5 Oct 2013
Menghitung Dosa..
Alangkah indahnya jika semua orang sedar dan insaf akan dosa dan kesilapan yang dilakukan. Semua orang sibuk menghitung dan menghisab diri sehingga tidak sempat menilai dan menilik-nilik orang lain, semua orang takut dengan dosa dan kesalahan sendiri walau cuma sebesar zarah, berusaha untuk merasakan diri sebenar-benar hamba kepadaNya, berusaha meraih cintaNya. Jika begini barulah akan datangnya ukhwah dan kasih-sayang, tiada lagi bermasam muka, tiada lagi kata-mengata, tiada 'gap' yang memisahkan sikaya dan simiskin.. barulah turunnya rahmat dan kasih-sayang Allah merata buat semua...itulah yang digelar baldatun toiyibatun, warabbun ghaffur..
4 Oct 2013
PERTEMUAN NOSTALGIK.
Peperangan Hunain baru saja usai. Kemenangan yang pada awalnya hampir menyebelahi pihak musuh telah berubah haluan. Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran pun dipersembahkan ke hadrat Allah, tanda terima kasih yang tidak terhitung.
Seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW. Berkata wanita itu kepada baginda, " Wahai Muhammad, aku Syaima', saudara perempuan engkau."
Demi mendengar nama Syaima, air muka Rasulullah tiba-tiba berubah. Hatinya diusik sayu. Fikirannya meniti lereng-lereng kenangan yang pernah dilewatinya lebih separuh abad yang lalu.
Rasulullah tunduk hiba. Apatah lagi bila mengetahui Syaima' menjadi tawanan perang kaum Muslimin. Sungguh-sungguh menyedihkan hati Baginda.
Titis-titis air mata yang bertakung di bingkai mata Rasulullah kian memberat, akhirnya melimpah dan menuruni pipi Baginda yang putih bersih, jatuh satu persatu.
Syaima' adalah puteri Halimatus Saadiah, ibu susuan Rasulullah, ini bermakna dia juga adalah saudara sepersusuan baginda. Syaima' juga turut membantu ibunya menjaga dan mengasuh Rasulullah sejak bayi hingga baginda melangkah ke alam kanak-kanak.
" Jika engkau suka, marilah tinggal bersamaku," ujar Rasulullah. " Tapi jika engkau ingin kembali kepada kaummu, aku akan melepaskanmu dengan baik," Sambung baginda.
" Aku ingin kembali kepada kaumku," balas Syaima'.
Rasulullah tersenyum cuma, meskipun hatinya begitu terharu. Rasa kasih sayang dan hormat yang tertanam di hatinya membuatkan baginda terlalu ingin untuk membuat jasa kepada Syaima' sepertimana Syaima' pernah membuat jasa kepadanya.
Tidak lama selepas Syaima' beredar, Rasulullah didatangi oleh seorang wanita yang telah lanjut usianya. Rasulullah menyambut kedatangan itu dengan hati yang masih belum damai, bahkan bertambah-tambah kesayuannya. Wanita itu adalah Halimatus Saadiah.
Rasulullah memimpin Halimah masuk ke khemah. Badinda menghampar kain ridaknya untuk diduduki oleh Halimah. Baginda melayannya dengan penuh penghormatan, sayu dan gembira datang silih berganti.
Sungguh tidak disangka, perpisahan yang sudah sekian lama terjadi masih ada pertemuan di hujungnya. Segala-galanya kehendak Allah.
Sesungguhnya pertemuan yang berlaku ketika anak dan ibu sudah mencecah ke usia tua, terasa begitu mengharukan sekali. Kerana itu pada kesempatan sedikit yang masih terluang, Rasulullah berusaha membahagiakan ibu susuannya itu sambil melepaskan rindu yang sekian lama terpendam.