Asam Garam Kehidupan: Solat dhuha di Masjud Putra.

Nuffnang

Pages

2 Oct 2015

Solat dhuha di Masjud Putra.

Dalam keadaan jerebu yang agak teruk bacaan ipu 111, kami gagahkan juga bawak learning trip tadika ke Putra Jaya pada 30/9/15 rabu lepas. Awalnya dah plan nak pergi 17/9 aritu, terpaksa tangguh sebab jerebu juga. Tapi kali ni pegi jugalah sebab bebudak ni dah xcited sangat nak pegi, lagipun program tu dalam masjid, pastu ke muzium alam semulajadi pr15 pun dalam ba ngunan juga, jadi in shaa Allah tak mudharat.

Seronoklah bebudak tu. Yelah, asyik terperuk belajar kat tingkat atas. Nak main kat luar takde kawasan, nak bawak jenjalan ke kawasan jogging pun jerebu.

Terkilan juga tak dapat round-round sekitar luar masjid tu, selain Umar Zikri ada dua orang budak lain pun asma. Jadilah dapat round dalam masjid, dapat solat dhuha, Umar Zikri jadi imamnya,Alhamdulillah...sempatlah kagum Uncle Amin Tong yang jadi tour guide tu, dan sempat juga belajar beramal dengan sedekah masukkan duit dalam tabung masjid.

Kat luar bebudak ni jadi perhatian para pelancung pula, tapi lupalah nak snap gambarnya.

7 comments:

  1. Betul jugaa...kena la teruskan lawatan tu...nak tunggu jerebu clear entah bila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ, pakabar, lama menyepi tkde update crite2 terbaru, sibok bebeno yek, tq dtg sini.

      Delete
  2. Nama pun budak bila dah kata nak outing tetiba ditangguh-tangguh mesti ada yg tak lena tidur dan asyik bertanya.
    Bila dah dapat kan suka dan senyap. Cerita mereka sesama mereka pasti tak habis seminggu Azi. Seronok katakan:)
    Umar Zikri anak siapa pulak jgn tak tahu... mestilah mampu jadi imam. Alhamdulillah moga sampai bila-bila kan Azi. Harapan semua ibu-bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul aunty zakie, sampai mengigau2 sorang budak tu, bgn dari tidur petang amik bag kata nk nak naik bas, tergelak kami dibuatnya.
      Umar Zikri kat rumah nak jadi imam ibu, dan satu rakaat lipat sejadah, ha ha

      Delete
  3. solat sunat dhuha berjamaah...?

    http://darulilmi.org/2014/08/16/hukum-solat-sunat-secara-berjemaah-seperti-solat-hajat-duha-dan-tahajud/

    ReplyDelete
  4. Kalau mak pun tak sabo jugaj nak pergi lawatan tu NA, inikan lagi bebudak tu hihi....
    Wahhhh bagusnyaaa.....kecik kecik dah belajar solat Dhuha dan bersedekah....Tahniah NA

    ReplyDelete
  5. Bagus kecil2 telah diajar solat dhuha....

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign