Asam Garam Kehidupan: October 2018

Nuffnang

Pages

29 Oct 2018

Memburu cinta/susun selipar.

Masih ada kesempatan nak berkunjung ke pameran barang berkat peninggalan Rasulullah dan para sahabat yang berlansung dari 27/10 hingga 30/10 ini. Bertempat di pusat perniagaan  Global Ikhwan bandar country home Rawang, cuma Karnival jualan dah berakhir semalam.
Apa yang menarik,  jom saksikan..
Ada cabutan bertuah,  kalo dapat boleh naik kereta kuda free.  Tapi kami tak dapat,  ni just buat kenangan. 
Ada booth untuk try kebolehan memanah,  ni hobby si kakak, dapat main busur kecik untuk kids pun jadilah. .
Ada real peraduan memanah,  sebagai salah satu sukan sunnah yang sangat digalakkan oleh Rasulullah untuk kita belajar,  antara hadiah istimewanya ialah umrah,  makan angin ke Bogor,  ke Turki.. Best kan. 
Yang hebatnya bila mereka sangat menekankan menyusun selipar dengan elok bila masuk ke satu2 premis. Kalau kita tak susun,  mereka akan susunkan.  Nampak kemas kan?  
Sayangnya kami tak dibenarkan mengambil gambar di dalam ruang pameran. So kalau korang nak tengok,  kenalah pergi sendiri,  masih sempat lagi,  last date sampai 30/10 katanya. 
Global Ikhwan ada chanel mereka sendiri. So ni ensomiku sedang diinterviewlah tentang pandangan terhadap pameran tersebut. 
Ada bermacam gerai jualan antaranya gerai makanan,  pakaian,  set alatan memanah dan macam2 lagilah,  berakhir semalam,  cuma pameran barang berkat tu masih aada lagi.  

26 Oct 2018

Jumaat nan indah..

Salam jumaat temen2,  apa kabar?  Muga semuanya sihat2 aja.  Yuk kita liat apa yang ingin kukongsikan buat anda semua.. (hihi.. Baca dengan slang Indonesia yaaa)

Oiihhh.. Janganla cakap den mabuk ketum plak,  cam tak besa ja.. Gurau2 di hari jumaat yang mulia ni.  Salam jumaat sayyidul ayyam,  moga anda semua dalam rahmat,  kasih sayang dan pengampunan Allah selalu.. Aminnnn..
Cuaca nan indah,  buat hatiku menyanyi riang , cewahhh.. Cahaya matahari awal pagi,  hangat dan segar. .
Langit yang biru,  awan yang putih bersih,  langit dan awan yang kkeindahannya tidak pernah mengecewakan...
Miaw untuk dijual. 
Senangnya jadi kucing ni,  ngantuk boleh lelap kata mana2.  Awas ye cik miaw jangan lepak kat kedai dobi plak. Lepak kat kedai speed mart yang akak2 cashier tu sporting dan penyayang,  haa.. Itu tak mengapa. Tapi jangan ko buat pasal plak kat situ.. 

25 Oct 2018

Bila amik cuti, yeyyy.

Tension weyh,  kerja3x,  komplen3x... Hati pun jadi sengal,  so baiklah kita amik cuti sehari,  and decided nak bercuti selama2nya ke atau nak sambung kerja balik.. #orangtengahstress.

So bila tengah kerja amik cuti satu hari camni korang nak buat apa dulu supaya cuti korang tak berlalu sia2 begitu saja. 

Well..
For me.. First of all   settlekan masak lunch dulu. Ini penting ni.  Dah settle yang ni nak buat benda lain pun dah senang hati.
Sambil update entri via phone aje kan,  sambil kacau2 lauk dalam kuali,  sambil layan IKIM fm di warna pagi yang ceria,  kebetulan cuaca pagi pun kelihatan ceria je.  Lepas ni basuh baju kot.
Lunch ni kena settlekan cepat sebab si kakak Nadhrah nak ke sekolah,  kul 10.15 kang dah keluar,  dia awal sebab ada tambahan subjek bahasa arab. 

Lepas masak lunch
Ada beberapa tugasan suri rumah lain,  antaranya cam biasalah.. Basuh baju,  lipat baju yang dah membukit dalam bakul tu,  sampai dah melempah ibarat tanah runtuh dari bukit pun yea juga. Korang nak cakap den maleh pun takpa eh,  memang den mengaku melipat baju ni tak pernah menjadi hobi den dari dolu2 lagi.

Kira dah settle semua urusan suri rumah tu nak buat apa lagi...
Hehheh.. Hari ni den nak berinai bak mempelai.  Dah lama tak berinai ni.  Tumbuk2 inai,  pakai di jari,  pakai kat rambut,  tutup2 anak rambut yang dah bersalji ni.  Lhaa.. Den buat ni untuk ensomi juga weyh. 
Hari ni kita masak sambal sardin campur kentang  je. Dah lama tak masak sardin ni.  Masak tak boleh pedas sangat,  ada rasa masam2 asam keping,  ada manis2 gula sikit...aduiii...sapa tak suka tu,  tak taula nak cakap apa. 


24 Oct 2018

What happen????

Tak boleh dipikirkan kot,  macam satu doa kot,  menjadi kenyataan yang mengerikan,  uiiii.. dahsyat tu.

Apa yang ngeri,  apa yang dahsyat. Dahsyatla bila terpaksa menunggu kat luar setengah jam.  Terpaksa patah balik naik grab.  Huhu..

Agaknya ni minggu ujian kot.  Yelah dah lama tak diuji,  asyik dalam keadaan selesa jer,  boleh buat kita lupa pada Allah, betul tak??

Kisahnya.. Bila tertinggal kunci. Pagi ni la, hari ni dalam sejarah,  dah nak masuk 4 tahun bekerja kat sini,  tak pernah lagi terjadi hal ni,  jadi ni betul2 hari ni dalam sejarah,  dan HARAP tak berulang lagi,  kena berhati2 lebih lagi. Tapi sebenarnya memang nak berhati2lah tadi,  sebelum keluar kerja check dulu ada tak kunci tadika dalam beg,  Oh ada.. Tapi rupanya dah keluarkan letak pulak atas meja makan.. Lansung terlupa, lansung tertinggal,  dan yang sedihnya ensomi taknak patah balik sebab dah lambatttt.. So terpaksalah menunggu di luar tadika selama setengah jam sebelum ticer lain datang.. Pukul 6.15 pagi sampai kul 6.40, huhu..

Ok.. Tu episod pagi ni.
Trobek lebih kurang sebulan lepas,  kisahnya tertinggal kunci rumah di dalam rumah,  so tak boleh nak masuk rumah,  selalu tu ada abang Iman tolong bukakkan pintu,  walaupun memang saya bawak kunci,  rupanya hari tu dia balik lambat,  ada kerja kat sekolah.  Takkan nak mintak akak yang saya tumpang kereta tu patah balik ke tadika. Call ensomi pun katanya dia tak boleh balik awal.  So nak tak nak,  book grab patah semula ke tadika,  huhu..

Ujian kan.. Faktor umur yang semakin menua ni pun betul juga,  asyiklah terlupa. , kadang tu... Eh.. Aku nak buat apa tadi,  jenuh pikir2.. Setengah jam baru teringat,  tak pun pergi semula kat tempat yang mula terpikir nak buat sesuatu tu,  baru teringat nak buat apa..

23 Oct 2018

Pernah tak?

Satu malam.. Susah sangat nak lelapkan mata,  pusing kiri,  pusing kanan.. Selawat,  ayat kursi dah beberapa round baca.. Tapi still tak boleh tido,  huhu...

Tak tau pukul berapa tertidur,  dan bangun pagi badan rasa lesu,  pergi kerja dalam keadaan mengantuk,  dan kat tempat kerja nak buat kerja pun takde mood,  huhu...
Ujian.. Itulah ujian.. Kecik jer tu..
Bestnya jadi bebudak nih,  satu benda pun tak jadi masalah. Kalo gaduh pun kejap je dah boleh kawan baik semula.  Yang jadi masalahnya ialah makpaknya. ..sikit hal pun kecoh dah jadi masalah besar. ..

Entri orang bermasalah,  haha.. 

17 Oct 2018

Pandai dah cari duit sendiri.

Menurun darah omaknya kot,  den adalah bakat melukis sesikit,  dah namanya cikgu tadika kan.  Boleh kata anak2 den pun ada bakat seni memasing. 

Ni yang anak pompuan den nombor 4 ni,  dengan bakat melipat2 kertas namanya origami,  jangan silap eh.  Asalnya dia buat untuk guna sendiri je,  tiba kawan2 nampak,  dah masing2 minta buatkan,  dia nak minta upahnya 50 sen jer, den kata.. Mana boleh,  ni eksklusif ni,  bukan buat banyak2 kat kilang,  tak boleh2x,  kurang2 juallah singgit.
Nadhrah Hannani..salah seorang my precious nih,  rajin tolong2 kat tadika. 
Tengah dok melipat2 kertas putih A4 nak buat buku kecik permintaan kawannya,  padahal dok kata banyak homework tuh,  sanggup abaikan jap.. Dia belajar kat YouTube je. 


Tada.. Dah siap. Nampak cam besar kan.  Padahal saiz dua jari je. Upah buat dengan bahan2nya.. Kertas putih,  kertas warna dan gam rm1. Asalnya dia nak amik 50 sen je.  Dapat duit dia buat tambah belanja makan kat sekolah,  nak minta abah tambah duit belanja dia segan dan kesian kat abah kononnya, huhu...jadi ibulah jadi orang tengah bisik kat telingo abah eh. 

15 Oct 2018

Gaduh2 sayang.

Budak berdua ni masa kecik kemain rapat.  Dah beso ni kalo betulan ada dua2 kat rumah,  duk dalam bilik,  masing2 kunci pintu,  adik2 nak masuk bum3x kena ketuk dulu.
Tak rindu,  teringat jer.. Kalo ada boleh tolong ibu cuci pinggan kat sinki,  kehkeh. .
Sorang di Kuantan,  sorang di Gombak.. gaduh2 dalam wasap tanda ingatan. 

14 Oct 2018

Mihun rice cooker.

Haaa,  boleh aje kan,  kita buat dia.

Kat tadika saya tu takde dapur.  Cuma ada rice cooker untuk masak nasi. Lauk tempah dari luar.  Nak air panas ada coway, pendek cerita serba mudah dah,  takyah masak lauk,  takyah masak air panas, tak bersyukur lagi tak taulah caner kan.

Tapi kesian gak kat bebudak ni, dah muak minum petang asyik disajikan dengan roti kaya,  kek pisang, biskut. Den ni ado yo anak yang tengah membesar,  kadang tu bawak bekal roti jam,  sehari lagi sandwich sardin.. Tak dimakan pun,  ado laie dalam peti sejuk tu ha,  sayang lak nak buang,  nak makan pun tak lalu dah.  Kalau bebudak tu taknak makan den pun tarbiah la dengan cerita kanak2 kat Syria ada yang sampai makan rumput sebab takde makanan, tapi nampaknya tak berkesan.  Bila dihidangkan roti,  dorang buat macam tak nampak jer,  sabo jelah..

Den pun dapat idea. Kan den ni otak bergeliga,  aritu dah try buat nasi goreng,  guna perencah nasi goreng adabi,  tambah fish ball,  tambah isi ayam lebihan lauk tengahari. Berselera dorang makan.

Hah?  Masak macam mana? Agak2?  Well..










Guna rice cooker.  Pandai tak?  Hihi.  Ni den goreng mihun.  Mihun tu celur dulu dengan air panas coway.  Beli perencah mihun goreng adabi,  tambah fish ball,  isi ayam lebihan lauk tengahari,  tambah kicap,  tambah garam. Siap untuk dihidang. Tak lama pun, ada dalam 10 minit rasanya,  takyah guna noxxa,  rice cooker pun boleh,  haha.. 

10 Oct 2018

Huhu, rasa cam menipu lak..

Soriiiii,  minta maaf.. 

Bukan sengaja nak tipu,  tapi dah tersubahat,  errr.. Sebabnya memang ada kenyataan dua hari takdak air tu,  risau juga buatnya betul2 takde kan. Tapi kat tadika memang betul takde air.  Dalam pukul 10 lebih camtu terus stop
.
Nasib baik parents faham.  Kami minta bawak air untuk minum dan bersuci untuk anak masing2,  dorang pakat2 bawak botol kecik besar,  penuhla dekat hall,  dekat toilet,  dekat dapur dengan botol air masing2,  tapi sebab risau tak cukup air,  petang semalam kids tak mandi pun,  just tukar baju je.

Balik rumah, buka paip sinki.. Eh.. Ada plak airnya,  Alhamdulillah.
Tapi terasalah lebih rileksnya sebab lauk2 dah siap frozen,  tinggal nak masak sayur,  tambah ikan goreng sikit.

Tulah.. Sorilah kengkawan,  den tak sengaja menipu.

Tapi pagi tadi,  sampai kat tadika (memang den selalunya orang pertama sampai di tadika,  yelah.. dah keluar kul 6 dengan ensuami kesayangan tu kan) tu diaaaaaa... Burrrrrrrrr,..., dari depan terdengar bunyi air mengalir laju... Terkocoh2 den ke dapur.. Ya Allah.. Paip sinki air terbuka sebesar2nya.. Ni mesti kerja budak2,  bukak paip,  tengok air takde tak tutup balik. Tak taulah dari pukul berapa air tu terbuka.
Haa,  nasib baik parent sporting, minta bawak air dorang bawak,  yelah. .kalo tak,  mana kami nak korek air. 
Budak ni,  kejut pukul 5.30 pagi suh mandi siap2 kat umah sebab fikir kat tadika masih takde air,  tengokla tu rambut semat jetak gitew,  pepandai je wefie dgn adik2 tadika. Kemain susah nak kejut bangun,  tapi paksa jugak bangun mandi. 

8 Oct 2018

Kita froze kan dia

Sekarang ni maleh nak cakap banyak dah,  eh.. maleh nak tulis bebanyak.. Sebabnya dah takdak idea,  jari2 pun dah sengal,  mata dah kero,  otak pun dah tumpul daya imaginasi.. Kikiki.. alasan sangatkan,  eh cam best plak cakap alasan sangat tu..

Air takdo dua hari ni,  esok Selasa dan lusa rabu,  jadinya camane nak masak?  Laki den tu perutnya takleh terima maggi2 dan yang sewaktu dengannya,  dia nak nasi juga. Kalau beli kat kedai... Eiiii.. Terbayang plak camane diorg basuh ikan,  basuh ayam,  basuh sayur,  basuh bawang,  basuh telur kalau air sikit. Tetiba je dapat idea buat lauk frozen..
Memang takde lansung katenya,  totally stop for two days,  huhu.. Hari ni keluarkan tong tadah air harap2 cukuplah untuk 2 hari. 
Balik kerja terus keluarkan ikan.  Nasib baik den ada rajin minggu ni. Dah siap siang,  siap bersih,  tinggal nak masak jer. 
Sayur pun dah potong siap2 untuk dua hari,  simpan dalam freeze. Tak kisahla sayur yang sama pun,  laki den tu kena ada sayur juga. 
Tadaaa... Siap dah untuk dua hari,  dari petang tadi masak2.  Tunggu sejuk baru masuk freeze. Nanti nak makan tinggal panaskan je. So takdelah remeh sangat bila time2 takde air ni. Tu ada ayam masak merah,  ikan sambal dan ikan masak kicap, jadilah masak sesimple camni,  janji bersih,  halalan toyyibah gitew kan. 

7 Oct 2018

Pemangkin semangat 😄😄

Gitew kan. Hehe.. Hai aweks..rasanya kena tukar nama grup aweks blogger tu,  semua dok pakat menggua jer.. Mak.. Ooo.. mak,  apakata kita tukar nama kepada aweks GUA,  tak pun aweks cave,  haha..
Jangan marah kome,  saja je nak warm up bagi semangat sikit kat den ni,  yang semakin hari semakin pudar memblog nih.
Ada satu hari tu tertinggal spek kat umah,  adoyaiii.. Kalo kat umh,  memang tak pakai sangat,  kecuali nak nonton tv,  tapi kalo kat tempat kerja,  tak pakai naiya,  tak kenai budak2 sebab tak nampak muka,  nak cam pun kena dengar suara dorang,  baru tau sapa dia. 
Meehoon goreng bodo ek,  jadilah. .Cukuplah untuk alas perut. 
Pukul 10 pagi...dah lapo semula,  alas perut lagi, kali ni cukup dengan satu bungkus biskut munchies lemak dengan secawan jus sunquick mangga. 

Ada sorang budak ni,  maknya bersalin. Tulah..hujung tahun ni ramai plak yang bersalin,  Alhamdulillah rezeki dorang kan,  ada 3 orang mommi yang bersalin.  So salah sorang budak ni minta izin nak cuti katanya nak jaga mama,  hihi.. Alasan sangat kan,  so saya kata,  boleh.. Tapi hari Jumaat jer,  sebab hari jumaat selalu program santai je contoh sambut besday ke,  buat art and craft ke.  Rupanya betul jumaat lepas dia cuti,  ayahnya bagitau dia cakap.. Ticer Azimah bagi cuti hari jumaat.. Kikiki.. Budak2 kan,  ingat je apa yang kita janji.. Padahal saya dah lupa.. 
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign