Assalam..rasa nak tulis susulan kisah mencari suami la plak, hi hi. Ok..taknak baca? Eshh..bacalah, mana tau kot ada terselit petua ke, panduan ke..
Nak pecah satu rahsia. Saya ni bekas ahli jemaah Arqam yang kontroversi dan diharamkan tahun 1994 dulu. Dan sekarang jemaah saya ni bergerak atas nama Global Ikhwan Sdn.Bhd, dah masuk era global, makin jauh dan berkembang melangkah ke luar negara, London, Australia, Jordan dan banyak lagi tempat beroperasi atas nama perniagaan Islam, dan in shaa Allah sangat diterima masyarakat luar dan dalam negara ekoran dari ikrar taubat proses pemulihan akidah oleh seluruh ahlinya.
Saya bukan nak cerita pasal perkembangan jemaah ni. Saya nak ceritakan bagaimana beruntung dan bertuahnya anak dara dalam jemaah ni, tak perlu pening-pening kepala nak bercinta bagai, cari kapel sana-sini, last-last tak jadi. Anak-anak dara kami bila dah cukup umur dan kematangannya, ada yang seawal 18 tahun pun dah dijodohkan. Dijodohkan? Ya..dicarikan jodoh oleh orang yang dipertanggungjawabkan, kalau kat masyarakat luar, bolehla dikatakan biro cari jodoh kot..
Awal sangat dah dikahwinkan, tak belajar ke? Mungkin soalan ni yang berlegar dalam kepala korang. Tu yang saya katakan tadi, kalau mereka dah cukup matang, dah boleh dipertanggungjawabkan, mereka akan segera dicarikan jodoh yang sesuai. Proses belajar pula tak pernah habis, akan sentiasa ada kelas fardhu ain, kelas kemahiran yang dibuat dalam jemaah yang wajib mereka hadiri dari semasa ke semasa, so tak timbul soal tak belajar. Mereka tetap belajar walaupun telah beranak-pinak.
Dah ahli jemaah, mereka bekerja untuk jemaah, ada yang jadi guru, ada yang jadi warden asrama, ada yang jaga kedai bakeri, ada yang bekerja di hospital jemaah, ye..ada hospital. Tak caya gi tengok kat Bandar Contry Home, Rawang, model masyarakat Islam cukup lengkap di sana. Jadi segala urusan perkahwinan mereka dari merisik, meminang, hantaran dan segala yang berkaitan dengan perkahwinan akan diuruskan oleh jemaah. Tu yang saya kata bertuahnya mereka. Takde duit banyak pun mereka boleh kawen tanpa nak pening-pening fikir itu tak cukup, ini tak ada.
Proses kawen mereka pun sangat berlandaskan syariat. Kenduri tetap diadakan, kadang-kadang sangat meriah kerana majlis kawen beramai-ramai, tujuh, lapan pasang sekali kenduri, bayangkan betapa meriahnya. Ada yang kawen single, ada gak yang poligami. Haaa..sekali lagi terkezut korang kan bila dengar poligami. Ye..poligami sangat diterima dalam jemaah kami, diorang tak hairan pun kawen poligami, poligami dah tak jadi kudis pada mereka.
Saya pun melalui proses ni. Cuma saya kawen dulu masa tu jemaah baru diharamkan, jadi kami masa tu agak terumbang ambing, Tapi Alhamdulillah..tetaplah ada yang mengambil tahu. Saya tak bercinta. Kenal bakal suami ( my larling sekarang ni ) melalui gambar je, dia pun kenal saya melalui gambar, Masa tu saya dah agak berumur, dah 24 tahun, kawan-kawan lain semua dah kawen, saya je lambat sebab saya sedikit memilih, bertunang setahun, kami pun kawen. Dan Alhamdulillah, kami kekal bahagia hingga kini, bercinta lepas kawen la kami, sampai sekarang pun masih bercinta, hi hi..
Kalau ditakdirkan poligami? Oh..
oh baru tahu, lama juga bertunang ye, Alhamdulilah sweet couple
ReplyDeleteOh gitu...Maaf nak tanya, betul ke Al Arqam dulu tu terkeluar dpd landasan NA?
ReplyDeleteDah katanya jodohkan..... Mesti bestkan bercinta lepas kawen NA ...Emmmm jap, nak berangan camne awal awal mak jawen dulu hihi.
dkt dgn rmh adik..skrg mcm tak hidup jerkan...ke macam maner.?.masih aktif ke...
ReplyDeletealhamdulillah
yelah hidup sementara jer kat dunia ni...hargailah pasangan memasing..klu ada niat nak kawin lgi,kawinlah..hihi
Oh!
ReplyDeletesaya ada dengar juga dulu..ada satu cafe Arqam yg berjaya.actually bagus juga kan ada support system yg bagus dan Islamic..cuma selalunya kita takut pada sesuatu yang kita tak kenal=))
oh..itu kisah nya kak Azie bertemu jodoh eh..bercinta lepas kahwin lebih manis kan kak Azie
ReplyDeleteKalau hukum dlm Islam telah membenarkan pasti ada hikmah dan manisnya. Yg menjadi kudis bila yg diamanahkan tidak amanah. Suami/isteri/anak/ibu-bapa semuanya sekadar pinjaman dunia semata. Masing-masing ada tanggungjawab kena buat seperti yg dilandaskan. Kalau yg melanggar itulah yg jadi kudis..
ReplyDeleteayat last tu style... ;-)
ReplyDeletedari satu sudut saya kagum dengan Arqam. Saya meminati seni dan Arqam adalah model saya masa tu...
ReplyDelete