Asam Garam Kehidupan: Dera..dera..

Nuffnang

Pages

30 Oct 2014

Dera..dera..

Agaknya terdengar kat hujung telinga diorang pasal kes budak umur 3 tahun kena ikat di rumah pengasuh kat berita tv9 semalam,  diorang pun mengadu...

" Ibu, semalam cik su dera asyraf..."
"Hah, dera camane?"
" Cik su dera suruh asyraf habiskan cekodok sebab asyraf mengadu cik su tak bagi dia makan."
" Oo, ha ha ha."

Takdelah cik su tu nak 'mendera' sembarangan. Yang ibu tahu cik su tu memang cengil kalau budak tu nakal, tak dengar cakap, 'kurang asam'..kan? Cik su tu pun jenis tak berkira ibu rasa, senang nak minta tolong, macam aritu, abah lambat, cik su boleh je tolong hantar kita balik dengan kereta dia..kan? Pada ibula..cik su tu baik orangnya, walaupun mulut dia bising.

Alhamdulillah, saya dapat pengasuh yang baik, jadi saya kena jagala, bayar duit mengasuh tepat pada masa, bagi buah tangan sesekala, kalu ada apa-apa hal  yang berkait dengan anak kita kena bagitau dia, pesan selalu kat anak-anak kita jangan nakal, kita pun as a parent janganla fussy sangat, in shaa Allah, takdela rasanya diorang nak dera anak kita sembarangan.

Kita pun masa nk cari pengasuh tu, kena tanya-tanya parents yang lain dulu, ok ke tak pengasuh tu, kalau taska, berdaftar ke tak, tanya juga kat anak-anak kita macamane duduk kat situ,  seronok ke tak, pendek kata, kena ambil tahu secara bijaksana pengaduan anak-anak kita.
Tu yang dah pandai bercakap yea, kalu baby.. tengokla kot ada lebam sana-sini, tu je la rasanya, hmmmm..tanyalah farah bubblynotes plak.

Bak kate ustaz kazim dalam "kalau dah jodoh" = datang pagi-pagi kemain lagi sambut, " cucu opah dah sampai", tengahari bila budak tu nangis, kena jerit, " diamla, aku nak masak ni" dibiar berlumuih sampai petang, dekat nak balik baru bagi mandi, pakai bedak banyak-banyak, pastu cakap, " by cucu opah, esok jumpa lagi"- tu namanya bermuka-muka.

6 comments:

  1. haha..comel je kena 'dera' habiskan cekodok ye.

    ReplyDelete
  2. Dera kena ikat dan pukul tak sama 'dera' kena makan cekodok sebab lupa makan asyik nak main aje hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak punya bahasa dan pengertian diorang tu macam tulah

      Delete
  3. masalah mental..
    kdg pengasuh2 ni pandai berlakun..masa mak dia hantar..kompomlah tak sempat nak bg mandi..pengasuh siap madikan..lps tu suruh tidur sampai ptg..tak bgun pun tak..
    bg mkn ala kadar.malas nak sepah bersuap mkn..itu jelah tak boleh tambah2 pengasuh malas nak layan sbb anak org..
    biarlah budak tu comot,tak tukar lampin dan sbginya...bila ptg mak budak tu dkt2 nak ambil..barulah mandikan..kekonon jer..pada hal satu hari berlemuih..pakaikan bedak..sampai jer mak budak tu..senyum meleretlah si pengasuh...panggil pun elok2 jer budak tu...mak sibudak ni ingat..bguslah pengasuh dia...bersih jer anak dia...

    ini sebhagian dri cerita pengasuh penipu..banyak yg mcm ni...tak semualah tapi byklah...
    mulut bising perkataan pun kena jaga juga,setiap patah perkataan tu adalah satu doa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju knor, pelik sangat perasaan saya ni, duit upah nak, jaga sembarangan, taula sok kat akhirat makan hasil haram..
      masa saya jaga budak dulu, saya marah juga, pukul juga tapi kena jaga niat, niat nak mendidik macam anak kita sendiri, kita nak anak kita baik, anak jagaan kita pun kita nak jadikan baik juga, amanah allah juga, bukan kerana duit semata..

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign