Asam Garam Kehidupan: October 2015

Nuffnang

Pages

26 Oct 2015

Berbaloila bagi orang miskin macam saya.

Salam rindu buat teman-teman yang sudi berkunjung ke sini, minta maaf sesangat sejak kebelakangan ni tak dapat berkunjung ke laman teman-teman, bizinya cikgu tadika ngalahkan cikgu besar sekolah menengah. Baru selesai open day sabtu baru ni, ni tengah bergelut ngan exam paper plak, haa amik kau, budak tadika pun ada exam,hi hi..examnya 2hb-6hb/11 ni. Pastu ada hari konvo 14/11, pastu sibuk nak buat hiasan kelas yang baru, haaaaa...sibuk tak sibuknya.

Nak tunjuk ni je, semalam pegi pasar pagi yang saya kata kena pegi dekat-dekat nak tutup pasar tu, dapatlah beli buah kat bawah tu, sesikat pisang, masih cantik kan? tiga biji delima dan lima biji epal tu..rm10 je, suka, suka..berbaloila bagi orang miskin cam saya ni.

Antara buat yang disebut dalam Al Quran, buah pisang dan delima..

19 Oct 2015

Sesekali..

Wah, bestnya...makan dilayan dengan hormat, dihidangkan satu persatu, di tempat yang cantik, wangi, halwa telinganya lagu-lagu syahdu..
Dapat hadiah wangi-wangian mahal plak lepas tu..
Itu cerita semalam, jemputan kenduri kahwin di hitel The Ritz Carlton  Kuala Lumpur sebagai tetamu vip..
Alhamdulillah..
Ermmm...
Itu baru sikit nikmat dunia, sudah begitu bestnyer terasa..
Sedikit sangat, tak sampai setitis pun agaknya dari nikmat dan keindahan di syurga. Bayangkan di syurga, apa saja yang terlintas di fikiran, mahu dimiliki, makan dilayan bidadari-bidadari cantik tak jemu mata memandang, malah apa sahaja, sebutlah apa sahaja, bayangkan apa sahaja, yang tidak pernah dimiliki di dunia..

Untuk dua minggu ni kakak bercuti semester, yessss...ibu seronok dapat jimat duit taska, adik-adik seronok takyah gi taska walaupun makan tengaharinya bila balik sekolah tu nanti menu speselnya apa kakak? Telur dadar kuah kicap ye? Kalau ada lebih lauk malam, itulah juga lauk tengahari esoknya, nasiblah ye adik- adik, ibu sempat siapkan sarapan jer.

16 Oct 2015

Bukan tak perasan..

Bukan tak perasan...yang putih telah mencuri-curi di kawasan si hitam, bukan tak perasan...nak membaca yang halus-halus tu, dah kena bukak yang rabun jauh ni, bukan tak perasan....garis mata, garis pipi, garis mulut dah mula lari...tapi ishhh...masih nak cover-cover dengan bedak tebal seinci..bukan tak perasan...tidur siang tu bukan cam dulu, penat, baring, lena, tak kirala ada yang menyanyi-nyanyi di telinga, sekarang, mau tidur melepas lelah siang tu pun nak kena sunyi-sunyi, baru boleh lena dengan happy..bukan tak perasan, kalau siang gagah-gagah ke sana-kemari, lawan juga lenguh berdiri, naik turun tangga lupa lutut tu dah mula sengal bisa, bila lepas maghrib je rasa macam nak tumbang lena minta cuti takyah masak dinner...aduh..
Perasan..bukan tak perasan..
Kalau kawen awal dulu rasanya dah jadi nenek cam sorang kawan tu, perasan..bukan tak perasan..
Perasan...usia ku dah merangkak ke senja...dah tua, hu hu...takutnya...
Sayangnya nak lepaskan segala kemanisan di usia muda, takutnya kehilangan cantiknya di usia muda, lebih lagi takut kerana sedar persediaan untuk pulang tu masih tak seberapa..
Tapi perasan juga...sedar dan takut tu masih kalah dengan nafsu, nafsu yang tua tapi masih kuat gelojaknya, masih ganas, masih menggila..
Sebab tu..dalam perasan dah tua tu, masih nak berseronok-seronok juga, jalan-jalan ke mall, nak baju baru, nak makan sedap, nak merajuk mintak pujuk ( hmmm...ada ke yang nak memujuk)

Oh nafsu, nafsu...jahatnya, gilanya...
Camanela nak kalahkan nafsu ni. Banyak kalah dari menang ni..

Tapi..In shaa Allah berkat guruku..aku akan terus juga berjuang melawan kejahatan nafsuku hingga ke hujung nyawa..

11 Oct 2015

Jom buat smoothie buah-buahan.

Baru amal dalam dua minggu ni. Aritu terpandang kat dalam Nasi Lemak Kopi O tv 9, tiga jejaka buat smoothie buah, cam best jer, cam sedap jer, dan tu jugak selongkar peti tengok buah apa yang ada.
Buah pun dah mahal juga. Nak beli buah mahal-mahal kang tak cukup duit lauk seminggu, ok kita pasar tani, tapi pegi tu time dah tutup-tutup pasar gitu, so dapatlah 4 bakul 10 hengget je, boleh campur-campur, haa...punyalah nak berjimat.
Tengok nasibla apa yang tinggal, cam minggu lepas dapat buah naga, fuji epal kekadang tu. Kalau kat pasaraya tu kadang ada offer cam semalam epal hijau 10 biji rm5.60 je, kan murah tu, apalagi laju je masuk plastik.
So..pagi ni kita try smoothie epal hijau, oren, lai dan kurma. Kurma tu untuk kasi manis, takmo taruk gula tau. Gula tu baja kanser kata Dr Muhaya. Buang kulit, kurma buang biji, jangan blend sekali ngan biji plak, cam saya pagi ni, dok kling-kling bunyi dalam blender, rupanya termasuk sebiji biji kurma tu. Blend kasi hancur betul-betul.
Haaa.oppss...blend tu jangan taruk air banyak ye, nanti tak jadi smoothie, cair je tak mabeles.
Dah siap, sape suka sejuk sikit bolela taruk ais sikit. Saya tak minum ais, so terus minum cam tu je.
Tapi smoothie camni kena habiskan cepat, kalau agak tak larat nak habiskan sekaligus, bole simpan dalam setengah jam, simpan lama hilanglah khasiatnya kan, kang dah penat-penat merajinkan diri, minum takde khasiat buat apa, ye tak?

Satu yang saya perasan bila dah amalkan ni, nak membuang tu prosesnya lancar jerk, hi hi. Saya ni kalau kat rumah tak berapa nak dahaga, kalo kat tadika tu dengan banyak bercakapnya, banyak bergerak, kejap je dah terasa kering tekak tu, takdelah sampai lupa minum air kosong tu. Satu lagi, perut rasa kenyang, yelah sekali makan 3 biji kot. Tapi kalau nak makan 3 biji buah camtu je, rasa macam tak termakan ye dok, lebih-lebih lagi epal hijau tu, masam..so buat camni senang, minum je.

Tapi tulah, anak-anak saya pun takde perasaanla Okje, anak-anak you tak makan kuih pelik-pelik, anak-anak saya lagi parah, bukan takat tak makan kuih pelik-pelik..ni saya buat smoothie ni saya sorang kena habiskan, bila bagi diorang try, mulalah tunjuk muka pelik, tak pun si Umar Zikri terus-terang je cakap, " yerk, tak sedap,"
Haa kan, omak e la yang konyang. Tengok buah duku langsat dalam bakul tu, dah naik lebam, tu kang saya jugak yang kena habiskan. Anak-anak saya tu takat pisang, durian, rambutan taula diorang makan, dan kenal. Kalau buah lain, terutama buah-buah kampung cam ciku, rambai, salak, bukan takat tak makan, kenal pun tak, ok...bole salahkan saya, hu hu..

8 Oct 2015

Baru betul-betul...

Punyalah xcited dan tekun dia menghafal pelajaran bahasa arab dalam seminggu cuti sekolah baru ni. Sampai aku pun jadi terhafal sama. Tup, tup...isnin, selasa upkk tangguh sebab jerebu. Ok....lega katanya sebab ada masa lagi untuk menghafal.
Selasa malam rabu dia gigih menghafal mata pelajaran adab. Sambil  mengemaskan barang-barang yang perlu untuk perkampungan ilmu. Upkk petang, tapi sebab ada perkampungan ilmu tu, dia kena datang sekolah dari pagi.
Nak jadi cerita lagi, nasib baik sempat berwasap-wasap dengan kawan kul 5 pagi tu. Rupanya hari rabu semalam pun tangguh lagi. Ekceli kat Semenyih ni nampak cuaca dah ok, tak nampak dah jerebunya, tapi ditangguhkan supaya selaras seluruh negara. Semalam di Langkawi dan Sabah masih teruk jerebu katanya.

Dan rasanya bertubi-tubi pertanyaan dari kami para ibubapa yang ada anak nak upkk ni, terbentuklah satu grup wasap kafa An Najah atas usaha salah seorang ustazahnya. Petang semalam baru buat grup tu, tengok pagi ni ahlinya dah mencecah 99/100!
Dari grup ni baru tahu, konfem  pagi ni betul-betul  start upkk nya.

Semoga berjaya  dengan cemerlang anakku Nadhrah Hannani, in shaa Allah ibu doakan anak ibu yang sentiasa cuba mengembirakan hati ibu, sambil menghafal sambil tolong kopek ikan bilis, in shaa Allah..in shaa Allah berjaya dunia Akhirat.

3 Oct 2015

Bila hujan dan jerebu.

Segala musibah kita terimalah dengan redha dan sabar. Ujian tanda kasih sayang Allah, tanda ada dosa-dosa kita yang wajib kita taubatkan. Moga dengan sabarnya kita, Allah berbelas kasihan dan segera ada penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi.

Jika kita asyik mengeluh dikhuatiri
kita termasuk dalam golongan orang berputus asa terhadap rahmat Allah, besar kemurkaan Allah terhadap kita, nauzubillah...

Bila musim jerebu camni, haaa...dah ada musim jerebu plak, dulu musim hujan, musim panas je, hrmmm...kan ada janji Allah..terjadinya kemusnahan di muka bumi akibat tangan-tangan kita sendiri, jadi mari kita salahkan diri sendiri, yelah..jerebu ni walaupun puncanya dari saudara kita di seberang, kita pun turut menyumbang juga, asap kenderaan, asap kilang, kan tambah memburukkan keadaan. Laaa...habis nak gi kerja camane, takkan nak naik kuda kot, pastu kalau kilang tak beroperasi, kita nak cari makan camane, hrmmm...entahle, buntu, buntu.. Lagipun saudara kita kat seberang tu bakar hutan sebab nak bercucuk tanam mencari rezeki juga, dan kita pun ada bergantung hasil tani diorang jugak, ye tak?

Jadi ngaku jelah dunia memang dah akhir zaman. Jerebu ni salah satu tanda akhir kiamat, selain dari lahirnya Imamul Mahdi, keluarnya dajjal, turunnya nabi Isa. Saya ada baca hadis tentangnya, cuma bila dicari balik, tak jumpalah pulak. In shaa Allah bila terjumpa nanti saya update.

Sebenarnya saya nak tunjuk ni je. Nak jemur baju kat luar melekat bau asap jerebu. Tak pun hujan, belum sempat hilang penat jemur baju kena angkat balik. Penyudahnya bilik kakak, katil kakak, tempat sangkut tuala kakak jadi tempat sidai baju. Kadang tu  bila datang sawan malas bak kata Okje, terbiarlah je bergantung kat situ dua tiga hari, ha ha.. Tengok bakul kosong je, rupanya tergantung tak berangkat. Nasib baik larling saya tu rajin tang seluar baju dia, bila dah tengok asyik tergantung tu, diambil sangkut dalam lemari, tapi seluar baju dia jelah, saya punya tetapla tergantung kat situ, hu hu..ishhh...
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kuranglah 1 persen kerja saya ye dok..
Tapi tula, nak jemur macam ni kena pilih sabun yang benar-benar berkuasa menghilangkan bau hapak, saya pilih Top, yang warna oren lembut tu, yang tu ok, kalau yang biru, masa kain baju masih basah wangilah, bila dah kering, ermmm..ada bucuk sikit..
Ermm..saya melalut..
Oklah, melalut supaya tak ngantuk pagi-pagi sabtu yang sejuk dingin ni. Saya nak gi angkat baju yang dari kelmarin tergantung dalam bilik kakak.

2 Oct 2015

Solat dhuha di Masjud Putra.

Dalam keadaan jerebu yang agak teruk bacaan ipu 111, kami gagahkan juga bawak learning trip tadika ke Putra Jaya pada 30/9/15 rabu lepas. Awalnya dah plan nak pergi 17/9 aritu, terpaksa tangguh sebab jerebu juga. Tapi kali ni pegi jugalah sebab bebudak ni dah xcited sangat nak pegi, lagipun program tu dalam masjid, pastu ke muzium alam semulajadi pr15 pun dalam ba ngunan juga, jadi in shaa Allah tak mudharat.

Seronoklah bebudak tu. Yelah, asyik terperuk belajar kat tingkat atas. Nak main kat luar takde kawasan, nak bawak jenjalan ke kawasan jogging pun jerebu.

Terkilan juga tak dapat round-round sekitar luar masjid tu, selain Umar Zikri ada dua orang budak lain pun asma. Jadilah dapat round dalam masjid, dapat solat dhuha, Umar Zikri jadi imamnya,Alhamdulillah...sempatlah kagum Uncle Amin Tong yang jadi tour guide tu, dan sempat juga belajar beramal dengan sedekah masukkan duit dalam tabung masjid.

Kat luar bebudak ni jadi perhatian para pelancung pula, tapi lupalah nak snap gambarnya.

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign