Asam Garam Kehidupan: February 2021

Nuffnang

Pages

13 Feb 2021

Terima kasih Syaz.

Meh kita up kat sini gambar Syaz Eim bagi sokongan kat kita, dia beli kek kita tau wak, eh..bukan kek kita, kek mamasab kita jual. Hihi. Korang yang lain tu mehla tolong kita jugak, kita ni golongan b40 tau, kete tadok, motor tadok, basikal letrik pun tadok..huhu..cian kat kita kan wak😂
Ha..tengok ni si budak Ayu yang comel, mesti tak sabar2 nak menjamah keenakan kek red velvet mamasab ni. Kek ni memang sedappp sangat tau korang. Dia punya kemanisan dan kemasaman cheese tu berpadu menjadi satu, ermmmm..yang pernah makan mesti tau camane keenakan kek ni. 
Syaz bukan takat beli kek, tapi dia beli juga tuala bamboo mamasab. Tuala berkualiti, ringan dan sangat menyerap air, tak caye tanya syaz. Tapi nak dapatkan tuala ni kemain susah, bila masuk outlet je, sekejap je habis stok. Kalau nak kenalah tunggu, tak taulah bila hq mamasab nak amik lagi.

Ok..tak lupa..selamat menyambut bulan Rajab, jom pakat puasa rajab, sape belum ganti puasa baik korang start ganti sekarang.

Ok..byeeee..mmmuahh..

7 Feb 2021

santai ahad 7/2/2021.

Dah lama tak bersantai ahad. Eh santai jer, cuma malas nak mencatitnya ke dalam blog. Biasalah mood timbul tenggelam ni kan. Apa khabar teman2 kesayangan alamayaku..moga anda, anda dan anda semua di dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.
Hari ni kita rajin sikit, walaupun rupanya tak secantik mana, nak juga diabadikan sebagai kenangan di sini. Fevret Umar Zikri ni. Simpan dalam esbok, makan sejuk2 ermmmm, sekejap je habis.
Selamat bersantai ahad ye. 

5 Feb 2021

Life baggage by Syaz Eym.

Selamat sampai ke tangan cikMah pada 2/2/2021. Sebut tarikh ni teringat pulak dah setahun berlalu kenangan umrah. Rinduu..

Benda pertama yang ditanya oleh Nadhrah hannani anak dara peminat novel tu, katanya.."ibu, kali ni nama watak dia ok tak? Dalam novel first tu siries (cara anak dara tu nyebut serius) nama Busrain tu ibi bayangkan orang tu pendek, gemuk perut buncit, kepala botak macam najib..," cikMah sakit perut gelakkan dia.
Dia pun baca sekali lalu sebab nak cari nama watak2 dalam novel kedua ni. .."ermmm..okla sikit nama2 dia, cuma ada sorang tu nama Saidun, nama macam orang kampung.." ha..Itulah komen first dia. Syaz jangan amik hati ye, anak daro den tu besar do kelilingi nama2 moden yang terbelit lidah kita nak menyebutnya.
Tapi tulah nak tanya juga kenapa Syaz tukar nama certain watak macam Jiha jadi haifa, Edna jadi Dewi, nama Leyha tu nak sebut Leya ke Leha? Kalau akak bantai sebut Leha jelah. Nama Edna lebih sesuai, Dewi tu dok terbayang pulak dia pakai sari, hehe..jangan marah ye Syaz.
Pastu ada sikit kesalahan tertukar nama watak, mula sebut nama lama, dalam baris seterusnya sebut nama baru pulak. 
Syaz tak perasan tu. Dalam cetakan seterusnya nanti bolehla dibetulkan semula.
Beli satu dapat dua. Terimakasih Syaz. Overall jalan cerita sangat menarik, bak kata anak dara cikMah, dalam setiap episode plot twist dia memang sesuatu yang tidak dijangka. Satu jer tekaan yang cikMah rasa betul, Najah akhirnya bertemu jodoh dengan Hatim. Akhirnya ada pelangi di celah2 rintik hujan panas..agitew. 😁
Nanti korang pun kena dapatkan novel terbaru Syaz Eym ye. Tak rugi tau, besttt sangat.

3 Feb 2021

Tengoklah kerja anak dara cikMah ni.

Alkisahnya malam tadi..orang lain dah tidur, dia berjaga..padahla dapat jumpa cik ti..padan muka🤣
Boleh dia kata, tikus tu tau dia takut, tikus tu terjun dari lubang xzos fan nak terpa kat dia.
Tapi dalam ketakutan tu, berjaya juga dia mengurung cik ti ni guna tudung saji cikMah, dia kata tikus tu lari satu rumah. Dia dah sembur ridset, dah siram air panas tapi tikus tu tak mati. Akhirnya tikus tu terperangkap kat pintu depan tak tau nak lari ke mana dah, akhirnya dia berjaya mengurung cik ti tu, ermmmm..nampak gaya cikMah buang jelah tudung saji tu.

Kenalah tunggu toklaki cikMah balik kerja petang karang untuk menyetelkan cik ti ni. 

1 Feb 2021

Salam Februari.

Blog makin terabai nampaknya, sibuk bisness, haha..budak eh..mokcik baru nak belajar merangkak, baru nak terhegeh2 guna online banking, online order barang, haduiiiii..penin juga peringkat awal, dan banyak sangat salahnya..agaknya naik fedaplah orang atas kita tu menunjuk ajo lambat naw fahamnya..gitew ler nak buat benda yang tak pernah buat. Nilah pestaim baru nak cuba berniaga online.
Ha gitew..sorilah cikMah berkain batik saja sebab dah malam. Punyalah lama nunggu oder sampai, cikRunner kata outline ramai orang, tambah pulak musim pkp, kena beratur punya lama., dari kul 2 dia tunggu, kul 5 baru dapat, lepas tu dia pergi hantar item tu ke area Bangi dulu, tunggu punya tunggu dekat pukul 9 mlm baru sampai. 
Nampak banyak plastik kan? Tu cikMah amik order untuk kawan2 dekat taman sekali untuk jimatkan deliveri caj. Kesian juga kat kawan2 yang tingin nak merasa kek mamasab tapi takut deliveri caj mahal, jadi makin mahal pulak kek mamasab tu kan. Jadi lepas dapat kek cikMah bergegas pula nganto kek ke rumah kawan2.

Jadi kawan2 blog lepas ni kalau ada yang tingin nak oder biskut raya pulak, bolehlah oder ngan cikMah ye. Jangan risau, biskut raya mamasab tahan setahun. Nanti cikMah up gambar biskut raya kat next entri ye.

Ok..salam sayang semua.Mmuahhh.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign