Asam Garam Kehidupan: Apa nak jadi?

Nuffnang

Pages

5 May 2014

Apa nak jadi?

Apa nak jadi?
Apa perasaan kita?
Apabila terjadi di rumah kita
Tiang-tiang rumah sudah dimakan bubuk.
Lantai telah reput, atap berlubang-lubang
Ditambah pula dinding, alang-alang dan kasau
telah reput juga
Lantai dipijak sini terjungkit di sana
Pijak di sana terjungkit di sini
Disisip atap, berguguran pula di tempat lain
Ditupang tiang, retak pula alang-alang
Disulam lantai bertaburan pula benda-benda lain.
Begitulah seterusnya
Dibaiki satu aspek, merosakkan pula aspek yang lain
Makin dibetulkan rumah
Makin bertambah masalah
Masalahyang ada tidak selesai
Timbul pula masalh yang lain,
Apa nak jadi?
Apa perasaan kita?


Ibarat rumah buruk, menunggu masa menyembah bumi...

2 comments:

  1. kalau rumah, kita nampak usangnya..

    mcm manalah keadannya pd diri..

    tak tahu roboh menyembah bumi..

    ReplyDelete
  2. ya, kiaskanlah buat diri kita..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign