Asam Garam Kehidupan: My favret ustaz.

Nuffnang

Pages

11 Sept 2020

My favret ustaz.

Biasa saya dengar ceramah ustaz di Youtube tu adalah ceramah2 yang dirakamkan semasa sesi kuliah di mana2 masjid atau di pusat tahfiz ustaz sendiri. Ramai ustaz yang berilmu dan berkelulusan tinggi samada di Mesir atau Syria, yang ilmunya sangat bermanfaat sebagai panduan kepada kita semua. Mungkin kita jarang berkesempatan mengikuti kuliah mereka di masjid..yang mana memang sepatutnya kita berbuat begitu, berkumpul menadah telinga di masjid yang disabdakan Rasulullah supaya kita sentiasa memasuki taman2 syurga di dunia..tetapi mungkin banyak juga halangan seperti kekangan masa dan sebagainya. Tetapi sebagai altenatif bolehla kita luangkan sedikit waktu senggang yang ada dengan mendengar ceramah2 ustaz di Youtube, kita habiskan data phone kita dengan ilmu yang dapat membimbing kita ke akhirat😉😉
Saya paling suka dengan ustaz Syeikh Zainul Asri. Beliau adalah mudir Pusat Pengajian Darul Hadis, Yayasan Paksi, Kedah. Berkelulusan Al Azhar dalam bidang Usuluddin. Beliau juga banyak menuntut di pengajian pondok dalam Malaysia.Dalam ceramahnya sentiasa disulami dengan selawat. Tutur katanya teratur dan lemah lembut, ustaz cakap dialek Kedah..
Ustaz Syeikh Zainul Asri ni speciality ceramahnya dalam bab hadis, tauhid dan tasawuf. Antara isi ceramahnya yang saya ingat ialah bab kelebihan bersugi iaitu dengan bersugi in shaa Allah memudahkan kita untuk mengucap menjelang saat sakaratul maut. Seronok dengar ustaz cerita bab kelebihan2 yang dimiliki oleh orang2 soleh dan wali. Cuma kalau nak dengar bab tauhid kenalah lapangkan hati dan tadah telinga betul2 untuk lebih faham.
Ini ustaz Auni bin Mohamad, berasal dari Kelantan dan sekarang menetap di Pulau Pinang,kelulusan dari Al Azhar Mesir. Ustaz yang dapat jolokan Zakir Naik Malaysia. Juga digelar komputer bergerak kerana kekuatan daya ingatannya. Ustaz Auni kalau berceramah takde tengok teks ceramah. Kalau dia cerita bab susur galur keturunan nabi2 atau sahabat memang cukup detail. Speciality ustaz Auni ialah ceramah bab2 sejarah dan kisah2 para sahabat, juga ceramah peristiwa2 akhir zaman seperti tanda2 kiamat dan dajjal. Antara lagi kelebihan ustaz ialah suaranya yang lantang dan jelas. Ustaz jarang melawak tetapi ceramahnya tetap diminati oleh golongan muda dan intelektual.
Ustaz Wadi Annuar bin Ayub, kelulusan dari Syria.Berperawakan menarik, suara lembut. Selalunya saya suka dengar ceramah ustaz bab sirah para sahabat. Ustaz Wadi kalau cerita kisah perang Uhud kita yang dengar ni seperti boleh bayangkan suasana perang ketika itu. Detail. Dengar kuliah ustaz kita dapat rasa betapa kecintaan para sahabat terhadap Rasulullah saw. Ada juga siri ceramah bab yaumul akhirat seperti bab sakaratul maut, titian sirat..banyak lagilah, bolehlah cari di Youtube.
Ini ustaz Ibnu Rijal.Nama sebenarnya Muhammad Nazri bin Rijal, berkelulusan bidang syariah dan sejarah di salah sebuah universiti tempatan. Ustaz ni boleh tulis skrip drama tau, kalau nak tau drama NUR 1 tu ustazlah penulis skripnya. Anak murid ustaz Auni ni. Terer bab2 sejarah tanah melayu ni. Suka sangat dengar ceramah ustaz bab kelebihan yang dimiliki oleh bangsa melayu. Naik semangat dibuatnya. Dengar ceramah ustaz ni buatkan kita rasa bangga dilahirkan sebagai bangsa melayu beragama Islam.
Ini Ustaz Dato hj Shamsuri bin Hj Ahmad. Saya suka dengar kuliah hadis ustaz. Biasa sebelum mula kuliah ustaz buka mukaddimah dengan kisah para sahabat. Ustaz shamsuri sesekali melawak juga, tapi takdelah sampai pendengar kuliahnya ketawa berdekah. Cuma antara seorang ustaz dan ustaz yang lain adalah caranya masing2 dalam menarik hati para pendengar mereka.
 Yang ni ustaz Khalid Basmalah dari negara tetangga kita Indonesia. Ustaz ni pun kelebihannya dalam bercerita kisah para sahabat, para imam mazhab. Ada ijazah dari universiti Malaya kalau tak silap saya (maaf kalau tak betul U nya, tapi ustaz memang pernah berkuliah di salah sebuah universiti kita)..so bicara ustaz mudah difahami, tak pekat sangat bahasa Indonesianya. Pernah juga datang memberi kuliah di sini.

Sesekali ada juga saya dengar kuliah ustaz2 lain. Tapi saya lebih kerap dengar ceramah 6 orang ustaz ni. Bagi saya mereka memang ustaz yang tinggi ilmunya yang perlu kita timba sebanyak2nya ilmu dari mereka, walaupun sekadar mendengar dari medium alamaya, itu rasanya lebih baik dari lansung kita tidak berbuat apa2. 

Salam Jumaat..semoga bermanfaat.

20 comments:

  1. Semua saya belum pernah dengar lagi ceramah mereka.
    Nanti cuba tengok di YouTube.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak sebab berkongsi, insyaallah ada masa boleh turut mendengar ceramah ustaz2 semua ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, kena cari juga masa syaz utk kita mencari ilmu akhirat ni.

      Delete
  3. Semoga dengan sering mendengarkan ceramah dari pemuka agama, jadi tuntunan hidup kita yang lebih baik dalam perilaku dan hal lainnya ya, kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar Him, moga hidup kita terbimbing dgn ilmu2 mereka.

      Delete
  4. Moga sy juga diberi kesempatan utk menadah ilmu dari ustaz-ustaz ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah PH, tak rugi kita mendengar ilmu2 dari mereka.

      Delete
  5. mana uai n ustaz somad?
    aminn ya robbal Alamein

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak, yg 6 org tu lah yg paling saya minat, yg lain tu suka juga, tapi kurang sikit😁😁

      Delete
  6. Sejak PKP tak dpt nak gi Taman syurga ni..
    CH suka dgn ustaz sheikh zainul asri.. Ada kuliah dhuha dgn kitab sheikh Di masjid negeri Shah Alam..

    Mmg suka sulam dgn selawat bila bercakap..

    Ini lah Cara skrg.. menadah ilmu melalui YouTube Kan Mah...

    Alhamdulillah syukur kat tmpt CH dah mula Ada ceramah.. mengikut SOP KKM ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya dpt peluang mendengar ilmu secara lansung dari sza tu CH, teringin nak dengar juga

      Kat surau kami utk muslimat belum ada lagi buat masa ni, tak taulah bila nak ada semula.

      Delete
  7. Suami suka perdengarkan ceramah dari ustaz2 ni, sekurang2nya isterinya dapat dengar sama... 😆

    ReplyDelete
  8. KAK SUKA DGR CERAMAH USTAZ KHAZIM, USTAZ BADIOZAMAN DLL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang pun best juga kak PI, pun banyak ilmu juga.

      Delete
  9. Ramai ustaz yang hebat hebat kan kak. Terbaik semua ustaz ini. :D

    ReplyDelete
  10. Semua saya tak pernah dengar lagi. Biasa saya dengar ceramah Ustaz Syamsul Debat,Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Don.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign