Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

4 May 2016

Nak jadi star wars, ticer ada baby eh?

Ni ubat gelak bagi hilang tension ticer, ticer tengah meroyan buat kertas soalan nih.

Semalam dia tak datang, hari ni datang dengan mata lebam sebelah. Ditanya kenapa, jawabnya..

" Amir main lompat-lompat dengan sedara Amir."

Ermmm, ni mesti kes terantuk, tak pun tercium dinding. Teruk lebamnya, sebijik macam  kena tumbuk dalam drama tu.

" Oh, Amir nak jadi zombi ek?" Aku menyakat.

" Taklah, Amir nak jadi star wars lah.."

Oo, padanlah sampai lebam camtu, nak jadi star wars rupanya.

---------------------+----------------------------------------

Tengah-tengah mengajar, seorang anak murid dengan tak sengaja tersentuh tummy ticer yang tak berapa kempis ni. Tak puas hati agaknya, dia letak tapak tangan pulak.

" Ticer ada baby ek?" Dalam dok nak gelak aku ia kan je.

" Oo, mama ayen pun ada baby dalam perut dia,"

Pastu aku terpikir, kang dia cerita kat mama dia pasal ticer pun ada baby dalam perut, tak ke naiya plak.

" Eh, taklah, dalam perut ticer ada cacing je, takde baby pun.."

"Oooo.." Panjang oo dia.

Sorilah kengkawan ye, tak sempat nak gi rumah kengkawan ni, kalau gi pun sempat singgah depan pintu je, tak dapek ngulur buah tangan..

Esok sempena isra mi'raj, jom kita hayati kisah perjalanan teragung Rasulullah itu, moga kita dapat mencintai Baginda, sebagaimana Baginda mencintai kita...

3 May 2016

Sambung kek umah yo.

Nak buek camano, tak sompek siap kat tadika, sambung kek umah plak. Poning palo laling ai tau nengok umah bersepah dongan koteh sano-sini, tu bolun laie tambah ngan kojo sekolah anak-anak kang, ponuh dopan tv tu ngan buku, koteh, pensel, pemadam..

Heh, heh...bertabahla yo laling oii, nak buek camano, dah dapek bini cekgu tadika...

Hu hu, sebona eh, den tongah bertungkuih lumuih nyiapkan koteh pekso bebudak tadika, pekso eh 16hb ni ah.

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign