Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

6 Oct 2016

Juasseh agro park, kebanggaan anak Melayu.

Hish..kalau dah stuck dek macam-macam hal, mulalah malas nak tulis entri berilmiah sikit nih. Tapi demi nak sokong anak melayu, yesss..Melayu boleh. Bangga sangat dengan semangat Mak lang dan Pak lang yang gigih mengusahakan Juasseh Agro Park ni. Terletak di daerah Kuala Pilah, kira-kira dalam15km dari pekan Pilah, letaknya memang agak ke dalam. Sayalah, agak cuak juga entah ke mana-manalah nak pergi ni, rasa macam tak sampai jer. Tapi Alhamdulillah, akhirnya sampai juga. Kami pergi ahad 4/10 / 2016 lepas.

Diusahakan sejak tahun 2008, ( maaf kalau saya tersilap, ingat-ingat lupa, sebab tak catit, konon terer boleh ingat ) tapi diupgrade ke Juasseh Agro tourism dalam tahun 2012. Rasanya ini adalah salah satu usaha yang patut menjadi kebanggaan kita semua.
Nilah mak lang, sayangnya pak lang menghilang..
Tak nampak plak bayang paklang di hari kejadian.
Di depan sign board, suasana di dalam, kebetulan pada hari tu ada pelajar tahfiz datang buat khemah ibadah di sana. Kalau nak buat Hari Keluarga pun boleh.
Ada juga tempat riadah seperti flying fox, rock
climbing, tapi kena booking dua hari sebelum pergi, sekali aktiviti rm20.
Ada juga mini zoo, yang menempatkan
burung-burung, ular sawa, ular sawa tu
moncongnya dah luka sebab asyik hentam
dinding dawai tu bila ada orang datang dekat.
Nilah kandang lembu susu yang
menempatkan anak-anak lembu susu
baka Australia, best dapat pegang-pegang anak
lembu, bagi makan rumput yang ditanam khas untuk makanan lembu ni. Ada kawasan khas untuk lembu-lembu bunting, tapi pelawat tidak dibenarkan masuk atas sebab dikhuatiri terkena jangkitan penyakit lembu.
Produk susu pelbagai perisa seperti
vanilla, coklat, strawberi, keladi..sebotol
kecil rm2.50, tapi susunya memang terbaiklah
enak banget..
So, kengkawan..apalagi, jom kita sokong anak melayu kita supaya terus maju setanding dengan bangsa lain. Nak masuk pun takdelah mahal, rm10 dewasa, kanak-kanak bawah umur 7 tahun lain harga, murah sikit. Selain Juasseh agro park ni, ada juga tempat yang tak kurang menariknya iaitu Ladang alam warisan, ada aktiviti berkuda, memanah dan banyak lagi. In shaa Allah cadang eh nak poie gak satu hari bila free-free nanti.

Air kena catu lagi.

Baru settle dua, tiga hari, lega.. Masya Allah, tetiba empangan Semenyih tercemar lagi oleh tangan-tangan yang tak bertanggunjawab, sehingga ramai yang menderita, cewahhh..ada gaya pemberita tak?

Ekoran catuan air tersebut, tadika kami pun terlibat juga. Dah dua hari anak-anak tadika tak mandi sampai petang, balik dengan bucuk macam. Yang gawatnya bila anak-anak ni nak membuang, suruh tahan takkan maunya diorang. Jadi terpaksalah minta kerjasama parents bawak air dari rumah. Alhamdulillah, parents faham.

Jadi penuhlah kat tadika dengan botol-botol air besar kecik semua ada. Ermmm...harap-harapnya cepatlah bekalan air pulih macam biasa.

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign