Pening kepala manusia
Bingung manusia dibuatnya
Bila tentera Allah bertindak..
Kun, jadi..maka jadilah ia..
Peperangan antara manusia
Dengan api, air, jerebu, angin, taufan..
Api..memusnahkan apa sahaja
Harta bendanya, jiwa, pembangunan..
Hujan..banjir..menenggelamkan apa sahaja..
Jerebu...sesak nafas, datang pula penyakit lainnya..
Berbagai kaedah manusia buat
Bagi melawan tentera-tentera Allah ini..
Namun tentera-tentera Allah ini tetap menyerang bila-bila masa
Mereka tidak pernah surrendar..
Kalau berhenti pun sekejap sahaja..
Tunggulah masa ia menyerang semula..
Begitulah berlaku sejak dunia wujud..
Manusia tidak akan aman dibuatnya..
Yang paling teruk..
Berperang dengan kuman
Makhluk Allah yang paling kecil
Juga kalah manusia dibuatnya..
2 Nov 2015
Bila TENTERA ALLAH menyerang..
Teruja tengok monyet di Teluk Cempedak.
Hantar kakak balik kolej semalam. Hari tu kakak duk tingkat 5, sakit lutut, termengah-mengah ibu nak sampai tingkat 5 tu. Masuk semester baru ni kakak dapat tingkat 2. Alhamdulillah, macam kilat ibu naik.
Selesai beli barang-barang kakak yang belum cukup, sempatlah kami ke Pantai Teluk Cempedak. Nilah first time sampai sana. Kesian tak? Apa yang dapat saya gambarkan...Subhanallah..cantik dan bersih. Tapi yang buat kami teruja sesangat tu, dapat tengok monyet. Monyet dah tak takut orang, orang plak takut kat monyet. Kita jerkah dia, dia jerkah kita balik, siap nyeringai tunjuk gigi, ada taring tajam yang buat seram tu.
Ada jejantas panjang kat tepi pantai tu, monyet-monyet tu duk bersidai kat situ. Pantang orang bawak makanan, habis dirampasnya. Jadi nak selamat jangan jerkah, dan jangan bawak makanan.
Nak makan ada banyak kedai makanan, ada juga kedai yang jual cenderahati.
Bertolak balik dari Kuantan lepas maghrib. Hujan lebat, dah musim tengkujuh. Tapi Alhamdulillah takla berpanjangan. Sampai rumah kul 12.30 malam, Masya Allah...penat.
