Asam Garam Kehidupan: Salam rindu, salam maal hijrah.

Nuffnang

Pages

21 Oct 2014

Salam rindu, salam maal hijrah.

Salam rindu buat kawan-kawan dan salam ukhwah juga buat sesiapa saja yang sudi singgah di sini, moga semuanya beroleh rahmat, kasih-sayang dan pengampunan Allah.

Maaflah lama menyepi...takde apa nak cerita.
.
Nak cerita sikit je. Malam ahad lepas, kami sekeluarga sempat ikut satu kuliah. Tentang kepentingan sembahyang malam. Banyak sangat sebenarnya kelebihan sembahyang malam, nak sebut sikit je, kalau tulis panjang-panjang nanti kot tersengguk pulak nak membacanya yea, hi hi..

Kalau kita ada masalah jalan penyelesaiannya cukup mudah, bangunlah buat sembahyang malam. Mengadu, merintih mohonlah pada Allah, In shaa Allah, kerana Dia suka kita  mengadu padaNya. Ada satu kisah Nabi Musa sakit gigi, lalu baginda bertanya lansung kepada Allah apa yang dapat digunakan untuk menyembuhkan sakit gigi baginda itu, Lalu Allah tunjukkan sejenis tumbuhan. Setelah digunakan, sembuhlah sakit gigi baginda. Suatu ketika lain baginda sakit gigi lagi, terus
saja diambil tumbuhan tersebut tanpa bertanya pada Allah lebih dahulu, tapi kali ini sakit giginya tidak sembuh. Lalu baginda bertanya pada Allah kenapa? Allah memberitahu Allah berlepas tangan kerana kali ini Baginda membuat keputusan sendiri tanpa bertanya pada Allah. Jadi kita ni, lagilah sepatutnya kena berserah pada Allah dalam segala hal.

Umar Zikri sempat komen ustaz..." ustaz ni kawan abah kan, suka buat lawak macam ustaz Kazim"  ( dia bisik kat saya ). Ustaz Haslin bollywood pun katanya kawan abah, pada dia ustaz yang pakai kopiah tu semuanya kawan abah, ha ha..

Sabtu ni kita semua akan sambut 1 muharram, bermulalah kelendar baru taqwim islam 1436H, salam maal hijrah buat semua.

Sal, nanti akak terjah blog Sal yea, In shaa Allah:-)

4 comments:

  1. Menyepi kakak ingat sebab misi utk berniaga tu dah berjalan lancar...
    Begitulah kita ni bila susah dan mengharap baru sibuk tiap malam bangun tahajjud (kakaklah tu)
    Patutnya kena istiqomahlah... (kena didik diri yg dah tua ni pun susah Azie).

    Moga tahun baru menjanjikan segala kebaikan.
    Islam tak diperlekeh dan boleh bersatu dlm menyuarakan hukum dan syariat.. tak mahulah dikatakan yg mughallazah jadi muhaffafah pulak.. sedih, takut, marah semua ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. larling dah bagi hint macam ok je, cuma tgh nak cari modal beli payung, beli meja etc dan saya pun tgh mengumpul kekuatan dalaman nih, waduh..waduh..
      saya tu nak kata istiqomah sangat tu tidak juga, masih berusaha sebab kita ni lebih banyak lalainya..

      In shaa Allah kak yea, moga hijrah baru ini menjanjikan segala kebaikan utk islam khususnya, moga islam kembali gemilang dan terbilang, aminnnnnn.

      Delete
  2. so true kak..thanks for sharing.bangun malam ni susah nak buat, tapi fadhilatnya besar..hehe.
    p/s:takpe, take your time.saya pun banyak entry autopubllish.gatal tangan nak tulis pasal isu anjing tu..hehe

    ReplyDelete
  3. akak pun dah tulis isu anjing tu, on de spot je datang idea bila bebudak tu serbu dan marah-marah pasal orang-orang bodoh yang pegang anjing tuh.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign