Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

31 Jan 2015

Apo laie tu azimah oiiii...

Bila dah kerja 5 hari seminggu camni, tak sabar rasanya menunggu cuti sabtu ahad. Hari jumaat tu kalau boleh nk lajukan jarum jam biar cepat habis waktu bekerja tu. Penat. Itu yang bole  saya katakan. Tapi janganlah nk berbunyi mulut mengadu lenguh, sakit sana sini, takkan dilayan punya. Lagi best dipulang paku buah keras..." tulah, tak keja, sibuk nak keja, pah tu bersungut sakit sana-sini, kata kat ruma takdo kojo, padahal ado jo kojo e..." padan muka saya.

Habis-habis, sonyap jolah. Tak pun mengadu kat kakak. " ibu kan, nama je cikgu tadika, teacher lagi bebudak panggil tapi ibu all rounder kena buat, basuh berak budak pun ibu kena buat tau, padahal ibu ni dah lima tahun bersara dari basuh berak budak, sakit pinggang ibu ni, ibu ni bukannya muda lagi, camni ibu berenti jelah, tak pun ibu minta keje separuh hari je.
"
" Habis tu, ibu cakap jelah dengan puan aida tu, ibu nk keje separuh hari jer."
" Ibu tak sampai hatilah pulak, tapi ibu memang nak keje separuh hari je. Msa ibu keje 3 hari semunggu dulu, hari yang ibu tak keje tu ibu bole settlekan hal rumah, ni rumah pun tak sempat nak kemas, pastu ibu tk dapat nak main blog dah, ni yang buat ibu tambah frust ni..."

" pastu ibu ada dapat offer lain, jadi principal, separuh hari je, gaji lagi best, tapi jauh sikit, abah cam tak bagi je."

"Haa, ibu keje lah kt tempat baru tu, takkan abah takleh hantar, separuh hari tu, gaji lagi banyak."
" Tulah, dengar pun cam best sebab separuh hari,  tapi ibu lagi seronok keje kat putra jaya dulu, tempat jemaah ibu, walaupun gaji sikit, hati ibu seronok, buat apa keje pun ibu tak berkira, ni tak bolela, ada kirja, ada gaji ma."

Terukkan saya. Tulah manusia, jarang beryukur dengan apa yang ada. Sayalah tu, bukan orang lain, hu hu...
Oye..knor, cerita semalm tu sila-sila, lagi ramai yang baca, lagi bagus:-)  nk balas kat ruang komen semalam tak dapat.

30 Jan 2015

Kisah seorang sahabat yang terkentut.

Ketika Rasulullah dan para sahabat sedang duduk-duduk di masjid sementara menunggu masuknya waktu solat, tiba-tiba seorang sahabat terkentut, slow macam angin...tapi Masya Allah..bau dia...Jadi para sahabat yang lain nakla tau sapa agaknya yang melepaskan angin tersebut, mereka menunggu je azan, nak tengok sapa yang keluar untuk mengambil wudhu semula...

Tapi bila habis je azan, Rasulullah mengarahkan semua yang ada keluar untuk berwudhu semula...jadi terselamatlah sahabat yang terkentut tadi. Masya Allah..tengokla betapa bijaksananya Rasulullah dalam memelihara aib orang.

Sollu alan Nabiy...
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign