Bunga ros jepun yang disemai semula selepas serangan dalam tanah hari tu, dah cantik menghijau daunnya, dah masuk 3 minggu selepas semaian semula, dah memenuhi pasu cuma belum berbunga sebab sekarang ni kan musim hujan, adala bunganya tapi tak banyak lagi. Tak sabar tunggu kemeriahannya semula.
Makin rimbun, pasunya dilekat ke dinding, pasu dari kedai rm2 je tu, tapi cantik kan😆😆 bila daun tu merimbun2..bila merimbun den plak susah hati, nak alihkan separuh ke pasu lain takut mati, sebab dah pernah jadi, dah rimbun sangat bila pisahkan omak dongan anak eh, tetibo duo2 mati, huhu..
Pokok ati2 haritu dah pindahkan ke luar, tapi belum merimbun lagi. Masa ni dia masih posing kat bawah bersama geng2 lain, semalam den paksa dia naik ke atas tembok sebab tengok daun2nya dah terpotong2, rupanya kerja cik siput dari rumah kosong sebelah rumah den ni, yang den dok kidnap bunga lalang tu. Banyak siput babilah, siput leper2 kecik besar ibu jari warna hitam dok menjahanamkan daun2 pokok bunga ku, bila nampak dengan geramnya den campak jauh2, tapi nanti ada lagi datang. Nak tau nak buat camane..agaknya wak petani tau tak petua nak halau siput nih?
Kalau siput babi memang letak garam pada siput. Siput lain tidak pasti.
ReplyDeleteNnt akk nak beli garam kasar tabur kat tepi tembok sebelah tu supaya siput takleh panjat😆
Deletestudent saya ada buat projek dulu, dia sembur air kopi kat pokok, boleh halau siput hehe
ReplyDeleteWah syaz, trnkasih sangat2, nnt akk buat, akk tak suka, pastu geli pun yea tengok siput2 bab! tu.
DeleteYaya pun banyak pakai pasu kedai ECO..cantik2 pulak tu
ReplyDeleteKan, beli kat situ jer jimat😁
DeleteNampak cantik pokok ati- ati tu....
ReplyDeleteMmg cantik, tunggu mwrimbun nnt lagi cantik tu SA.
Deletex sabar tengok bunga ros jepun tu berbunga.. nnt jgn lupa capture the moment ye kak
ReplyDeleteSudah semestinya kakmim😁
DeleteCantiknya semua kak azimah..terapi mata ni hehee :)
ReplyDeleteAah shida, pagi2 mesti nak keluar tengok😁
Deletecantik pasu dinding...kaler pink lembut..
ReplyDeleteYe Nohas, cantik kan😁
DeleteKat tempat akak ni walau di kg xde pulak masalah siput pada tanaman...Alhamdulilah ,kalau tak nyaya sayur2 yg akak tanam.
ReplyDeleteWak kalau ada siput, pakai racun siput aje.
ReplyDeleteAda jual kat kedai2 baja (pertanian)
rajin nor catik semua bunga2nya
ReplyDeleteMakin banyak koleksi pokok pokok rumah akak. Dah lama nanti rimbun daun lagi cantik.
ReplyDeletemak saya kalau tngk pokok2 rumah orang cantik gini nanti dia jadi x keruan hahaha.. dia pun mula nk tmbh pokok dia..
ReplyDelete