Apabila nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemuudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir ke jurang Serantip. Dari air mata nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. burung-burung itu berkata, " Sedap sungguh air ini," Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung-burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah menyampaikan wahyu yang bermaksud " Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu,"
Rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya. Bagaimana pula dengan kita. Pernahkah kita menangis apabila terbuat dosa? Sesungguh air mata taubat dari seorang hamba yang menyesali dosa-dosanya dapat memadam api Neraka.
No comments:
Post a Comment