Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

8 Apr 2019

Bunga rampai ditabur2x.

Ha, orang2 muda sekelian, tau tak camane rupa bunga rampai? Agak dah..tak tau kan. Bunga rampai ni pun satu spesies yang hampir mengalami kepupusan juga, haha..spesies la sangat.
Seingat den last membuat bunga rampai masa majlis kawen adik ipar kira2 20 tahun lepas..ha tu dia..lama tak lama.

Memandangkan den banyak naw masa lapang sekarang ni..hewhew..sorii geng aweks, walaupun den banyak masa lapang, tapi den lebih suka jadi cctv je dalam group aweks tu, aman gitew.

Jadi nak isi masa lapang ni, selain dari ngajar budak2 ngaji, den menyibukkan diri dengan membuat kerja2 keras tangan juga, nanti ada masa in shaa Allah den sharekan kat sini hasil kretiviti den tu yo. Oh ye, pasai apa den buat bunga rampai dan camane rupe bunga rampai tu. Bunga rampai tu den buat sebab nak ngimbau kenangan kawen 23 tahun lepas, hihi..takdelah, sebenarnya den nak wangikan rumah, beli pewangi2x ambi pure lah, farcent lah, air wicklah..so sesekali kita tukar pada wangian yang lebih semulajadi pun ok gak kan.
Ha, nilah bahan nak buat bunga rampai. Daun pandan tu kena potong halus2x. Dulu2 kami potong dengan pisau seposen tu. Bunga rampai ni dulu2 orang buat masa majlis kawen letak dalam bilik untuk wangikan bilik pengantin ataupun boleh juga buat hantaran letak dalam bekas comey2x. Bila dah siap potong halus2x campurkan dengan minyak wangi, apa2 minyak wangi pun tak kisah, nanti bila dah dicampur dengan minyak wangi tu daun pandan tu akan keluarkan aroma yang sangat wangi walaupun minyak wangi tu taklah berapa wangi pun. Nak kasi cantik potonglah juga bunga2 kertas so adalah warna-warni sikit.

4 Apr 2019

Hari ini..

Aku semakin menua..
Entah tinggal berapa lagi sisa2 umur yang Allah pinjamkan..
Sehari berlalu..bererti sehari lagi habis umurku di dunia..
Setahun berlalu..setahun sudah habis umurku yang dipinjamkan..
Aku semakin hampir, hampir, hampir ke garis penamat..


4/4/2019...hari ini..ulang tahun kelahiranku..
Semoga sisa2 umur yang berbaki ini, makin mendekatkan aku kepadaNya, dengan rahmat dan kasih sayangNya..
Semoga aku sentiasa dalam pimpinanNya..
Semoga aku sentiasa dalam pengampunanNya..
Semoga aku pulang kepadaNya dalam redhaNya..
Dah tua2 ni, buatlah camane pun, mekaplah camane pun, pakailah camane pun, semuanya dah tak cantik lagi...semuanya tak kekal..
Bersedialah dengan secukupnya..kerana dengan umur yang dipinjamkan sebentar ini, kita bukan hidup untuk sia-sia, bukan semata mengumpul harta di dunia..tapi dijanjikan pulang kepadaNya untuk satu tempoh masa yang tiada hadnya lagi di sana..sepatutnya kita bersedia secukupnya sambil mengharap dengan rahmatNya..
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign