Asam Garam Kehidupan: Haji cilik yang penat.

Nuffnang

Pages

24 Aug 2017

Haji cilik yang penat.

Hari ni daripada 18 orang yang pergi haji semalam, 8 orang dah keuzuran, sakit kaki, penat...hihi, tau penat dan serik.

Otw tu kemain seronok tak sabar2 asyik tanya bila nak sampai, tapi bila dah xperience sendiri nangis2 nak balik. Dalam van otw balik tu masing2 kata tak mau pegi haji dah, panas, penat..haha, tak seronok nampaknya. Memang cuaca agak menyengat semalam.  Kesian tengok ada tadika tu bawak budak2 umur 4 tahun, merah padam mukanya sampai berdukung2. Pada sayalah, Tak perlulah bawak budak yang kecik sangat tu, 4 tahun..apalah yang dia faham. Yang sesat2 pun Ada..kesian.

Ada juga yang kuat semangat.
..best, nak pegi lagi. Tapi adatlah budak, kejab je penatnya, dalam van nak balik kemain lagi nyanyi lagu Aishah, siap tanya..Ticer Tau lagu ni? Nampaknya macam tak dapat haji yang mabrur jer..

Masa pegi kemain solehah, boleh zikir2, boleh hafal surah Al mulk..
Masa ni masih happy, baru sampai..beratur untuk cop imigration kekdahnya.
Ni dah mula nangis, rehat jap lepas buat beberapa rukun haji.
Masa tawaf perdana lagi parah, patutnya buat 3 round, tapi dah macam ni nampaknya sempat buat 2 round jer.
Berlatar belakang kubah biru masjid Shah Alam. Umar Zikri yang besar pun balik rumah merungut penat juga..
Dalam van otw balik, tudung pun dah melayang, nyanyi lagu Aishah...sebenarnya acon van tu perlahan tak rasa, saya pun kepanasan, tapi bebudak ni tetap happy.

24 comments:

  1. Oohhh...macam rehearsal lah buat budak-budak ni ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PH, mcm rehersal, belajar praktikalnya

      Delete
  2. budak2..terhibur tengok gelagat mereka semua..lagu Aishah yg mana satu..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tk tau, tapi nmpknya bebudak suka lagu ni, mgkn rentaknya senang diorg ikut.

      Delete
  3. meriahnya program ini kak. hihi. Semoga semua anak2x ini menjadi insan soleh dan solehah. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg meriah dgn pelbagai ragam budak2 kecik, Ada yg nangis, Ada yg terpinga2, lagipun buat ramai2, tadika seluruh selangor adala 3 ribu lebih budak2 nya.

      Delete
  4. Bagus adanya program haji cilik ini...cuma agak kesian dengan cuaca agak panas...tapi tak apa insyaallah kanak-kanak ini kuat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kesian terutama pd budak2 kecik umur 4 tahun, bukan dia faham pun, yg 6 thn tkde masalah dah kuat.

      Delete
  5. hihi..tengok situasi pun dah boleh agak..dgn panasnya dgn ramainya,baru betul2 macam kat mekah :) jutaan terima kasih kepada teacher's penuh sabar melayan kerenah haji cilik, termasuk si cilik saya pun ada di lokasi sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, habis teruk muka ticer sunburn, huhu..tapi demi anak murid kenalah berkorban.

      Delete
  6. Hihii siannya penat & panas lah tu sebab ada yang menangis.
    Tapi best lah tadika Azi ni ada buat haji cilik...nanti dah besar mereka mesti ingat lagi pengalaman ni.
    Dah balik dlm van tu nmpk ceria je mereka ya Azi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Kak, kejab betul dorang ni caj tenaga balik, konon2 je penat sangat, naik van dah segar bugar semula.

      Delete
  7. seronok budak2 wpun nampak penat dan panas. enjoy yang pentingnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an mereka faham serba sedikit apakah ibadah haji tu.

      Delete
  8. Alolo kesiannya tgk Haji cilik nangis kepenatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..penat kekunun jer tu, tapi blk rumah maknya kata kemain seronok bercerita.

      Delete
  9. comel je haji2 cilik semua ni. dan comel jgak buat acah2 haji utk budak2. senang budak nak faham sebab praktikal terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, yg faham tu dia siap tya...aikk ticer yg ni blm buat lagi...sebab Kita terpaksa buat rukun tu tak ikut susunan, Kita buat ikut tempat yg Tak sibuk sangat..

      Delete
  10. hehehehe...cikgunya pun mesti rasa nak nangis juga kan bila budak2 ni dah macam tu gayanya..betul tu..kesian budak 4 tahun apa lah yg mereka tahu kan kak..dulu zaman sy tadika takde pun rehearsal ni..if not mesti sy dpt haji mabrur..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kita tadika dulu byk nyanyi2 je kan irda.

      Delete
  11. Hihi
    Tak apa baru pengalaman pertama..
    Esok2 suko lah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yo, bebudak kan, kejab je seriknya, sebut bab jalan2 kemain suka.

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign