Dalam cerita sebelum ni.. Kehidupanku di dalam Al Arqam...saya ada ceritakan yang saya terjumpa satu iklan perguruan peringkat tadika di Al Arqam Sg. Penchala...so...agaknya kengkawan boleh teka kot apa yang saya buat.
Sebelum ke Sg. Penchala tu pun saya selalu ke markaz Al Arqam di Kuala Terengganu. Kadang pegi dengan mak, kadang dengan kawan, kadang pegi sendiri. Saya seronok sebab seorang yang saya panggil ummi kat situ sangat baik, memang pada saya mereka baik-baik belaka, tak sombong. Bila bukak purdah terserlah wajah yang tenang, air muka yang berseri walaupun tanpa secalit mekap. Saya bagitau ummi saya nak ke Sg. Penchala. Ummi senyum je..sambil nasihatkan saya supaya berbincang elok-elok dengan keluarga.
Tanya mak. Awalnya mak tak bagi. Yelah...anak sulung, tentulah dia letakkan harapan anak dia ni will be somebody one day. Tapi saya ni jenis keras kepala, mana boleh dihalang. Mak mengalah. Abah? Uishhh...dia sampai tak mengaku saya anak. Dia kata...Ustaz Ashaari sesat, nak ikut buat apa? Sesat? OK...lagilah saya nak pegi, nak tengok sendiri sesatnya camane, mana boleh percaya melulu tanpa siasat. Tak kira..lagipun saya dah jatuh cinta dengan orang pakai serban jubah, nampak hensem je. Nampak wibawa. Cer tengok Ustaz Don bila pakai serban jubah..kan hensem..kalau tak, dia biasa je.
Saya naik bas sorang-sorang pegi KL. Tapi saya dah tak ingat camane saya sampai ke perkampungan Al Arqam Sg. Penchala. Dalam usia 19 tahun di tahun 1990 tu, berani kan saya...
Yang saya ingat sangat perkampungan tu waktu tu masih dikelilingi bukit dan hutan. Sangat tenang, sangat damai. Sejuk. Ada anak sungai. Dekat dengan surau. Ramai anak kecil pun berserban jubah yang suka sangat tolong susun selipar para jemaah jika ada yang tak disusun dengan teliti oleh pemakainya. Anak- anak perempuannya pulak kecik- kecik lagi dah berpurdah juga. Tentulah satu pemandangan yang amat menarik dan asing sangat bagi saya.
Ada juga kedai runcit dipenuhi barang-barang keluaran Al Arqam cam kicap, cili sos, tomato sos, sabun mandi, shampu... boleh kata Al Arqamlah pelopor barang keluaran bumiputera waktu tu. Ada sekolah sendiri, bakeri, bengkel kereta, bengkel jahitan, restoran, ada Klinik di desa Minang Gombak, ada syarikat penerbitan majalah diorang sendiri, ada studio rakaman...kumpulan nasyid Nada Murni yang dianggotai oleh arwah Ustaz Asri Ibrahim, Munif Hijjaz dan kumpulan The Zikr yang dianggotai Nazri Johani Raihan...kenangan yang tak boleh saya lupakan ada satu masa tu kumpulan Nada Murni tengah buat satu persembahan dalam satu kursus kesedaran Islam di Sg penchala...saya terdengar satu perbualan antara sorang ibu dan anak gadisnya yang turut ikut kursus tu...
Alamak..banyaknya benda nak kena ingat balik...nantilah saya sambung lagi.
Kat mana agaknya kengkawan yang bersama saya dalam gambar kat bawah tu...
Memang berani awak ni NA....okje sampai la ni kalau suh gi KL sendiri pun takut hihi...
ReplyDeleteMasa sekolah dulu mmg ada segelintir senior yg aktif dakwah ni biasanya PPI akan pergi Sg Pencala hujung minggu. Mmg femes Al Arqam ni dulu dulu...
Hi hi..la in dah penakut dah..nak naik bas pun takut sesat..ki ki..Al maklum dah ada driver tak bergaji tu..shhh..
ReplyDeleteMasa tu kan...hujung minggu tu sbnarnya mlm fardu ain...mmg ramai sangat org datang..ada jualan bagai..cam pesta bila hujung minggu..
Masyallah. Mengimbau kenangan lama di sg pencala. Pernah berangan angan nk duduk terus kt kg tu. Al Arqam ni pandai bina ekonomi sendiri. . Masih wujudkah lg kg tu. Macammana akak nk dapat majalah majalah muslimah tu ya. Koleksi akak dh musnah.
ReplyDeleteAl Arqam mmg nak wujudkan sistem ekonomi yg tak bergantung pd sistem ekonomi kapitalis.
ReplyDeleteKg tu masih ada..cuma dah baaaanyak sgt perubahan dan pembangunannya.
Koleksi majalah diorg ni masa pengharaman duly day banyak dimusnahkan...