Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

4 Jun 2017

9 Ramadhan 1438H.

Hajat hati nak menulis kenangan di setiap helaian Ramadhan, tapi hajat tak sampai, banyaklah sebabnya tapi sebab yang utamanya tulah dia takde mood. Takde mood sampai aku rasa memang betul2 nak berenti kerja, sentap weyh dek perangai cikgu-cikgu yang pangkat anak-anak pada aku tu. Aku ni happy go lucky je sebenarnya, tapi bila dah sentap, mudah naw dorang perasan, lantakle...biar hati aku cool dulu, nanti baru aku sound baik punya.

Tapi di rumah acara memasak juadah permintaan anak-anak tetaplah menjadi keutamaan, cuma takdelah nak masak sekaligus. Masak bebanyak juadah kang nanti habis plak idea nak masak apa. Cuma tulah haii..si kakak dah pergi join committee sesi suai kenal, dah balik kampus di Kuantan nun, nak Raya nanti baru balik rumah semula. Si abang pun dah berangkat pagi tadi, ke mana? Taklah jauh, kampus Petaling Jaya je. Tapi terasalah sunyinya sebab dia dah 6 bulan ada kat rumah. Subuh-subuh hari aku dah memekak suruh dia bangun solat subuh. Harap-harap dia duduk dengan roommate yang tak culas solat..

Hari ni buat popcorn. Dah lama nak try buat. Eh..idokle susah benaw pun. Lain kali bolehla buat lagi.

Semangat baru, ajak abah keluar selepas subuh😀😀
Anak-anak yang tinggal Kat rumah tetap nak diraikan, terutama si Umar Zikri yang tengah semangat berpuasa tu.

1 Jun 2017

5 Ramadhan. 1438H.

" Eh, macam dah pernah makanlah kuih ni , " Umar Zikri.
" Bila?" Ibu.
" Entah, tak ingat,"

Haha..mana nak ingat, dah juadah setahun sekali, ibu rajin buat di bulan Ramadhan je, lepas tu ibu sumbat masuk gobok acuannya, jumpa balik di Ramadhan tahun depan, kalo ada rezeki lagilah.

Itulah kisahnya bila kaum-kaum ibu cam den ni sempat merajinkan diri memikirkan juadah demi juadah untuk dihidangkan untuk berbuka, kadang gamble aje cuba buat resepi yang belum pernah cuba, cam buat murtabak sebab toklaki suka makan murtabak untuk berbuka.

Dah 5 ramadhan, asyik cerita pasal makan je kan, ntah apa-apalah, eh...ok apa, sekurangnya dapat bagi idea Kat korang juga, daripada pegi beli kat Param tu, kang tak menang tangan nak menjinjit plastik makanan, ye tak? Hehe...janganlah terasa.

Pinjam yo, kuih cara yang den buat semalam idokle sekiut yang ni, den bancuh, si kakak nadrah Tukang bakonya, ada yang penyet, ada yang hangus..takpe nak bagi dia belajar.
Anak-anak memang minta nak makan itu, ini..sabo yea, ibu masak satu resepi sehari, itupun pukul 3.30 petang dah masuk dapur, siang2 ikan, sayur, bancuh2 apa patut..lepas asar baru sambung, target siap sebelum kul 6.30. Jadi boleh juga duduk2 mengisi waktu mustajab doa sebelum berbuka tu.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign