Wah, bestnya...makan dilayan dengan hormat, dihidangkan satu persatu, di tempat yang cantik, wangi, halwa telinganya lagu-lagu syahdu..
Dapat hadiah wangi-wangian mahal plak lepas tu..
Itu cerita semalam, jemputan kenduri kahwin di hitel The Ritz Carlton Kuala Lumpur sebagai tetamu vip..
Alhamdulillah..
Ermmm...
Itu baru sikit nikmat dunia, sudah begitu bestnyer terasa..
Sedikit sangat, tak sampai setitis pun agaknya dari nikmat dan keindahan di syurga. Bayangkan di syurga, apa saja yang terlintas di fikiran, mahu dimiliki, makan dilayan bidadari-bidadari cantik tak jemu mata memandang, malah apa sahaja, sebutlah apa sahaja, bayangkan apa sahaja, yang tidak pernah dimiliki di dunia..
Untuk dua minggu ni kakak bercuti semester, yessss...ibu seronok dapat jimat duit taska, adik-adik seronok takyah gi taska walaupun makan tengaharinya bila balik sekolah tu nanti menu speselnya apa kakak? Telur dadar kuah kicap ye? Kalau ada lebih lauk malam, itulah juga lauk tengahari esoknya, nasiblah ye adik- adik, ibu sempat siapkan sarapan jer.
