Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

10 May 2016

Begitu teruk sekali mencuci?

Haih, kalo dah namanya anak lelaki tak sah kalo tak berkerak kat bahagian leher tu. Tambah lagilah hero tengah melasak dan tengah membesar bagai johan macam Umar Zikri tu, sungguhla tak larat nak menyental daki kat bagian lehernya tu.

Korang ada masalah yang sama macam ai?
Ok..jom buat camni. Cam den ni tak koso membasuh hari-hari, so baju sekolah dia ada 3 pasang untuk 3 hari, yang dua hari lagi tu kena pakai baju koko dan baju rumah sukan.

Jadi kalo nak tunggu hari sabtu baru nak basuh, korang bayangkanlah betapa degilnya daki tu nak keluar. So den buat camni ha.

Letakkan mandian kat bahagian berdaki tu, biar mandian tu kering. Nanti daki tu jadi kembang so bila nak basuh tu just tenyeh-tenyeh je, in shaa Allah dah bersih, barulah masukkan dalam washing machine. Haa, kan senang.

Nak syer satu ilmu...jom kita buat kebaikan yang mungkin nampak kecil, tapi mana tau mungkin itulah yang boleh tolong topap amal kit di sana nanti..seperti kalau kita nampak semut yang terkial-kial nak lemas, kita tolong selamatkan, atau bagi sisa-sisa nasi yang tak habis makan tu kat burung, daripada kita buang dalam tong sampah, eh...banyak sebenarnya, tinggal kita je nak buat atau tak.

Kemuliaan Sya'ban.

Ada suatu kisah yang diceritakan oleh Muhammad bin Abdullah Azzahidi bahawa dia berkata:

  " Kawan saya Abu Hafshin Al Kabir telah meninggal dunia, saya ikut menyolatkan jenazahnya dan saya tidak pwrnah mengunjungi kuburannya selama lapan tahun. Lalu saya berniat untuk menziarahinya."

   " Ketika saya tidur di suatu malam, saya bermimpi melihatnya, dia telah berubah, mukanya menjadi pucat. Apabila saya beri salam dia tidak membalasnya. Laly saya pun bertanya."

". Maha suci Allah, mengapa kamu tidak membalas salam saya?" Dia menjawab...

".  Membalas salam adalah ibadah, sedangkan kami telah terputus dari ibadah."

Kemudian saya bertanya..

". Mengapa saya lihat wajahmu berubah? Padahal dahulu wajahmu elok."

Dia menjawab.." Ketika saya dibaringkan di dalam kubur telah datang satu malaikat yang duduk di sebelah saya dan berkata: Hai si tua yang jahat dan dia pun menghitung segala kejahatan saya, bahkan dia memukul saya dengan sebatang  kayu sehingga badan saya terbakar."

". Kubur pun berkata kepada saya, apakah engkau tidak malu kepada Tuhanku?" Kemudian kubur itupun menghimpit saya dengan kuat sehingga tulang rusukku bertemu dan bercerai berai dab saya terus disiksa sehingga malam pertama sya'ban."

" Pada ketika itu ada suatu suara yang berkata..hai malaikat, angkatlah batang kayumu dab siksaanmu kerana dia pernah menghidupkan satu malam di bulan sya'ban selama hidupnya dan pernah berpuasa satu hari pada bulan sya'ban."

". Maka Allah pun melepaskan aku dari siksa ini kerana pernah memuliakan bulan sya'ban."

Masya Allah, pernah sekali saja berpuasa dan menghidupkan malam di bulan sya'ban..maka Allah melepaskan siksaan kuburnya bila masuk bulan sya'ban...aduh...ruginya kalau yang masih diberi peluang berada di dalam bulan sya'ban sekarang ni melepaskannya begitu saja....jom kengkawan, kita hidupkan bulan sya'ban...

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign