Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

29 Jan 2016

Yes, yesss..

Tak sabar dah, penat dah, letih bebeno, tak larat, tak kuasa...haa...apa lagi yang tak, tak..
Akhirnya hari ni tiba jua. Salam jumaat saiyidul ayyam korang, terutama para sahabat alamaya yang sangat ku kasihi, moga korang semua berada dalam rahmat, kasih sayang dan keampunan Allah selalu, aminnn..

Bagi orang bekojo cam den ni memang nunggu hari jumaat, sebab esok boleh cuti weyh. Penat, tak larat, tak koso dah bila sampai hari khamis, pagi jumaat segar balik, hi hi..

Tue doh, mane dok ghok nye...., wey, tue jangang sebuk nah, sebuklah hok sedak sikit dengo, otai ke, berpelangamang ke, baru ah semangak sikit, dok gitu..

Idok le kome, hari jumaat ni kan banyak kelebihannya. Maih nak sebut mana yang teringat.

1) Boleh potong kuku, ikut sunnah nabi, potong kuku hari jumaat, dapat pahala. Korang tau tak cara potong kuku yang betul? Alaaaa....takkanla tak tau.

2) Sedekah hari jumaat, bergando pahalo eh.

3) Baca surah Al Kahfi, amalkan moga kita terhindar dari fitnah dajjal. Kalau tak dapat baca penuh bacalah 10 ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir.

4) Ada satu detik dalam hari jumaat ni, detik doa yang sangat makbul, haa...ambik kesempatan, kita minta yang elok- elok je hari ni, sepanjang hari. Tak silap yang lebih tepatnya selepas waktu asar.

5) Bagi orang lelaki dapat gi solat jumaat, mandi sunat hari jumaat, berwangi-wangian kan best tu. Rugi besar tau korang orang lelaki kalau ponteng solat jumaat, dahla seminggu sekali je, amikla peluang ni.

Ermmm, tu jelah yang teringat kat den ni ha. Esok-esok gok kalo tingak lagi baru tulih lagi.

Tq korang singgah, baca, komen. Sayang korang, in shaa Allah moga kita semua hari ini berada dalam rahmat, kasih sayang dan pengampunan Allah hendaknya, aminn.

27 Jan 2016

Sedekah sepotong roti.

Saya sangat terkesan dengan kisah kelebihan bersedekah yang saya syer di bawah. Memang banyak sungguh fadhilat bersedekah yang saya kira ramai kita telah maklum. Cuma pada saya kisah di bawah ni menunjukkan betapa sifat Rahman dan Rahim Allah pada hamba yang berdosa. Jom..kita hayati bersama.

Dahulu, di sebuah tempat ibadah, ada seorang lelaki yang tekun beribadah. Tujuh puluh tahun lebih dia tekun beribadah. Dia tidak pernah meninggalkan tempat ibadahnya, kecuali pada hari-hari tertentu yang telah ditetapkannya sendiri. Tetapi pada suatu hari dia telah digoda oleh seorang wanita sehingga dia terpedaya oleh pujuk rayunya.

Dia hidup bergelumang dosa selama tujuh hari seperti mana hubungan suami isteri. Tapi kemudiannya dia tersedar dan segera bertaubat dan dia meninggalkan tempat ibadahnya, mengembara sambil tak putus-putusnya melafazkan taubat dan mendirikan solat.

Akhirnya sekian lama mengembara dia sampai ke sebuah pondok yang didiami oleh dua belas orang fakir miskin. Dia ingin menumpang bermalam di situ kerana keletihan yang amat sangat.

Berhampiran pondok itu tinggal seorang pendeta yang setiap malam menghantar sepotong roti untuk fakir miskin tersebut. 12 potong roti untuk 12 orang fakir miskin, tetapi malam itu lelaki yang sedang bertaubat itu turut mendapat sepotong roti kerana disangka fakir miskin yang tinggal di situ.

Jadi salah seorang dari fakir miskin tersebut tidak mendapat roti. Lalu dia bertanya kepada pendeta yang memberikan roti tersebut. " Mengapa aku tidak mendapat roti seperti selalu?"

Lalu dijawab sipendeta, bahawa roti yang dibawanya telah habis kerana dia hanya membawa 12 potong roti seperti selalu. Mendengar hal itu, si lelaki yang bertaubat segera memberikan rotinya kepada lelaki yang tidak mendapat roti tadi. Keesokan harinya lelaki yang bertaubat itu meninggal dunia...

Di hadapan Allah, ditimbang amal ibadahnya yang selama 70 tahun dengan dosa yang dilakukan selama 7 hari itu. Ternya hasil timbangan tersebut: Amal ibadah yang dilakukannya selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukan selama tujuh malam. Tetapi ketika dosa yang dilakukan selama tujuh malam itu ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikan kepada fakir miskin yang sangat memerluksn, ternyata amalnya dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

Sungguh besarnya rahmat dan kasih sayang Allah pada hambaNya yang ikhlas .Dan yang penting juga kita sebagai hamba tidak boleh sama sekali berputus asa dari Rahmat Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka selagi mana nafas belum sampai ke ghalgharah.....

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign