Asam Garam Kehidupan: Home made aiskrim, ermm..bolehla..

Nuffnang

Pages

25 May 2014

Home made aiskrim, ermm..bolehla..

Teruja, excited...
Lepas ni takyah beli aiskrim lagi, dah boleh buat sendiri, halalan toiyiban lagi..

Nak cuba, ini resepinya:
1biji putih telur
4 ke 5 sudu gula halus ( adjust kalau nak lagi manis yea )
1 sudu the ovalette
1 sudu essen vanilla
1 tin susu cair
perisa

Pukul putih telur bersama gula, hingga kembang putih. Masukkan ovalette, pukul lagi ( kelajuan sederhana ). Masukkan essen vanilla, perisa dan susu cair, pukul lagi, tingkatkan sedikit kelajuan. Pukul hingga cukup kembang. Bolehla disejukkan.

Untuk satu adunan ni bolehla dapat sebekas aiskrim. Semalam saya buat dua adunan, untuk dua perisa, coklat dan vanilla, kesukaan anak-anak.
Cuba jangan tak cuba, senang sangat, jimat, halal, cuma taklah sehalus aiskrim
yang kat kedai tu, yang vanilla tu, boleh taburkan coklat rice di dalamnya.

2 comments:

  1. saya juga dah mencuba . lbh baik buat sendiri . blh tambah perisa kegemaran kita dan lbh menjimatkan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah QV lagi advan ye, akk baru je belajar, tu yg baru cuba:)

      tenet masalah la QV, takleh nak BW ke blog kawan2, nak tinggal komen pun tak dapat.

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign