Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

3 Oct 2016

Madu kelulut sedapnya.

Sampai di jalan masuk rumah MIL tak dapat jalan sebab ada dahan jatuh menimpa batu kuburan, ishhh...ternyanyi lagu Kartina Dahari lah plak., mwehehe..dahan getahla, jatuh atas jalan. Laling dengan anak turun nak alihkan tengok-tengok ada sarang kelulut, dahan tu dah lompong makan dek anai-anai. Apalagi tak kesuman ( tu bahaso mak mentuo den la ) diorang memikul batang gotah bawak balik rumah MIL, hoi,hoi ya hoi...pinjam istilah ustaz Kazim plak.
Nilah rupa sarang kelulut. Yang ketul kecik warna coklat tu, lilin dia, dalam tu ada madunya.
Nilah hasilnya, original from
dahan pokok getah, rasanya pada
sayalah, kelat-kelat manis, cair jernih je.
Tak sama macam yang pernah beli, yang
beli tu ada rasa masam-masam.
Sebenarnya hari ni, kitorang ke Juasseh agro park. Tapi nantilah saya cerita on next entri ye. Menarik tau korang, bangga sangat sebab ada anak melayu kita yang berjaya walaupun duduk jauh di sudut kampung. Korang pun jangan-jangan tak pernah dengar nama kampubg Juasseh tu kan?

2 Oct 2016

Hijrah kepada yang lebih baik.

Sudah semestinya itu menjadi azam kepada kita sempena memgambil berkat awal tahun baru hijrah 1438 H hari ini. Sekurang-kurang kita menyimpan azam untuk
~ menjadi insan yang lebih baik.
~ menjadi pekerja yang lebih produktif dan rajin.
~ menambah nilai amal ibadah.
~ kalau seorang isteri sudah semestinya berazam untuk menjadi lebih solehah.
~ kalau seorang suami mau berusaha untuk lebih bertanggungjawab.
~ anda seorang pelajar sudah semestinya berusaha untuk lebih cemerlang.
~ anda seorang anak berusaha untuk membahagiakan kedua ibubapa.

Tak kira siapa pun kita dan apa azam kita, kita berusaha merealisikannya. Kita ambil semangat perjuangan Rasulullah yang tak pernah gentar menghadapi rintangan dalam menyampaikan kebenaran.  Takde guna kita menyimpan seribu azam bila kita tak mula melangkah dan cuma berharap dari tempat kita berdiri sahaja.

Bagi saya, saya cuma mau minta agar diberikan kekuatan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semasa ke semasa. In shaa Allah.

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign