Asam Garam Kehidupan: Ramadhan empat belas.

Nuffnang

Pages

1 Jul 2015

Ramadhan empat belas.

Antara lima beradik dia yang paling teruk asmanya. Kalau batuk je janganlah tunggu sehari dua, terus kasi ubat In shaa Allah tak melarat. Tapi kalau stok ubat batuknya dah habis, alamatnya melaratlah jadi asma. Semalam batuknya baru takat 'angin'2 je, bangun pagi tadi dah jadi 'ribut'...
Bawak klinik sekali sedut gas kena rm30. Dah naik harga yea..tak silap dua tiga bulan lepas baru rm25..hrmmm...apa nak dikata..demi kesihatan anak, pejam mata je.
Ni tertidur atas meja dalam kelas sementara tunggu nak balik. Aduihh...basahlah kain di jemuran, hujan selepas zohor, tak sempat sampai rumah lagi.
Maghrib tadi selepas berbuka puasa ( baru belajar puasa, puasa takat yang dia mampu )...nak tergelak pun ada bila dia tanya..." Ibu, tak larat..boleh tak solat sambil duduk?"
Alhamdulillah...anak ibu Umar Zikri dalam usia 6 tahun dalam sakit pun masih ingat nak solat.

9 comments:

  1. Masing masing dengan ujian tersendiri dari Allah. Susah juga memikirkan kalau anak kita punyai sakit yang panjang jangka pulihnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..harap2nya takla melarat sampai lama, harapnya bila dah masuk sekolah rendah nnt asmanya makin berkurangan, ameen..

      Delete
  2. Allah.. terharu pulak tengok hero comel tu.
    Terfikir juga dia nak solat duduk tu yg kakak senyum Azi
    Maknanya dia tahu solat tu kena buat hatta dlm keadaan macam mana sekalipun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...moga anak saya tetap mendirikan solat hingga ke akhir hayatnya. Kalau tak didik solat dari sekarang nnt tak lekat solatnya..kan kzakie..

      Delete
  3. Alahai siannya tengok Umar Zikri tu NA. Gitulah dugaan dia sebagai hamba Allah, dan dugaan kita sebagai ibunya. Anak okje ada sorang yang suka cepat kena lelah ni. Yang bongsu. Tapi taklah sampai kena ambik inhealer tu . Memang risau kalau dia batuk, takut melarat tapi sejak dah besar ni dah jarang kena pulak....alhhamdulilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inhealer tu atas nasihat doktor juga, sbb katanya mgkn tak payah makan ubat kalu serasi, tapi nmpk gayanya kena amik ubat juga. Sbb dia tak pandai guna inhealer tu.

      Delete
  4. Cukup susah hati bila anak tak sihat.

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar.... kesiannya dia...

    ReplyDelete
  6. haaa baby pakai inhaler??? ibuuu kirim salam dekat baby cakap kakak rinduuuu dekat diaaa
    kita balik nnt dia sembuh la tu heheheheheheheheheheheheheheh ><

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign