Asam Garam Kehidupan: Kejayaan tangani masalah.

Nuffnang

Pages

28 Feb 2015

Kejayaan tangani masalah.

Masalah ialah satu perkara yang mengganggu dan menyebabkan sesuatu urusan tidak berjalan seperti dikehendaki. Ia tidak menyeronokkan kerana bertentangan dengan kehendak kita.
Walaupun kita tidak mengkehendakinya, namun ditimpa masalah itu adalah sunnatullah, iaitu suatu ketetapan dari Allah yang tidak dapat diubah.

Dunia ini ibarat dewan peperiksaan. Masalah adalah kertas soalan. Bila dapat mnjawab dengan betul semua soalan di dewan ppeiksaan, seseorang dikira lulus. Kalau salah menjawabnya, maka dikira gagal. Dalam konteks hidup di dunia, berjaya menangani masalah bermakna syurga ganjarn di akhirat, gagal menangani bererti nerakalah padahnya.

Kejayaan diukur pada sejauh mana seseorang dapat mengekalkan rasa kehambaan dalam proses menangani masalah dalam hidupnya. Contoh rasa kehambaan ialah rasa syukur, redha, sabar, tawadhuk, tawakkal, pemurah, penyayang dan berlapang dada. Lawan rasa kehambaan ialah rasa ketuanan seperti tidak sabar, kecewa, sombong, bakhil, putus asa, pemarah dan keluh-kesah.
Dalam menangani masalah kewangan misalnya, memperolehi wang bukan bererti suatu kejayaan jika ia membuatkan seseorang lalai dan sombong. Apalagi kalau tidak memperolehi wang..jadi berkeluh-kesah dan terasa susahnya kehidupan.

Tetapi sekiranya dalam proses mendapatkan wang itu kita sentiasa sabar, tawakkal, berlapang dada dan redha dengan ujian Allah itu, maka kita dikira berjaya menangani masalah tersebut sekalipun tidak memperolehi wang itu akhirnya. Apalagi kalau kita memperolehi wang yang dihajatkan untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi. Tentulah itu lebih patut dikatakan suatu kejayaan.

5 langkah mengatasi masalah.
-*************************
1.  Kenal pasti masalah.
2.  Kenal pasti punca masalah.
3.  Cari jalan penyelesaian.
4.  Siapa yang boleh menyelesaikan masalah itu.
5.  Mencari hikmah di sebalik masalah.

1 comment:

  1. ujian tk ada duit tu hadiah dr Allah
    bila sabar mghadapinya..Allah akn ganti balik dgn tk di sangka2.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign