Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

15 Jan 2017

Susahnya nak jadi baik.

Hari ni nak tulis entri berat sikit. Asyik tulis entri santai je. Tapi takdelah berat sangat, in shaa Allah masih boleh dicernakan dengan baik..
Saya selalu rasa terpukul bila baca ayat Quran yang bermaksud..  

          " Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah kamu daripada maksiat dan mungkar."

Bila saya renung-renung dalam diri saya ni, dah lama sembahyang, in shaa Allah sejak akil baligh tak pernah miss, tapi kenapalah saya belum dapat benci maksiat dan masih susah rasanya nak tinggalkan perkara mungkar..?  Setiap malam minggu saya tunggu gak mega movie, habis masa sia-sia depan tv. Saya masih sombong, tamak, dendam, gila puji, gila dunia, hasad dengki, kalau sifat pemarah tu datang, tu dia...rasa nak menjerit kuat-kuat, nak bagi tau orang yang saya tengah nak meletup.
Kenapa jadi camni? Sembahyang yang dibuat tak mampu mencegah maksiat dan sifat-sifat mazmumah

Rupa-rupanya kerana sembahyang takde roh. Sembahyang kosong.....

Roh sembahyang itulah khusyuk (ingat Allah ), faham apa yang dibaca, rasa takut, rasa diri hamba, rasa hina diri dan rasa harap pada Allah. Tapi tak nafikan, memang susahlah nak dapatkan rasa-rasa yang begitu. Apa yang selalu terjadi, angkat je takbir semua masalah datang, hal yang berlaku 10 tahun sudah pun boleh ingat balik. Sedar-sedar dah bagi salam. Pernah jadi tak ingat dah berapa rakaat. Itulah yang saya sedihkan.
Entah ada entah tidak nilai sembahyang saya di mata Allah....?
Alhamdulillah...akhir bertemu jodohnya..selamat diijabkabul 15/1/2017..semoga berkekalan jodohnya..adik ipar dan isteri.

13 Jan 2017

Peace and calm.

Inilah masa kami pun dapat berehat.

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign