Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

1 Apr 2014

Kampung binasa

Tersebut sebuah kisah..Nabi Allah Isa as telah mengunjungi sebuah kampung yang makmur, mempunyai sungai dan tanahnya subur, ditumbuhi pelbagai tumbuhan dan pokok buah-buahan yang segar.

Nabi Isa as merasa kagum terhadap sambutan yang diberikan kepada baginda oleh orang-orang kampung itu. baginda dimuliakan dan mereka semua mentaati segala suruhan dan larangan Allah Taala.

Tiga tahun kemudian, Nabi Isa as sekali lagi mengunjungi kampung tersebut. Baginda merasa amat hairan apabila mendapati kampung itu telah berubah. Sungainya telah kekeringan dan semua pokok turut kering dan mati. Penghuninya tidak keluar menyambut kedatangan baginda.

Dalam keadaan hairan dan terpinga-pinga itu Nabi Isa mendapat wahyu dari Allah.


" Sesungguhnya kampung ini telah disinggahi seorang lelaki yang meninggalkan sembahyang. Apabila dia membasuh mukanya dengan air sungai itu, maka keringlah air sungai itu, pokok-pokok turut kering dan binasalah kampung ini. Hai Isa, apabila seorang itu meninggalkan sembahyang maka binasalah agamanya, negeri dan dunia turut binasa!"

Wallahu a'lam..

Jadikan kami mampu bersabar ya Allah...

Dah masuk April. Hmm...dah lebih dari suku tahun pertama 2014. Nampaknya suku tahun pertama 2014 ni kita lalui dengan berbagai musibah yang menduga keimanan dan kesabaran, bermula dengan banjir, sejuk melampau, kemudian diuji pula dengan panas dan jerebu, terkini tragedi yang masih berbekas di hati..... Alhamdulillah..musibah sepatutnya lebih mendekatkan diri kita pada Sang Pencipta. Kerana setiap musibah itu tanda Dia masih mahu memberi peringatan atas kelalaian dan dosa-dosa kita..dan sepatutnya ucaplah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..supaya hati lebih redha dan tenang.

 Siapa kita untuk mempertikaikan setiap ketentuanNya, sedang untuk hidup yang sedetik ini pun kita amat bergantung kepada udara yang diciptaNya, bayangkan kalau ditakdirkanNya hidung kita tersumbat tak mampu bernafas, terpaksa guna mulut, itupun amat tidak selesa, jadi apa hak kita untuk mempersoalkan setiap kejadianNya. sebaiknya kita cuba mencungkil hikmah, tapi sebaliknya..kita selalu mempersoalkan..kenapa..kenapa dan kenapa? ataupun kalaulah..kalaulah..kalaulah....

Percayalah..Allah jadikan semuanya bersebab. Di antaranya:

1.  Supaya kita terasa kebesaran Zat Tuhan yang berkuasa. Melalui sebab itu, bukan saja makhluk yang bernyawa boleh menerima dan patuh kepada perintahNya. Seperti angin dan awan, patuh kepada perintah Allah untuk membawa dan menurunkan hujan.

2.   Nampak kehebatan kerajaan Allah dan pentadbiranNya bilamana petugas-petugas dan pegawai-pegawaiNya terlalu banyak. Ada yang ghaib dan ada yang nyata. Ada yang bernyawa dan ada yang tidak. Ada yang berakal, ada yang tidak. Semuanya boleh patuh dengan perintah dan suruhanNya. Membuat kerja Tuhan tanpa bangkang. 

3.   Setiap kesusahan dan kepayahan itu maka ganjarannya adalah pahala jika kita mampu bersabar atau sebagai penghapusan dosa dengan rahmat Allah SWT. Dan banyak lagi sebenarnya yang boleh kita sama-sama fikirkan...

Jadi ...jom kita sama-sama terus bersangka baik kepadaNya. Mudah-mudahan kita dibimbingNya untuk jadi lebih bersabar....
Ya Allah..jadikanlah kami orang-orang yang sabar..Ihsan google


Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign