuih-kuihla, pencuci mulut bagai, kalo tak balik terawikh takde benda plak nak dikunyah.

Lagipun masak awai, siap awai. So sebelum berbuka tu bolelah duduk-duduk ngaji ke, istighfar ke, doa apa patut. Kan sebelum berbuka tu adalah salah satu waktu yang sangat mustajab berdoa. Jadi rugilah tak amik peluang yang jarang kita dapat ni.

Dan dah sempat alehkan anak tomato ke pasu lain, mudah-mudahan hiduplah dia, dan berbuah banyak-banyak.
Anak tomato dalam dua pasu kecik tu..
Dalam pasu besar tu anak cili, masih kecik
lagi, nak kena beli pasu lagi nih gayanya,
seronokla plak tengok pokok-pokok ni
hidup, tak sabar tunggu dia besar, pastu
berbuah.

8 Jun 2016

Jom berbuka dengan roti jala.

First time ni korang buat roti jala. Janganlah gelak, den ngaku den maleh..
Korang gelaklah..takpe...taknak kawan..huhu.




Korang tau tak semalam tulah first time dalam hidup den, den buat roti jala. Ha ha..idokla susah rupanya, tapi dah sebab tak tau, nampaklah cam susah, berlubang-lubang, berlipek-lipek.

Sebenarnya lama dah nak try buat. Pernah beli acuan, Umar Zikri amik buat main, pastu datang si abang besar amik buat garuk belakang dia, punya tak senonoh kan, lansung den campak dalam tong sampah, goli den..

Pastu ada tengok video, dorang buat roti jala guna botol mineral je,tebuk lubang dua tiga liang kat tutup, boleh guna. Den pun simpan botol mineral, habih kena buang. Sape lagi yang rajin bona kek umah ni melainkan toklaki den tu, pantang jumpa botol buang, pantang buang aje botol, duo tigo kali den simpan, dio jumpo dio buang, last den bagi amaran,..." abang, ni boto jangan buang yo, den nak buek acuan roti jalo."

Baru selamat boto tu.

Semalam, kakak minta nak makan kari, eh..elok bonalah tu. Sebiji telur, secawan santan, secubit garam, brewwww....masuk aje dalam blender.

First time menebar jalo dalam koli, tulah rupo yang kanan tu. Tapi selamat dimakan tu, rupo buruk, den lah yang punya, orang lain amik yang elok ajeh, padahal raso samo yo. Korang tengok pun tak selero yo tak, kalo den tayang yang cecomey siap ngan kuah kari plak, kang ada yang batal poso plak kang.

Tu sajo jo nak bagi idea kot lah petang ni ada sesapa dok memikio nak masak apa untuk berbuka. Plan awal-awal, idokla kelam-kabut. Lagipun buat sendiri ni puas hati, kenyang. Pastu bole gak pas sikit kat surau ko, buat amal jariah.

From London with love.

Saya pun dapat.
Jauh datangnya ni. From London with love kan knoor. Terimakasih kak Noriahnaim, blogger dari Brunei, sekarang ni dok tengah honey moon dengan anak-anak di kota London sana. Berpuasa dari kul berapa knoor? Sampai kul 9.30 malam ek? Fuuhhh...lama tu, mau lembik dibuatnya. Alahhh...takde hal la kan knoor, Rasulullah tu lagi dahsyat, setiap kali perang mesti dalam bulan Ramadhan, dan mesti menang. Kita ni plak terbalik, asal puasa je lembik, asal lembik je puasa..mwehehe..

Jauh langit dengan bumi antara kita dengan Rasulullah kan....

Poskad ni sampai semalam. Diabadikan di sini sebagai kisah di Ramadhan kedua 1437H. Terima kasih knoor atas ingatan dan persahabatan ni.

Ada satu kisah lucu di meja makan waktu berbuka semalam. Entah mana datangnya sekor lalat, dah ngeong-ngeong kat pinggan lauk, dihalau datang lagi, datang lagi, sungguh mengganggu ketenteraman nak berbuka. Tapi abah memang terer la. Dengan tekun dia membidik jari tepat kat lalat ...kelepep.ada bunyi ..tepat pulak terpelanting hinggap kat pipi kakak yang duduk berdepan dengan abah. Apalagi, nak tersedak ibu gelak bila dalam mulut penuh nasi gelihati tengok kakak terkejut. 

Ishhhh...apalah, lalat pun lagi mau cerita ka? Ermmm...suka hati ibulah kan, ni kan kenangan ibu..biar pun nampak kecik di mata orang, tapi besar di hati ibu, saat-saat manis bila semua berkumpul mengadap hidangan berbuka puasa. Lalat tu turut memeriahkan suasana, tapi akhirnya jadi korban di hujung jari abah..Hihi..

7 Jun 2016

Halaqah subuh.

Alhamdulillah, dah berjaya untuk dua hari ni..
I
In shaa Allah hasrat hati ibu tu, nak buat camni sepanjang Ramadhan.

Halaqah yasin bersama anak-anak, moga-moga genap sebulan Umar Zikri boleh hafal surah yasin, boleh gitew nak? In shaa Allah kan.

Seronok bila semua anak-anak berkumpul ni. Tapi untuk minggu ni jelah. Minggu depan abang besar dah balik asrama, kakak balik kolej. Alhamdulillah, anak-anak ibu ni takdelah cerewet mana. Cuma abang besar tu, kalo masak lauk ayam makan nasinya sepinggan dadang, hihi...kalao tak tau sepinggan dadang tu ape, sila tanya yaya azura yea, hehe..

Semalam masak berbuka ala -ala Thai gitew, simple je..paprik, sayur goreng, telur dadar...laku licin licau tak cukup simpan untuk sahur pun. Simpan sahur? Hihi...maleh nak lontung-lontang pepagi jenak tu, puasa-puasa lepas masak bebanyak sekali masa berbuka tu, simpan separuh untuk sahur, ni agaknya bahana first day puasa, makan tak hengat anak-anak den tu. Tambah lagi semalam tetiba masa nak masak berbuka tu, sakit kepala nyak-nyak, rasa macam takleh celik mata tuh. Jadi sempat buat puding je untuk pencuci mulut, jadi makanlah apa yang ada.

Hari ni nak masak ala-ala kampung style plak. In shaa Allah ye anak-anak selagi ibu sihat, ibu masak untuk gembirakan anak-anak, raikan anak-anak yang letih berpuasa yea. Alhamdulillah tau, kita ni masih Allah rezekikan dapat berbuka puasa dengan aman tenteram, kenyang cukup semua, walaupun mungkin ala kadar je. Kalau korang rasa serba kekurangan, cubalah kenang anak-anak Syria yang duduk di kancah peperangan tu...

6 Jun 2016

Buat pelan2, tapi dengan penuh semangat.

Alhamdulillah..pagi tadi dah kemas sesikit bilik makpak marhaen, sapu, tukar cadar baru, cuma belum sempat nak vakum..achummm...ha kau, dah kekdahnya menyapu seminggu sekali..hihi..
Nilah anak tomato yang nak dialehkan
ke pasu lain, tapi cam kecik je lagi..
Tunggu besar sikitlah kan.

Dah tak jadi alehkan anak tomato saya pi surau, ada grup ngaji bulan puasa ni. Tu saya dah lengkap berjubah, jalan kaki je ke surau, tak jauh pun. Tapi minggu depan tak dapat join dah, cuma tunggu hari sabtu ahad jelah. Oklah kan daripada tak join lansung.

Hari pertama puasa ni, elokla sangat cuacanya, dari pukul 9 masa gi surau tadi, sampailah habis kul 11 tadi, cuaca redup je, sambil jalan, dok senyum sorang bila baca komen kengkawan kat blog. Hi hi.

Ermmm...hari ni nak masak apa yek? Alahai baru kul 12, awal lagi. Plan dulu apa salahnya kan, takdelah kelam kabut. Raikan Umar Zikri hero saya yang cuba nak puasa penuh hari ni tuh.

5 Jun 2016

Saya pun ada cerita sebelum Ramadhan.

Alhamdulillah, pagi tadi (hari ahad ) dapat juga tunaikan permintaan kakak nak makan mee hoon sup spesel ibu sempena belated besday dia 29/5, cuma tak cukup lengkap sebab terlupa lak bawang goreng, toge, tapi no hal la sebab anak-anak bertuah saya tu memang tak suka sayur, kan..asal sayur je tak suka, asal tak suka je sayur..ibu gak tukang perabehkan sayur.

Lepas habeh selosai sepeket mee hoon Jasmine kitorang menghala ke The Mines, laptop kakak problem, sib baik masih dalam warranty. Naik kejang kaki ngukur lantai The Mines tu, konon siap dalam masa dua jam, tapi tak siap pun, buat penat je tunggu. Tak beli apa pun kat situ, mak pak marhean cam kami ni standard kedai Hari-hari jer, alahh..syukur dah tu, ada gak bole tukar baju, kot beli mahal pun lama-lama jadi buruk gak ye dak?
Selesai zohor, selesai isi perut kitorang pun menghala ke Nilai, bukan Nilai 3, Nilai je..ada kedai Hari-hari kat Giant Nilai tu. Bolehla. Saya ni jenis tak suka pegi banyak-banyak kedai, kalau boleh saya nak beli kat kedai yang ada semua sekali..kasut, selipar, tudung, baju, seluar, baju dewasa, baju bebudak,..senang. Ishhhh...tak laratla nak meround sana-sini, bukannya muda lagi, dah kilauan dah bak kata mak okje..

Nak jadi cerita, rupa-rupanya baju raya Umar Zikri tertinggal. Dia nak pakai jubah tahun ni. Suwit la dia pakai jubah di mata ibu nih, camane boleh tertinggal? Ermmm..dah pilih-pilih tu, sales girl tu amik bawak gi kaunter, pastu saya pilih-pilih lagi baju untuk Nadhrah, Iman, kakak..tapi letak dalam bakul. Jadi bila nak bayar tu, turn abahla kan, dia tak tau, yang saya pun tak teringat, dah penat sangat. Tu yang jadi tertinggal..

Bila sampai rumah, Si Umar Zikri dok cari-cari jubah dia, tak jumpa. Apa lagi, dah kena pulak sakat dengan abang dan kakak, menangeh tak hengat la dia, sampai bengkak mata. So nampak gayo eh terpakso lah den ngukur lantai kodai baju laei sekali, huahhh..penat tau tambah lagi dah puasa.

Minggu ni den cuti. Hajat hati nak kemas rumah, hias rumah, tetamu agung dah sampai, kenalah raikan sebaik mungkin, bersedia lahir dan batin. Sambil-sambil tu nak alihkan anak tomato ke dalam pasu lain. Saya dah mula menanam sayur dalam pasu, kawan-kawan bila lagi,hihi..
mee hoon sup
Spesel ibu, ni pinggan Umar
zikri, tengah makan penuh
semangat tuh. Alhamdulillah
kejut bangun sahur tadi
tak banyak ragamnya, lagi pun 
dia ingatkan minggu ni dah sekolah.

3 Jun 2016

Salam Ramadhan....Ramadhan kareem.

Rasanya menjelang Ramadhan ni semua kita ni dok pakat berazam, semoga tahun ni jadi Ramadhan yang terbaik buat kita, dok azam nak khatam quran 2 kali, 3 kali..dok azam nak tarawikh tiap malam, dok azam nak bersedekah setiap hari...amin, aminnn...semoga niat-niat yang baik tu semuanya diberi kekuatan oleh Allah untuk berjaya.✨✨✨✨.

Cuma tulah kita ni, terutamanya sayalah, huhu...awal Ramadhan tu kemain lagi semangatnya, berkobar-kobar bak gunung berapi🌋🌋....ngaji tekun, tarawikh gigih, sedekah usahakan...berganjak Ramadhan, semangat tu makin turun, makin suam, makin suam..akhirnya sejuk.....

Kenapa ek?

Bila saya baca-baca...tu disebabkan kita buat semua tu sebab mengejar fadhilat, atau pahala. Memang Allah janjikan pahala sekian, sekian...Allah tau kita ni hamba Dia yang lemah, nak kuatkan semangat kita, Allah janjikan ganjaran pahala berlipat ganda bila kita berbuat kebaikan di bulan berkat ni, tapi..bila kita mengejar fadhilat semata, macam tulah jadinya. Tak salah kita merebut ganjaran pahala yang dijanjikan tu, dan Allah pun tak pernah mungkir janji, Dia janji bagi, Dia akan bagi..

Cuma yang lebih baik...kita buatlah kerana kita yakin itu perintah Allah. Kita buat kerana kita sedar kita hamba. Sebagai hamba kita wajib patut setiap perintah Dia. Moga-moga dengan sentiasa sedar kita ni hamba, kita ikhlas patuh setiap perintah Dia. Bukan kerana nakkan fadhilat semata.

Ampun maaf kawan-kawan, janganlah ada yang terasa yea. Ni cuma untuk peringatan kita bersama. Selamat meraikan Ramadhan kepada semua yang singgah di sini.😁😁😁😁😁😁.

Menumpang kasih si Bobo.

Anak-anak den memang suka sangat kat kucing. Dah lama merengek minta nak bela. Abah eh tak kasi. Alasan abah..sebab Umar Zikri asma. Tapi sebelum Umar Zikri lahir, abah bagi alasan takut berak koncing merato. Ermmm..abah, abah..ado yo alasan eh.

Takpo, sok-sok, anak-anak den dah bosa, den dah tuo ( kot panjang umur lah ) den nak bolo gak seko duo. Sementaro ni numpang kasih si Bobo dulu, kucing jiran sebolah rumah.

Bobo yang manja dan comey.
Nilah Bobo, Say haii
Comey kan saya. 

Semua anak-anak pakat sayang dan suka ngan Bobo ni. Nak dipeluk cium
macam baby. Menjerit abah marah takut bulu masuk hidung. 

Oppsss..korang, dalam 3 hari lagi kita ni semua, semua kitalah akan tak sabar tunggu waktu maghrib, padahal sebelum ni maghrib yang tunggu kita, kita plak dah hujung-hujung waktu baru berkejar berebut nak amik wudhuk, huhu....sedey..

2 Jun 2016

Sekuali nasi goreng, sedulang ayam masak merah.

Tu dia, kalo tak kenyang gak tak taula korang, cukuplah tu kan, tak cukup kang makanlah biskut, roti yang ada tuh, tak pun petang kang, in shaa Allah ibu bawak balik jajan lagi, yang semalam dah habis sekali serbu je, hai lah anak-anak..

Kang jangan lupa, suruh Umar Zikri solat zohor dan asar yea.
Sekuali nasi goreng, korang jangan
tengok kuali tuh, tengok nasi goreng
tu ajeh😂😂
Ayam masak merah camni kegemaran
anak-anak, tak payah panggil, semua datang
menadah pinggan. Semalam si kakak goreng
telur mata kobau untuk mskan tengahari..
si abang besar tu sampai tak makan tengahari,
dia tu memilih sikit makannya.

1 Jun 2016

Bila anak-anak berkumpul dan ibu belum dapat gaji..

Biasa kalo beli kerepek ke, biskut ke..kadang sampai ke minggu satu lagi pun masih banyak bersisa. Minggu ni, dah semuanya berkumpul kecuali abang besar baru sampai semalam sebab kat sekolah dia ada kelas tambahan, semua stok kudap-kudapan tu semalam hari selasa ek? Haa, semalam la..semua dah habis. Sekotak corn flake tu sekali hadap je, tengok-tengok dah habis.

Abang besar mengelisai peti sejuk, tupperware yang dok isi kudap-kudap tu, tengok semua dah kosong, dia tanya...minggu ni ibu tak pergi shopping ke,..mana plak ibu tak pegi, biasalah dah semuanya ada kat umah, semuanya tak berenti mengunyah. Terdiam dia.

Ibu pun gaji belum masuk, kalo tak ibu nambah-nambah duit belanja yang abah bagi tu boleh beli lebih sikit. Cian gak kat abah tu, jap lagi nak beli baju raya korang plak, nipis poket abah bulan ni

Sabar ye anak-anak, in shaa Allah hari ni gaji ibu masuk, bolehla ibu beli apa patut. Untuk besday kakak 29 Mei baru nih pun ibu belum sempat masak apa-apa lagi. Kakak request nak makan mee hoon sup special ibu. Hari ahad ni in shaa Allah ibu masakkan ye kakak. Harap bersabar ye.
Sarapan pagi ibu hari ini.
Alhamdulillah, masih boleh
isi perut dengan aman dan
tenteram😉
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign