Asam Garam Kehidupan: June 2017

Nuffnang

Pages

30 Jun 2017

Masih beraya ke kome?

Ke dah memulakan puasa 6? Alhamdulillah. Takpelah masih nak beraya pun, kita niatkan untuk mengeratkan ukhwah dan silaturrahim, dapat pahala. Den dok dalam 4 hari je kat rumah MIL kek Rembau tu, bukan takmo duk lelamo , tapi tak larat nak berebut mesin basuh,..jangan tanya nape tak pi hantar dobi, tapi elok gak, ado la alasan nak balik segera kek umah den, ermmm..home sweet home.

Dah balik rumah pun takde pegi memana pun, balik hari selasa, sampai hari ni takde beraya ke mana pun, toklaki den tak sihat, sakit kepalo, batuk2, kesian dia. Jadi kita layan je drama2 raya kek tv tu, tak pun layan ceramah ustaz Auni Muhammad kat YouTube. Eh..best sangat ceramah2 ustaz Auni ni, kalo nak tau elok dengar sendiri.

Esok hari sabtu, MSI and MBI nak datang berayo. Cadang eh nak masak tomyam je, celur mihun, jadi mihun tomyam, nak makan ngan nasi pun buleh yo, sonang kojo den. Lepas tu nak pakat pi rumah sorang lagi MSI kek Ampang nun, dia nak masak nasi Arab, yummy..camni bilolah nak habis poso 6 den nih, huhu..

Korang, sape yang ada bela kucing tu, kalo balik kampung, tolongla bawak balik sama. Kesian tau. Sungguh pun bukan kucing spesies mahal tu, tapi kalo dah hari2 bagi makan dengan makanan kucing beli tu, agak2 pandai ke dia nak cari makan sendiri? Kesian kat dua ekor kucing ni, tuannya lain-lain, kitorang balik hari selasa hari tu, berbelit2 kat kaki kitorang minta makan,lapar sungguh kalo tengok dari gaya makannya. Kami takdelah nak beli makanan kucing tu, bagi je nasi gaul dengan ikan goreng. Toklaki den tak berkenan sangat kek kucing, take bagi masuk rumah, tapi nampaknya kucing2 ni suka sangat masuk rumah kitorang, tapi yang sekor tu jarang nampak, dah mula pandai ngorat kekdahnya.

Moga2 apa saja amalan kebaikan yang kita buat di bulan Ramadhan yang baru je berlalu tu, dapat kita kekalkan, contoh amalan bersedekah, mengaji, solat2 sunat, kita teruskan dengan niat untuk mencari keredhaan Allah dan menambah nilai taqwa kita di sisi Allah. In shaa Allah..

Dah kenyang perut, senang hati eh, tergolek2 main, ni kalo abah nampak siaplah kena marah, tapi anak2 den memang suka sangat dengan kucing.
Macam ni kan bagus, balik kampung, kucing pun ikut balik kampung, takdelah kucing tu kelaparan masa tuannya takde..

25 Jun 2017

Akhir Ramadhan, 1 syawal 1438H.

Plan nak balik pagi raya ke rumah MIL tak menjadi sebab anak2 mendesak nak balik kampung sangat, aura beraya kekdahnya disebabkan jiran kiri kanan dah senyap sunyi, tinggal kami je yang masih setia menghuni taman. Dek terdesak dengan desakan anak2 abah pun setujulah balik kampung kek Podeh, Rembau jer..tak jauh pun
29 Ramadhan 1438H, separuh dari cucu2 Wan Rembau sabar tunggu berbuka.
Mak, den pinjam caption ko ye, nak kecam den lertew..nak semayang rayo pun ekau sompek yo bergambar, syuhhh...letak tangan kek belakang, Kang tersontuh batal air semayang.
Saya suka kalau jumpa orang tua berwajah tenang macam ni, yang tengah tu, kawan MIL, tak sihat katanya, MIL plak nak pegi Makkah tahun ni, jadi dia nak jumpalah kengkawannya sebelum ke sana. 
Pagi syawal 1438H, bergambar dengan wan dan makteh yang sama2 akan menjadi tetamu Allah musim haji tahun ni, Alhamdulillah..
Mata Umar Zikri bengkak alergik terlampau banyak makan ayam, ermmm..dah tak ensem anak den. Seronok pegi jalan raya, dapat duit raya, dalam kereta sibuk dok kira duitnya. 

Sedih plak dengar esak tangis mak sedara den, adik arwah mak, bila den tepon pagi tadi. Tanya tak balik ke? Alahai..bukan taknak balik, sape tak rindu rumah arwah mak, kenangan last beraya dengan mak pun masih hijau dalam memori. Makcik saya ni takde anak, kesian dia...kami ni dah macam anak2 dia, time Raya camni, dia tunggu kami balik, tapi tulah..bajet kan.

Geram gak dengar bunyi mercun berdentum-dentam mengalahkan bising tahun baru cina, banyak naw duit kena bakar kan, pastu komplen barang serba mahal, dah tahu ekonomi teruk masih nak bakar duit. Orang cina main mercun nak halau hantu, orang melayu main mercun mengalahkan hantu!!!
Eid Mubarak korang, maaf Zahir Batin semua. Terima kasih semua.

23 Jun 2017

28 Ramadhan 1438H.

Entah sawan cuti menguasai diri tetiba semangat plak nak menulis pagi 28 Ramadhan ni. Sebelum ni bukan main lemau rasanya sampai nak jawab komen kengkawan pun takde mood. Bukan salah bulan puasa, salahnya sebab dah rasa tak semangat nak kerja, tapi duitnya nak juga😥😥 camane tuh, korang cer bagi idea camane nak dapat duit tapi takyah kerja, haha..
Hari ni jumaat dah cuti, yeyyh..tu yang seronok tahap gaban tuh. Plannya hari ni nak kemas2 rumah, sambil buat kuih Raya dapat sejenis dua ok dah, jeles wehh kat mak okje yang tetiba sawan rajin membaking, apatah lagi si mama Yan yang sememangnya rajin tu dah macam2 dibuatnya, jahit langsir sendirilah, menukanglah, ishhh3x kagum2x..

Nak juga mencatat kenangan semalam. Dari malam kamis tu dah minta duit dapur dari mychentahati tu sebab lauk dah habis, dia biasalah last minit masa Salam tu kita kena ingatkan semula apa2 yang patut, tetiba kita terlupa dia pun lupa, so plan nak masak ikan kembung percik terpaksa kensel, bukan kita kedekut tak mau guna duit sendiri, tapi duitnya dah tinggal nyawa2 ikan, camane nak beli ikan, kelapa bagai tu.

Sampai rumah suruh si abang Iman gi kedai beli telur je, kita buat nasi goreng Pattaya jelah, mudah dan cepat., Cocktail buah campuran semalam punya pun ada lagi, Kang goreng keropok, jadilah. Lagipun dah hujung2 Ramadhan ni memang tak berapa nak rajin nak masak bebanyak tu, kita masak nasi berlauk, berbuka terus makan nasi jr, baru solat maghrib, terus tunggu isya, lepas isya terus terawih, lepas terawih kita tunggu plak cerita Kalau itu takdirnya, alaaa..cerita suami cemburu buta, kalau dah datang cemburunya mulalah dia tinju smack down isteri dia sampai pecah2 muka isterinya yang comel tu, yang si mak mentua dan adik ipar dia yang perempuan tu pun mental juga, ya Allah..ada ke isteri yang sesabar tu, last semalam dah serik sangat sebab si suami dah sampai tahap smack down anak dorang plak, akhirnya bahtera rumahtangga dorang pun runtuh sudah. Tapi musykil gak nih, watak si isteri tu, bagilah pakai tudung biar kena jalan cerita yang membayangkan dia ni kan main sabar, pandai tarbiah agama, boleh ajar mengaji. 😎😎😎
Saya jarang tengok cerita melayu ni, kalau tertengok tu maknanya cerita tu lain dari yang lainlah, boleh layan.

Eh...la, gini..si abang besar tu pun start semalam la cutinya. Dah bagitau nak balik. Jadi bila abah balik kerja tu, si abah takde bagitau si abang ni dah ada balik dengan dia, yang den plak tengah sibuk mendadar telur nak buat nasi goreng Pattaya, tak nampak si abang sampai, si abang ni dah penat, takde lah ke dapur salam dengan omak eh ni. Yang den ni ingat dia tak jadi balik, call pun dia tak angkat. Jadi ingatkan dia tak balik den dadar telur nak keeping jelah untuk bungkus nak nasi goreng. Siap masak den naik mandi, baru perasan dia ada dalam bilik, ah sudah..nak masak lagi dah tak sempat. Tapi nasib baik gak anak daro den dua orang tu uzur syar'i. Dorang dah makan apa patut. So den terpaksa suruh dorang berdua kongsi, dan yang sepinggan lagi bagi Kat si abang. Alhamdulillah, kenyanglah juga.

Tahun ni jatuh turn kitorang balik beraya di kampung suami kat nogori nun, kato eh nak balik pagi raya nanti, taknak balik awal2, bimbang mak mentuo den tu pening kepalo naik darah semua kalau dah bising2 reramai tu kang. Den ok je. Lagi mudah rasanya nak masak2 dulu apa patut, packing bawak balik sana. Nak masak apa? Entah. Tengoklah last minit punya decide.
Tak pun masak je nasi impit Adabi kuah kacang macam yang si kakak mintak tu.

Korang mesti seronok kan nak raya, masih ada kampung, ada mak ayah yang tunggu kepulangan korang, dah masakkan juadah fevret korang, kumpul ramai2, bestnya. Macam den ni, Raya pun takde seronok dah, dah takde mak, huhu..Dulu walaupun dah tua bangka nak balik kampung beraya tu kan main xcitednya sebab nak jumpa mak, last2 day puasa tu dapat berbuka puasa dengan dia, tengok dia seronok makan reramai dengan kami, pastu kemas2 rumah dia, tukar langsir bagai, tu yang buat hati rasa bahagia. Tapi yelah...dah takdirnya mak pergi dulu..

Balik rumah mak mentua tu bukan tak seronok, cuma lebih seronok balik rumah mak sendiri, walaupun mak dah takde.

Korang, sempena eid Mubarak yang bakal menjelang tak seberapa Hari lagi ni, den mintak mahapla yo mano yang tersentap, terguris, terkucil semua tu. Moga Hari Raya korang penuh dengan keberatan dan rahmat dari Allah, aminnn.

21 Jun 2017

26 Ramadhan 1438H.

{{Kisah Semalam}}
Saya berpeluang ziarah Rumah Orang Tua Seri Kenangan. Infaq set pengurusan jenazah ( Kain kafan dsbnya )
Sempat juga sembang dengan ibubapa di sana.

Memang sadis jalan cerita mereka...
Bila ditanya tentang sedekah, kebanyakannya jadi diam tak terjawab. Tapi kami cepat- cepat tukar emosi mereka bagi kembali ceria dengan cerita yang menarik.

Namun di wajah mereka tersembunyi 1001 keresahan dan penyesalan.
Ringkasnya semuanya berbalik kepada amalan di usia muda! TERUTAMANYA BAB SOLAT DAN SEDEKAH!!

Di antara kesan SEDEKAH adalah dapat terhindar dari kepapaan dan disayangi semua orang. Orang yang berkira nak infaq, di hujung usianya boleh jadi huru-hara dan terabai sendiri.
Ini di antara yang diceritakan oleh penghuni tadi...

Rupanya mereka orang senang. Bagi berbagai kemewahan kepada anak-anak tapi bukan kerana until mendidih dengan agama. Maka anak jadi lemak, mula bangga dan jadi keras hati...
Mereka jadi jauh dari nilai Islam, hingga mereka make sendiri dianggap beban, hingga sanggup letak di rumah orang tua. Seolah nak buang ibubapa sendiri.

Bila diselidik memang bukan salah mereka 100% tapi ibubapa juga punca asbabnya, seperti di saat senang, mereka kurang beramal Dan bersedekah, mereka cuma tabur duit kat anak-anak, makanya duit itu tak berkat, maka hati mereka jadi keras, hingga sanggup biarkan mereka.
Moga dengan sumbangan kita yang tak seberapa  in, Allah pandang Dan Allah jaga kita dari kepapaan atau kesunyian di usia tua.

#PESANANDIRI.
#RajinRajinLah SOLATdanSEDEKAH.

Orang2 tua di rumah Seri Kenangan.
Team Ashekin Rich Resources menuju ke bilik mayat di rumah orang tua Seri Kenangan.
Pn Ashekin, pengasas grup Ihfaq Kain Kafan yang mengumpulkan Kain kafan untuk diwakafkan kepada Rumah Orang Tua Seri Kenangan.

20 Jun 2017

25 Ramadhan 1438H.

HiMasyaAllah, dah nak habis puasa dah., dah 25 Ramadhan, kalau lah yang bernama Ramadhan tu manusia, dah 25 hari bertamu kat rumah kita, hari ni agaknya dia dah mula packing2 nak balik, dah rima's dah duduk lama2 kat rumah orang. Kita pun dalam hati duk tertanya2 dah, bila agaknya orang ni nak balik, penat dah ni dok menjamu makan, mengemas2, kita pun mula hint2 supaya tetamu tu cepat balik, walaupun tetamu tu bukan duduk percuma, dia bayar tau, tu pun kita rasa penat.

Macam tulah kita dengan tetamu batin yang namanya Ramadhan ni. Mula kedatangannya kita sambut, kita rai sungguh2, kita mengaji, sedekah, tarawih sungguh2. Kat masjid, surau penuh jemaah bertarawih, sampai melimpah2 keluar. Tapi dah akhir2 Ramadhan ni cer gi tengok, rasanya dah tinggal tak sampai separuh jemaahnya. Mak2 dah sibuk membaking, tukar langsir, kemas rumah. Pak2 dah menggaruk kepala mengira bajet sebelum dan selepas Raya, fuhhhh..
Lagu2 Raya dah berkumandang sana-sini, lampu raya dah berlip-lap2 kat rumah jiran hujung sana, simpang depan, kona Kiri, mercun dah berdentum-dentam, pastu dah masuk berita anak orang sana putus jari, cacat kat mukalah bahana meriam buluh, yang peliknya anak cina yang sambut Tahun Baru Cina tu takde plak dengar berita putus tangan, putus jari akibat main mercun, tiba kalau time nak raya je adalah berita anak en Ahmad ke, anak en Bustamam ke masuk spital akibat cedera main mercun, contoh..itu contoh, harap kalau betul ada orang yang namanya en Ahmad atau en Bustamam janganlah terasa ek.

Pastu yang banyak berlaku eksiden ni time Raya kitalah, jem teruk time Raya kita, harga bahan mentah melambung naik pun time kita nak raya, eh..bulan puasa pun harga barang dah naik, baru ni tengok harga kerang sekilo dah mencecah 13hengget lebih, padahal 4, 5 tahun lepas tak sampai pun 7 hengget sekilo, kansel...tak jadi buat rendang kerang.

Tahniahla kepada sahabat2 Yang berjaya capai target khatam Quran, nak bertarawih setiap malam, sedekah setiap hari, kurangkan pembaziran beli Kat Param tu, tapi masak setiap hari walaupun penat2 balik keje, tak sempat bukak stokin dah buka freeze keluarkan ikan, sotong nak masak juadah penuh kasih sayang untuk anak2 dan suami. Pukul 4 pagi mata masih separuh terbukak dah bangun siapkan sahur, pastu kalau sempat tahajud barang serakaat dua, mengaji barang semuka dua, jadilah la kan.

Panjang pulak terbebel pagi ni. Ampun maaf kalau ada yang tersinggung.
--_------_---__-------------------------------------------

Assalamualikum

Niatkan *INFAQ* untuk Set Lengkap Pengurusan Jenazah
Harga Set ini RM250/=

Nilai Infaq CUMA
*RM10.00 satu nama*

📞Tel: []] *012 384 4558* Ashekin ]]]]

👆🏻.. Team Ashekin dan AL~WALID akan menghantar (*Infaq*) Set Pengurusan Jenazah ini
*ke Rumah Orang Orang Tua Sri Kenangan, Cheras KL*

Terimakasih di atas *keperihatinan dan menyantuni* hikmah bersedekah..

*boleh ! Sila viralkan projek ini* 🚀❤🕋

Follow this link to join my WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/7iy2eEM9JyLBPO1r0oHl5K

Saya ada join grup yang namanya grup infaq Kain kafan, sape nak join ikut he link Kat atas tu.

18 Jun 2017

Cerita 21 Ramadhan 1438H.

Bila anak2 beraksi buat biskut raya.
tekun je.

Macam ni kan Ticer?
Tak pandang Kiri -kanan dah.
Kita tabur yang warna-warni ni bagi cantik.
Sempat beraksi penuh gaya.
Siap dah, boleh jual, hehe..

15 Jun 2017

20 Ramadhan 1438H.

Dah tiga hari bukak sekolah lepas cuti 2 minggu aritu. Puasa dalam cuti sekolah ibarat hadiah besar buat anak-anak, apa taknya, lepas subuh boleh sambung tido sampai pukul 11. Teragak takde arah benda nak buat lepas zohor sambung tido lagi. Puasa pun takdelah rasa letih, lapar, malam mulalah taknak lelap mata tu, padahal pukul 5 nak kena bangun sahur. Kejut sahur macam kena kejut pegi perang kot, menangis2 , Umar Zikrilah..siapa lagi.

Setakat ni first day aritu dia terminum air katanya, tak ingat puasa. Jujur je bagitau tak macam omak eh kekecik dulu, curi2 minum air, curi limau kat pokok tepi jalan, pastu curi2 makan plak limau tu, teruk perangai omak kau ni Umar Zikri oii, pastu balik sekolah tengahari tu, kekonon lotih bebona puasa, eh...memanglah lapar betul, bukan curi2 makan nasi, takat curi makan limau sebiji takdo konyang do.

Azamnya nak puasa penuh tahun ni.
Kesian tengok kegigihan Umar Zikri puasa ibu pun gigih menggugel resepi sotong dan udang salut tepung tau. Comot abih baju dengan dapur,al maklum baru first time try buat sendiri, kuikui..
Yelah..malehla nak buat bondo cerewet2 ni, takat nak makan sepiring beli je lagi senang. Tapi demi anak yang gigih berpuasa ibu sanggup berkorban tau, hari-hari pikio nak masak apa nak gembirakan anak time berbuka.
Hari ni letih bona. First day and second day sekolah semalam takat duduk merenung air bandung kesukaan tu. Hari ni dah tak mampu menahan letih kan, disusunnya kerusi buat macam katil, lansung tertido sampai waktu berbuka. Tiap hari balik sekolah minta nak bukak puasa, dahaga nak minum air, den izinkan je, takpelah baru belajar. Tapi bila suruh berbuka katanya dia puasa tak boleh makan, pulak dah. 

12 Jun 2017

17 Ramadhan 1438H.

Salam nuzul Quran.
Semoga Ramadhan yang masih berbaki kita manfaatkan sepenuhnya bagi merebut barakah, kebaikan dan seribu satu kebajikan yang Allah janjikan di sepanjang Ramadhan ini. Hati dah mula terasa walang mengenangkan tetamu yang mau beransur pergi ini, terasa kurang beradabnya melayan tetamu yang sepatutnya sangat dimuliakan, Allahu Akbar..

Ujian tanda kasih sayang Allah. Ujian juga sebagai tanda penghapusan dosa, bagi saya sudah tentunya ujian itu untuk penghapusan dosa selayaknya saya yang memang banyak dosa ini.

Memang terasa bebanan perasaan bila subuh hari terpaksa keluar dengan suami, seawal jam 6 pagi sudah tercongok di tadika, walhal waktu kerja start pukul 7.30 pagi. Entah kenapa uncle Rajan dah tak mau menumpangkan saya padahal saya bayar tak kira cuti sekolah pun tetap juga bayar penuh. Tapi dia nak pula amik Umar Zikri macam biasa. Mungkin berpunca dari Goki. Isteri uncle tak suka Goki, jadi kalau uncle masih hantar saya ke tadika, nanti uncle masih terserempak dengan Goki. Itu je sebab yang saya nampak.

Nak tak nak kenalah keluar dengan suami pukul 6 pagi tu. Seksa nak kejutkan Umar Zikri, angkut baju sekolah, sabun mandi bagai, kalau bulan tak puasa dengan bekal sarapan semua. Tu yang awal bulan 5 aritu saya hilang mood sungguh, memang rasa nak berenti kerja.

Balik plak kena naik grab car. Grab car ni ujiannya kadang tu susah nak dapat, kadang dah otw dia cancel, terpaksa booking lagi, tunggu lagi. Satu hari tu line tepon meragam, lansung takde signal. Tak dapatlah nak booking grab, nak tak nak tengahari buta tu terpaksa balik jalan kaki, nak naik satu bukit takdelah tinggi pun, sekali hilang imbangan badan, yelah..awak bukannya muda lagi..tetiba gedebuk jatuh, luka kat hidung..sedih wehh..
Jalan kaki tu ikut jalan kampung, dalam 1km lah jaraknya, takdelah seram sangat, ada gak rumah2 kampung, tapi ada gak semak-samun...

Hajat nak beli kereta tu ada, tapi entahlah, rasa hati tu berbelah bagi plak, mengenangkan awak pun bukannya muda lagi, takkan nak kerja sampai anak murid panggil Ticer nenek kot..lagipun rasa macam dah tak larat. Bebanan perasaan wehh.

Bila dengar kisah pemandu Uber kena tahan kes cabul, pastu baru semalam ada lagi berita pemandu grab kena reman kes rogol, tetiba rasa takut dan seram semacam..

Sabtu lepas dah bercerita panjang lebar dengan boss masalah saya ni, saya bagitau nak berenti sebab masalah takde kenderaan. Nampaknya boss keberatan nak bagi. Boss, boss...kalo tak bagi berenti, bagilah naik gaji, bagi boleh bernafas sikit kalo saya nak betul nak beli kereta, betul tak korang??

Lain orang lain masalahnya kan, bagi orang mungkin ni bukan satu masalah besar. Dan saya plak mungkin bila dengar masalah Kak Saniah ke, masalah mak okje ke, masalah si CH ke, saya tak terasa terbeban pun, mungkin sekadar rasa kesian je.

Esok dah start sekolah semula selepas cuti sekolah dua minggu. Sekejap je habis dua minggu, cuti sekolah bolehla suami keluar lewat sikit, pukul 6.15 pagi, tapi ni dah sekolah memang tak boleh lambat, nanti kesian kat suami tersangkut jem lambat plak sampai pejabat.

Entahla, saya tak dapat nak ambik apa-apa keputusan lagi. Macam-macam yang ada dalam kepala otak saya ni. Cuma buat masa terdekat ni saya masih nak bekerja dan dapat sedikit gaji untuk keperluan hidup yang makin  mencengkam ni tau korang, sekurang-kurangnya saya dapat beli vivix sebagai ikhtiar untuk sembuh dari pra kanser pangkal rahim, entah apalah cerita kat dalam tu setelah tertangguh pembedahan colposcopy bulan 12 tahun lepas.

Saya nak cari kereta paling murah, tapi ofkoslah nak cari yang kira ok juga.

8 Jun 2017

13 Ramadhan 1438H.

Eh ramai plak yang minta resepi murtabak  biskut ek? Ramai?? Haha..perasan.

Oklah khas untuk mama Yan, Kak saniah, CH and PH, lepas ni bolehla cuba kan. Hehe..

Untuk kulit murtabak.
Biskut hup seng.
Santan atau susu cair.

Inti.
Isi ayam potong halus2  atau blend.
Seulas bawang putih, ketuk.
Bawang besar kalau suka boleh letak 2,3 biji potong dadu.
Kentang potong dadu.
Kubis potong halus2.
Telur sebiji atau dua, ikut saiz.
Daun bawang, potong.
Garam dan rempah kari.

Kita kena sediakan intinya dulu.
Tumis bawang putih sampai wangi, masukkan inti ayam. Bila isi ayam dah masak masukkan rempah Kari, kalau suka pedas boleh lebihkan rempah kari, tambah sikit air dan masukkan kentang. Tunggu kentang empuk, masukkan bawang yang dipotong dadu tadi. Bila bawang dah masak baru masukkan kubis dan daun bawang, masukkan garam dan kacau hingga rata. Tutup api dan pecahkan telur.

Cara.
Saya guna 24 keping biskut, tapi terpulang korang nak tebal ke nipis. Setiap lapis saya guna 6 keping biskut. Biskut kena rendam sekejap dalam susu cair, baru susun dalam dulang bakar yang dah disapu margerin. Letakkan inti rata2. Buat proses yang sama sehingga selesai. Bahagian atas sekali mesti biskut ye, kalau inti nanti kering plak intinya, sebab kita kena bakar dengan suhu 160°c dalam 30 minit camtu. Sejukkan baru boleh potong.
Puas hati tau, makan sebab saya punya 4 tingkat weh.

Semalam suami takde, dia berbuka puasa kat hotel dengan geng pejabat dia. So kita masak menu paling simple tapi anak-anak den suko sangat nih, tadaaa...nasi goreng Pattaya. Abaikan cili sos yang comot tu sebab den takdo botol yang squeeze2 tu.

Bila suami berbuka di hotel, kita masak yg paling ringkas, duk kat dapur sekejap je dah siap.

7 Jun 2017

11 Ramadhan 1438H.

Faktor umur kot, yelah..dah 40-an macam den laki bini ni, terasa letihnya selepas berbuka puasa. Alhamdulillah, letih pun den gagahkan juga bertarawih. Tapi den tak pegi surau pun. Den ikut cakap ustaz, orang perempuan ni afhdal buat kat rumah jer, jauh dari fitnah. Cuma yang bagusnya kalau solat di surau tu, lepas tarawih ada moreh, tapi selalunya kami anak beranak tak menjamah pun, kalau boleh nak cepat sampai rumah, lepak jap dan tidoq.

Lagi satu yang bagusnya pegi surau ni, kita boleh kenal jiran tetangga. Cam den ni jenis orang yang tak keluar rumah, pegi balik kojo je, cuti sabtu ahad sibuk dengan urusan kain baju dan yang sewaktu dengannya, kalau pegi surau tu boleh gak tunjuk muka, bertukar senyum gitu kan. Tapi tulah cam den cakap awai-awai kat atas tu, faktor umur kot, terasa keletihan selepas berbuka puasa. Kalo solat kat rumah tu, terasa letih den buat solat sambil duduk je.

Lagi yang bagusnya bila terawih berjemaah ni, dapat latih kita sabar. Sabar ikut imam. Ada imam yang baca laju, rukuk sujud pun laju, kita sabar ikut, ada imam yang baca slow tapi rukuk sujud laju, kita sabar je ikut, ada imam yang baca slow, rukuk sujud pun slow juga, pun kita sabar ikut juga. Tapi kalau solat sendiri, kita manage sendirilah kan, berapa laju kita nak speed atau nak slow motion ke.
Den ni, pukul 10 dah rasa tak boleh nak celik mata dah, terasa nak merangkak cari bantal.  Nasib baik gak makan vivix Shaklee tu, kira nak masak juadah berbuka tu boleh lagi., masak lauk sejenis dua, lebihkan untuk sahur sekali, senang tinggal panaskan je. Ada orang rajin bangun masak lauk lain until sahur, kalau den memang tak kuasa tigalah, kalo den puasa sorang, den lebih rela sahur makan kurma minum air kosong je. Tahniahla mak2 yang rajin masak sahur tu. Takat ni baru dua  kali membeli juadah dari Param, toklaki dan anak2 je yang pegi, cari murtabak. Den cubo gak buek murtabak, tapi murtabak biskut je, murtabak biasa tu den tak kuaso nak nguli tepung.

Dah masuk fasa kedua Ramadhan dah kan. Cepat betul masa berjalan. Rasa macam baru semalam start puasa, betullah rugi kalau kita biarkan saat-saat yang penuh barokah ni berlalu kita tak isi dengan zikir, tadarus, selawat....kita memang tak mampu nak ikut macam Rasulullah dan para sahabat, Rasulullah buka puasa cukup dengan kurma, para sahabat pun hebat, puasa pun sanggup pergi berperang mempertahankan Islam. Yang kita ni berperang dengan nafsu makan pun tak menang-menang. Denlah tu, bukan orang lain, huhu..

Murtabak biskut, nampaknya ank2 suka, so nak kena buat lagilah, kalo beli kek Param tu sebiji yang biasa tu, bukan mutabak biskut macam ni, dah rm4 sebiji.

5 Jun 2017

10 Ramadhan 1438H.

Bangun siapkan sahur pukul 4 pagi terus telepon si abang takut dia tak terkejut. Dah duduk sendiri macam tu, risau juga hati ni. Kesian, sedih pun ada. Dulu zaman dia sekolah duduk asrama takdelah aku kisah sangat, dah tentu2 ada Warden, pegi makan sahur reramai kat DEMA ( Dewan makan ) pastu solat jemaah.

Si kakak dulu takdelah aku rasa risau sangat. Mungkin sebab aku lebih yakin kakak lebih berdikari. Solat pun dah tak perlu nak diingatkan sangat. Yang si abang ni serba-serbi kena pantau, kalau tak Kat rumah tu seharianlah dia ngadap game. Den raso nak humban dalam sungai je komputer tu.

Bila tanya berbuka apa first day (ahad ) puasa kat dorm, katany berbuka di Cafe tapi mahal, rm7 nasi lauk ayam dan air, yelah selama ni time berbuka semua dah terhidang, tinggal nak makan je. Masa duk asrama pun tinggal beratur je amik makanan takyah bayar walaupun hakikatnya abah dah bayar dalam yuran tahunan tu, tapi bila dah duduk dorm kenalah keluarkan duit sendiri walaupun hakikatnya duit tu keluar dari poket abah..

Semalam lega sikit perasaanku, katanya iftar di masjid dapat makanan free. Alhamdulillah..
Tinggal untuk sahur je, nak beli roti katanya.

Dah 11 Ramadhan dah hari ni kan? Bagaimana pengisian ramadhan kalian, in shaa Allah makin bertambah roh amalnya.
Jadilah kan, Alhamdulillah.

4 Jun 2017

9 Ramadhan 1438H.

Hajat hati nak menulis kenangan di setiap helaian Ramadhan, tapi hajat tak sampai, banyaklah sebabnya tapi sebab yang utamanya tulah dia takde mood. Takde mood sampai aku rasa memang betul2 nak berenti kerja, sentap weyh dek perangai cikgu-cikgu yang pangkat anak-anak pada aku tu. Aku ni happy go lucky je sebenarnya, tapi bila dah sentap, mudah naw dorang perasan, lantakle...biar hati aku cool dulu, nanti baru aku sound baik punya.

Tapi di rumah acara memasak juadah permintaan anak-anak tetaplah menjadi keutamaan, cuma takdelah nak masak sekaligus. Masak bebanyak juadah kang nanti habis plak idea nak masak apa. Cuma tulah haii..si kakak dah pergi join committee sesi suai kenal, dah balik kampus di Kuantan nun, nak Raya nanti baru balik rumah semula. Si abang pun dah berangkat pagi tadi, ke mana? Taklah jauh, kampus Petaling Jaya je. Tapi terasalah sunyinya sebab dia dah 6 bulan ada kat rumah. Subuh-subuh hari aku dah memekak suruh dia bangun solat subuh. Harap-harap dia duduk dengan roommate yang tak culas solat..

Hari ni buat popcorn. Dah lama nak try buat. Eh..idokle susah benaw pun. Lain kali bolehla buat lagi.

Semangat baru, ajak abah keluar selepas subuh😀😀
Anak-anak yang tinggal Kat rumah tetap nak diraikan, terutama si Umar Zikri yang tengah semangat berpuasa tu.

1 Jun 2017

5 Ramadhan. 1438H.

" Eh, macam dah pernah makanlah kuih ni , " Umar Zikri.
" Bila?" Ibu.
" Entah, tak ingat,"

Haha..mana nak ingat, dah juadah setahun sekali, ibu rajin buat di bulan Ramadhan je, lepas tu ibu sumbat masuk gobok acuannya, jumpa balik di Ramadhan tahun depan, kalo ada rezeki lagilah.

Itulah kisahnya bila kaum-kaum ibu cam den ni sempat merajinkan diri memikirkan juadah demi juadah untuk dihidangkan untuk berbuka, kadang gamble aje cuba buat resepi yang belum pernah cuba, cam buat murtabak sebab toklaki suka makan murtabak untuk berbuka.

Dah 5 ramadhan, asyik cerita pasal makan je kan, ntah apa-apalah, eh...ok apa, sekurangnya dapat bagi idea Kat korang juga, daripada pegi beli kat Param tu, kang tak menang tangan nak menjinjit plastik makanan, ye tak? Hehe...janganlah terasa.

Pinjam yo, kuih cara yang den buat semalam idokle sekiut yang ni, den bancuh, si kakak nadrah Tukang bakonya, ada yang penyet, ada yang hangus..takpe nak bagi dia belajar.
Anak-anak memang minta nak makan itu, ini..sabo yea, ibu masak satu resepi sehari, itupun pukul 3.30 petang dah masuk dapur, siang2 ikan, sayur, bancuh2 apa patut..lepas asar baru sambung, target siap sebelum kul 6.30. Jadi boleh juga duduk2 mengisi waktu mustajab doa sebelum berbuka tu.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign