Asam Garam Kehidupan: RAMBUT...mahkota wanita

Nuffnang

Pages

22 May 2014

RAMBUT...mahkota wanita

" Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-steri orang Mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
 

                                                                                                                       Al-Ahzab: 29



Kelihatan ada yang berlari, ada yang tergesa-gesa. Masing-masing ingin pulang segera. Lalu kedengaranalah laungan dari mereka kepada sahabat-sahabat yang lain. Memberritahu telah turun kata-kata Allah untuk mereka. Isteri-isteri dan anak-anak perempuan pun diberitahu. Tanpa soal, tanpa ragu-ragu, dengan penuh rasa diri hamba, mereka ragut tabir-tabir dan tirai-tirai di rumah buat menutup diri. Begitu tinggi mereka meletakkan wahyu daripada Allah SWT itu.

Rambut, mahkota kebanggaan wanita. Dijaga rapi, diubah suai apabila tidak puas hati ( malah sekarang ni, muka atau apa saja bahagian tubuh yang dirasakan tidak memenuhi citarasa boleh diubahsuai sesuka hati ). Hingga ada yang mewarnakannya dengan berbagai warna, galamour, trend terkini kata mereka. Mereka bahagia mendapat perhatian ramai. Bahagia yang mengundang derita sebenarnya, kalaulah mereka mahu menyuluhnya dengan matahati..............

Setiap helaian rambut merupakan anugerah Allah. Membaluti kepala yang tentunya kelihatan hodoh andaikata ia tiada. Itulah keadilan dan kebaikan Allah. Sesuatu diletakkan kena pada tempatnya. Dan pasti setiap nikmat yang diberi, diminta jagai ia dengan sempurna mengikut syarat-syarat  yang telah ditentukan. syarat yang bukan saja untuk kebaikan diri di dunia bahkan untuk kebahagian yang kekal di Akhirat nanti.

Alangkah ayunya, betapa manis dan sopannya, betapa sejuk mata memandang, seorang gadis berjalan teratur penuh santun. Pandangan mata dijaga. Gerak lakunya dikawal sama. Kata-kata Allah lebih 1400 tahun dahulu dijadikan amalan hidup. Mujahadah baginya stu kemanisan. Kerana ia yakin nikmat Allah yang dijajnjikan adalah benar.

Maka lahirlah peribadi-peribadi seperti wanita di zaman Rasulullah. Bersabar dalam mengikut perintah Allah, bersungguh-sungguh meninggalkan apa yang dilarang, berjiwa tenag menerima ujian, redha dengan ketentuan Tuhan. Bukankah ini yang sudah tandus dari muka bumi Allah kini?

Oleh itu berlaku adillah pada diri. Supaya tidak dipersoal, mengapa tidak dijaga nikmat yang Kuberi? Mengapa ia disalahgunakan? Mengapa tidak digunakan akalmu untuk melawan nafsu dan syaitan?

Mampukah dijawab segala soalan? Mampukah diri menanggung segala macam seksaan? Nabi melihat perempuan-perempuan yang tergantung  dengan rambutnya dan mendidih otaknya. Apabila ditanya Baginda menjawab, " Perempuan-perempuan yang diseksa demikian adalah perempuan yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang haram memandangnya."

Alangkah sedihnya jika kita salah seorang  yang dilihat di dalam perjalanan malam Baginda bertemu kekasihnya, Rabbul Amin..........renunglah dengan matahatimu yang jernih...........


8 comments:

  1. As-Salam fren..
    Lama tak dropkan komen..akk hanya baca2 tajuk sahaja..Maaf yer..bukan tak mahu masuk rumah kamu lagi..Computer akk akan hang bila masuk kesini..terkdg hampir 15 minit baru ok..tak tahu mana silap...

    Semoga ALLAH mengampun kan segala dosa dan kelalaian akk sewaktu membiarkan rambut bertelanjang satu waktu dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak
      Saya minta maaf kak ye, saya pun tak tau apa silapnya, tapi sebenarnya blog akak pun ada problem camtu bila ada saya loading, kena tunggu agak lama...
      In Sya Allah, yang penting kena selalu memohon ampun dan menagih kasih-sayangNya.

      Delete
  2. thanks for the reminder and great piece of sharing kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya farah, moga ramai lagi yang sudi membaca dan mendapat manfaatnya, amin.

      Delete
  3. Harapnya kita semua boleh istiqomah dgn cara hidup kita Azie. Usia pun tak panjang mana. Dibuatnya Izrael jemput harapnya biarlah dgn keadaan muslimah yg menurut syariat. Kakak lagilah selalu berpesan pada anak-anak takut dgn environment masakini. Anak kakak pula semua anak dara... kena selalu di ingat-ingatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sya Allah kzakie

      Saya pun bimbang sangat tentang masa depan anak-anak, bukan soal hidup dunia, tapi dari segi pengamalan syariat, takut mereka terpengaruh, doa saya tak putus buat mereka..

      Delete
  4. jika kita inginkan syurga dan takut pada pembalasan ... maka lakukanlah .

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign