Asam Garam Kehidupan: June 2015

Nuffnang

Pages

30 Jun 2015

Ramadhan duabelas.

Tiada apa yang istimewa atau luar biasa. Cuma bila dengar ceramah ustaz kazim tentang kelebihan bersedekah di bulan Ramadhan, memang kita semua tau pun kan, tapi ustaz kazim kata kenapa bagi duit raya masa raya? Kenapa tak bagi di bulan puasa duit tu...pahalanya berganda, ha'ah kan...betul3x kata ustaz, kalo macamtu saya nak bagi duit raya tu kat anak-anak tadika saya di bulan Ramadhan nilah, he he...dapat pahala berganda, hiiii....takdelah, yang penting semoga pahalanya sampai kepada Almarhumah ibu saya...apalagi kebaktian yang dapat saya buat tanda kasih yangtak pernah padam terhadap ibu yang terlalu besar jasanya kepada saya....

29 Jun 2015

Ramadhan sebelas.

Ahad...tak larat saya nak ikut sahur. Habis siapkan sahur diorang saya pengsan semula di sofa. Sedar-sedar lepas subuh saya tengok semuanya ikut pengsan bergelimpangan di lantai...

Tengahari pakat gotong-royong mengemas, mengvakum, cuci kipas.Kepenatan dan dahaga...eh! Korang puasa..mana boleh minum...

Petang. Ibu masak berbuka. Sorang sedang menggosok baju sekolah. Sorang lagi sedang buat homework. Si bongsu dengan mainannya. Abah turun..." Jom, bazar ramadhan" semua melompat. Ibu je takleh nak kate apa, tengah bersilat, berpeluh sakan kat dapur, tak dapat ikut..hu hu...bila ke depan..tu dia, buku, baju yang tengah digosok semua tinggal camtu je..sabo jelah..

28 Jun 2015

Ramadhan sepuluh.

Walaupun dapat ABC, tak mudah nak makan dan minum sebab rasa sayangkan 'rasa berpuasa' tu buatkan saya hanya ambil syarat sikit saja bagi elakkan macam betul- betul berpuasa. Semalam cari baju raya anak-anak, yalah...membahagiakan mereka itupun dah cukup memberi kami rasa bahagia. Kami punya...cukuplah apa yang ada. Baju lama pun tak jadi hal. Yang penting bersih, bukan baru. Itu yang nabi ajar. Betul tak?

Balik tu singgah pulak kedai runcit nak beli kelapa, tepung gandum faiza, kedai ni saya suka singgah, dekat je dengan tadika saya tu, kalau emergency takde barang, gas habis ke bole je hutang dulu, boss bayar kemudian. Sebelah kedai tu ada kedai lain, saya jarang ke situ. Jadi semalam lepas beli kelapa saya ke kedai sebelah nak cari sagu putih dan bawang besar sebab takde kat kedai tadi tu...jadi saya hulur duit rm2.70 sebab semuanya rm2.60 je, baru nak bukak mulut nak kata tak payah bagi baki seposen, tuan kedai tu cakap..." Ni baru rm2.40 ni"...haaaa...nasib baik takde orang lain, kalau tak malu den. Hi hi, letih dan lapar walaupun tak pose punya pasal duit emas rm0.20 saya tak perasan, saya ingatkan rm0.50...

Hari ni dah 11 ramadhan..hu hu...sedih, saya tau ramadhan saya belum terisi....

27 Jun 2015

Ramadhan sembilan.

Dah masuk fasa kedua ramadhan nampaknya. Alhamdulillah...moga semua amalan kita makin mendekatkan diri kita kepada yang Maha Esa.

Rupanya Ramadhan membawa hadiah yang terlalu banyaknya, mahal-mahal dan besar-besar dari Tuhan..buat orang-orang bertaqwa antaranya:
1.  Hadiah keampunan.
2.  Hadiah keredhaan.
3.  Hadiah kasih-sayang.
4.  Hadiah rahmat.
5.  Hadiah berkat dunia Akhirat
6.  Hadiah pahala berganda.
7.  Hadiah Lailatul Qadr.
8.  Hadiah syurga Tuhan yang kekal abadi.

Dan Ramadhan sebenarnya bertukar-tukar hadiah antara hamba dengan Tuhan...ibarat di antara dua pihak saling memberi hadiah. Hadiah dari Tuhan adalah mahal nisbah hamba. Hadiah dari hamba adalah mahal juga untuk Tuhan.

Siapa yang dapat menghadiahkan sesuatu yang mahal kepada Tuhan maka dapatlah hadiah dari Tuhan yang juga sangat mahal. Tidak semua hadiah hamba dibalas hadiah oleh Tuhan...hadiah yang mahal sahaja mendapat balasan hadiah oleh Tuhan...
(In shaa Allah bersambung)

26 Jun 2015

Ramadhan lapan.

Sedar tak sedar hari ni dah 9 hari kita berpuasa. Cepat masa berlalu, tak terasa...tau-tau dah tua, tau-tau dah sakit
dan eh! dengar-dengar dah meninggal. Begitulah singkatnya masa hidup di dunia. Kalau tak bersedia, taulah nasib kita di sana...

Semalam Ramadhanku tiada yang istimewa. Aku yang tak pandai mengisi Ramadhanku, akulah yang rugi..

~~Anugerahkan sedikit rasa cinta padaMu~~
Anugerahkanlah sedikit rasa cintaku padaMu Tuhan..
Agar aku tidak mencintai selainMu..
Supaya segala yang ada kukorbankan untukMu..
Atau berilah aku sedikit rasa takut padaMu Tuhan..
Agar aku boleh mengawal diriku...
Patuh pada suruhanMu..
Menjauhi laranganMu...
Hidupkanlah jiwaku dengan mengingatiMu...
Bangunkanlah jiwaku dengan rasa takut padaMu...
Agar rasa kehambaan subur di jiwaku..
Tuhan, bila rasa cinta dan takut padaMu memenuhi jiwaku..
Inilah yang menyelamatkanku..
Kalau tidak kerana rasa-rasa itu..
Sudah tentu aku lalai selalu..
Aku lupa suruhan dan laranganMu setiap waktu...
Nafsulah yang mempengaruhi..
Syaitanlah yang akan menipudayaku...

25 Jun 2015

Ramadhan tujuh.

Malam tadi dan malam sebelumnya saya dan suami berbincang tentang tempat nak balik raya. Awal lagi? Ha ah kan. Tapi benda ni timbul sebab anak-anak dah mula bertanya. Saya tak kisah pun nak balik mana. Kampung suami kat Rembau ke atau kampung arwah ma kat Terengganu. No hal.
Cuma sejak ma takde tahun 2011 dan mak mentua pun tak berapa sihat sekarang ni, raya tu tak jadi hal pada kami, cuma anak-anakla.

Balik Rembau memang seronok buat anak-anak sebab meriah dengan ramainya sepupu sebaya. Kalo di Terengganu cuma ada anak cik lie yang paling besar pun baru darjah dua. Tapi nak balik Rembau suami bimbang naik darah mak mentua dengan ramai dan bisingnya bila dah terkumpul ramai tu.

Ada satu lagi pilihan. Balik raya rumah abah dan makcik di Pahang. Hu hu...ini lagi tak best, sebab tak biasa, tak kenal, tak rapat lansung...

Aduhaiii....kesian engkorang ya anak-anak...

Tak pun kita raya kat BCH jelah, raya dengan kengkawan jemaah, ermmmm...abah pulak malu sebab dah lama tak tunjuk muka kat kawan-kawan jemaah..
Hu hu hu...

~~Tanda ibadah tidak berkesan.~~
Ketentuan dan takdir Allah kita tidak suka.
UjianNya kita benci menerimanya.
Masa depan kita bimbang sahaja.
Dapat nikmat bertambah tamaknya.
Bila dinasihati dimarahi pula.
Ketika memberi mengaku ikhlas.
Inilah antara tandanya
Ibadah tidak memberi kesan
Kerana ibadah itu tiada rohnya.
Lalu apa yang hendak
Dipersembahkan kepada Tuhan..?

24 Jun 2015

Ramadhan enam.

Kerana seekor lipas, ruih-rendah, huru-hara, kecoh satu bilik dengan suara menjerit dan berlari tak tentu arah, sampai mak buyung yang awalnya begitu tak larat tiba-tiba boleh melompat tak hengat yang dia tu tengah mengandung....itulah cerita di tadika semalam sedang nak tidurkan bebudak ni.

Dari Abdullah ibn Mas'ud:
Empat perkara yang menggelapkan hati.
1. Makan yang terlalu kenyang.

2. Berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat.

3. Tidak menginsafi dosa-dosa yang lalu.

4. Panjang angan-angan ( seolah-olah tiada kematian baginya ).

23 Jun 2015

Ramadhan lima.

Ramadhan ku biasa saje semalam. Maklum saja aku pun orang awam, orang biasa... bukan orang soleh yang mampu berpuasa hati dan rohnya, yang berpuasa kerana mencari Tuhannya, bukan kerana mengejar fadhilat semata.
Aku berpuasa semata-mata kerana menunaikan Rukun Islam, aku belum mampu memperhambakan diri sepenuhnya kepada Tuhanku. Kerana itu akhlakku masih tidak berubah, mazmumah masih beraja di hati. Sungguh aku sedih sebenarnya. Ramadhanku berlalu begitu saja, seperti tahun-tahun sebelumnya.
Aku tahu tujuan ibadah itu adalah untuk mencari Tuhanku...bukan kerana mengejar syurga atau fadhilat yang dijanjikan. Kerana mencari syurga atau fadhilat itu ertinya aku cuma memperbesarkan nikmat Tuhanku, sedangkan sepatutnya aku hanya membesarkan Tuhanku, soal fadhilat atau ganjaran tu adalah hak Tuhanku. Aku tahu kalau aku mengejar fadhilat semata, samalah aku dengan anak kecil yang dijanjikan hadiah wang jika berpuasa penuh.
Sepatutnya aku mencari Tuhanku kerana jika mencari Tuhanku, dan aku mendapat Tuhanku, syurga dan fadhilatNya kudapat sama...jika aku beribadah kerana mengejar ganjaran yang dijanjikan belum tentu aku dapat...apatah lagi mendapat Tuhanku...

Jadi apa yang aku dapat....?

22 Jun 2015

Ramadhan empat.

Ingat kakak malu nak bawak 'sia' ni, yelah..kotlah macam kampung sangat, ishhh...tak sangka melompat xcited dia nampak sia. Ni arwah ma punya. Saya ada yang ni dan satu lagi yang besar sikit tu, agaknya umur dia pun dah 30 tahun, tapi masih cantik, tak berkarat pun.

So dapatlah kakak bawak bekal balik kolej, nak ajak kawan-kawan sekali berbuka rasa air tangan mak dia...

Tapi sampai Gambang pun dah kul 7 petang, naik prebet sapu, berbuka puasa dalam prebet sapulah jawabnya. Adalah juga baki untuk share dengan kawan dan bersahur subuh tadi...

RahmatMu yang kupinta.
Aku sembahkan amal ibadahku
Walau ku tau ia tak sempurna
Banyak cacat celanya
Dengan rahmatMu kuharap Engkau menerimanya..
Dan dosaku terlalu menggunung
Dengan rahmatMu kumohon
Engkau mengampuniku...
RahmatMu amat penting
Amat berharga..
Kalau dengan rahmatMu Engkau beri kepada sesiapa pun jua..
Amal ibadah Engkau terima...
Dosa-dosa Engkau ampunkan..
Maka rahmatMu kupinta selalu..
Ia amat mahal bagiku..
Berilah rahmatMu kepadaku..
Agar..
Selamat dunia Akhiratku...

Dari hambaMu yang selalu menzalimi diri sendiri...

20 Jun 2015

Ramadhan tiga.

Kakak nak beli laptop. Semalam naik bas pukul 6 petang dari Kuantan. Turun kat Pekeliling. Abah berbuka puasa di Masjid Negara. Malas nak ulang-alik. Tunggu-tunggu sampai pukul 12 malam tak sampai lagi. Abah kata pukul 1 malam baru sampai rumah. Saya dah di alam mimpi.

Al kisah beras habis. Saya tak perasan. Nak masak berbuka semalam baru sedar. Subuh puasa ketiga tadi kami bersahur dengan cekodok jer...

Kesian anak-anak. Pukul 11 pagi dah pedih perut lapar. Umar Zikri takdelah puasa hari ni. Tapi excited dapat berjalan ke The Mines ikut abah cari laptop kakak lapar pun tak jadi hal.

Hari ni kakak minta ibu masak kari daging, ikan masak kicap dan sayur campur. Bubur jagung pun sempatlah buat, pencuci mulut kata orang yea. Abah balik terawih suka makan kuih, pencuci mulut camtu. Kalo ibu dah cukup dengan makan nasi masa berbuka tu, kalau nak rasa pun cukup semulut dua je. Seronok tengok kakak bertambah-tambah dua tiga kali. Makanlah kakak. Kat kolej kadang berbuka dengan telur mata kerbau jer..kesian..

Malam ni nak masak sambal bilis campur kacang dan tempe, masak kering-kering buat bekal kakak. Tahanlah dua tiga hari kot. Esok kakak naik bas pukul 2.30 petang. Ada kawan kakak, anak tunggal. Tinggal dekat-dekat je dengan rumah kami, berambil-berantar..ibu abah tak mampu buat camtu kakak. Takpelah kakak, bersusah-susah sikit. Berdikari.

.".....Hu hu...bilalah agaknya aku dapat ikut cara berbuka puasa macam Rasulullah...makan tamar dan minum air, terus solat maghrib dulu. Sedari aku mula belajar berpuasa, dewasa hinggalah berkawen pun, di rumah keluarga mentua pun bila berbuka mesti terus makan berat..
Suami pun memang jenis terus nak makan nasi berlauk bila berbuka. Bagi aku pula, selesai berbuka  terus solat maghrib tunggu isya' dan terawih sekali. Dah takde nak fikir makan-makan lagi dah. Itu yang mudah bagi aku.
Tapi aku tau cara aku tu salah. Entah bila aku dapat ikut cara betul yang Rasulullah ajar tu...sedih juga ni.."

19 Jun 2015

Ramadan kedua.

Ermmmm...betul ke nanas ni yang orang guna untuk buat masak gulai nanas ikan kering tu? Aah..hantam sajalah, janji ada nanas. Al kisahnya semalam tengah masak juadah berbuka puasa tercium aroma yang tak menahan ni. Jadi hari ni cadangnya nak masak tulah.

Mari hayati madah ini.

ApabilaTuhan memanggil, kamu tidak datang, kamu sebenarnya derhaka dengan Tuhan. Apabila Tuhan memanggil kamu lewat datang, kamu sebenarnya tidak membesarkan Tuhan. Apabila Tuhan memanggil kamu terus datang, kamu sebenarnya menyamakan Tuhan dengan tuanmu di pejabat. Apabila Tuhan memanggil, kamu sudah menunggu lebih awal, bermakna kamu membesarkan Tuhan. Inilah hamba Allah yang sebenarnya.

Sentap tak?

18 Jun 2015

Ramadhan pertama.

Di tadika...hai...kecik- kecik dah pandai nak bercinta. Si Qaleef 4 tahun suka kat Batrisyia 5 tahun, tapi si Batrisyia suka kat Rayyan, tak suka kat Qaleef, sebab Qaleef tak hensem, si Rayyan pulak bila dibagi tahu dengan isyarat tangan dia menjawab, matang plak tu..." Saya taknak sape-sape ye, saya tak suka kat sape- sape pun." Membuatkan kami tergelak besar, tak tahan geli hati.
Si Batrisyia plak bila ditanya kenapa tak suka Qaleef, tak hensem ke, dia menjawab dengan menjuihkan mulutnya.
Si Qaleef plak bila dengar camtu dengan berdiri tegak sambil menyelat rambut dua tiga kali dengan jari..." Ni tak hensem lagi ke ni?" Membuatkan kami makin gelak besar.
Hai lah bebudak ni, sapelah yang ngajo nya tu, pak kal je korang budak kecik lagi, kalau tak, taula tecer nak buat ape..
Umar Zikri bangun sahur, Alhamdulillah taklah susah nak suruh dia makan awal pagi camtu. Kat tadika aktif semacam gak. Penat main agaknya, dah terbiasa kalo dahaga minum air, dia ke dapur nak minum, " Nak ke mane tu?" Kena jerkah ngan tecer su, " Nak minum."  Jawabnya. " kan puasa, mane bole minum." Dia terus ke depan termalu-malu.
Kat rumah, tak larat agaknya dia tidur dari kul 2 sampai 5.30. Bangun je terus minta nak buka puasa. Muka dah layu semacam je. Oklah, ibu bagi izin makan biskut dan minum sikit dengan syarat sambung balik puasa lepas tu.
Lepas buka puasa hari ni terus semangat nak puasa lagi esok.

17 Jun 2015

Penipuan kepada para abid.

Di antara tertipunya ahli ibadah di akhir zaman..
Di bulan Ramadhan waktu berbuka. ..
Diadakan pesta makanan dan minuman..
Tidak dipentibgkan segera sembahyang..
Bersembahyang di dalam keadaan perut terlalu kenyang..
Sembahyang terawih riuh-rendah secara lahirnya..
Secara batinnya tidak ada rasa kehambaan...
Yang dikejar fadhilat bukan Tuhan...
Yang hafiz Al Quran dikomersialkan bacaannya..
Yang menjadi imam dikenakan bayaran..
Di waktu senggang berbual kosong hal keduniaan semata...
Sepatutnya...
Bulan Ramadhan..bulan ibadah..
Dapat melahirkan tawadhuk, kesedaran dan keinsafan..
Sepatutnya...
Di bulan ini  banyak menangis kesedihan...
Banyak buat kebaikan dan pengorbanan...
Banyak mengingati Tuhan...
Berpuasa lahir batin...
Tapi...
Sungguh sedih...
Fungsi bulan Ramadhan sudah dirosakkan...
Dimeriahkan oleh nafsu
Bukan kerana Tuhan..
Apakah dapat maghfirah dari Tuhan...
Dapatkah pahala digandakan....
Jangan-jangan dapat laknat Tuhan...

15 Jun 2015

Rutin bermula semula.

Cuti sekolah 2 minggu, ermmm...rileks sungguh, eshhh...saya kerja, tak cuti..ada je budak day care, tapi tak ramai, tak sampai 10 orang pun. So saya lebih banyak buat kerja saya, menceriakan suasana tadika. Alhamdulillah lukisan yang dah tertangguh 3 bulan tu akhirrrnya...akhirnya berjaya saya siapkan dengan beberapa lukisan lain, uk aloh...macamla banyak sangat, ngehh..

Hari ni cam biasa bangun kul 4 pagi juga, tahajud yang tak khusyuk serakaat dua, turun siapkan apa patut, azan je terus solat, tak sempat nak berlama-lama di sejadah, dalam kul 5.55 terus hantar dua orang anak ke rumah pengasuh. Hermmm...kesian korang yea, tapi inilah tuntutan hidup, tambah lagi, ibu rasa ibu kena bantu abah topap belanja belajar kakak, kurang-kurang kakak perlu rm500 untuk keperluan belajar dia, itupun rasanya tak cukup selagi belum dapat elaun belajar tu, yang katanya tahun depan baru dapat. Inilah pengorbanan kita sekeluarga bagi kelansungan hidup seterusnya.
Semoga ada nilai ibadah di sisi Dia...

Cuti sekolah kul 6.30 baru keluar rumah. Jalan raya lengang je. Ni keluar kul 6 kereta dah berderet. Kesian abah nak menempoh jam, pin..pon sana- sini. Sampai pejabat dah 7.30 terus masuk kerja. Balik kul 4.30 pun kena tempoh jam jugak terutama kat pekan Semenyih tu, aduihhh...lenguh lutut tekan clutch, suh tukar kete auto ( sebab ibu pun nak try bawak, ki ki ) abah kata tak pikap, ala bah....yang sebenarnya nak save minyak kan, macamlah ibu tak tau..

Ni sementara menunggu bebudak tadika sampai, sempatlah update kat tepon je, jadilah daripada takde, kot ada yang tertunggu- tunggu nak baca saya merapu, ha ha ha..

Nak ambik kesempatan juga ni, nak ucapkan selamat meraikan Ramadhan Al Mubarak, semalam sempatlah kemas, hias rumah sikit-sikit. Sunat tau nak sambut Ramadhan. Orang kita ni terbalik, kalau nak raya time tulah hias rumah bagai nak rak, sepatutnya nak sambut Ramadhan la kita hias rumah sebab banyak sangat keberkatan yang Allah nak beri masuk ke rumah kita di bulan yang mulia ni. So...jom kita pakat tukar tradisi ni, moga makin seronok kita nak sambut Ramadhan yang dirindui.

Opss...kena berenti dulu, dah ting-tong loceng tanda ada budak dah sampai..so...ilal liqa'...maas salamah...

11 Jun 2015

Belajar melalui rasa hati.

Kalau jiwa kita hidup, hati kita sentiasa dijaga...in shaa Allah kita boleh belajar melalui rasa hati. Rasa hati itulah yang dikatakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan kepada setiap manusia tak kiralah Islam atau tidak. Cuma jika di kalangan ummat Islam itu, Islam itu akan menguatkan dan jika kita pandai menyuburkan, ia akan tumbuh menjadi subur dan ramai yang dapat menumpang teduhnya.

Ada beberapa contoh untuk lebih mudah difahami, seperti ini...setiap dari jiwa manusia ingin disayangi, sepatutnya tentulah dia akan menyayangi manusia lain.
Kita suka kalau orang pemurah dengan kita, ini sepatutnya menyedarkan kita bahawa kita juga patut jadi pemurah.
Kita suka bila dalam keadaan susah ada orang yang sudi menolong, perasaan itu sepatutnya mengajar kita supaya kita sepatutnya menolong orang lain yang dalam kesusahan kerana kehidupan manusia itu sama saja.

Kita suka diberi kemaafan,, adakah kita juga suka memberi kemaafan kerana perasaan manusia itu sama. Setiap insan suka diberi keadilan, jadi sepatutnya setiap  orang patut menegakkan keadilan kepada manusia. Kita tidak suka difitnah, dizalimi apatah lagi disusahkan, kalau begitu kita tidak boleh memfitnah, menzalimi dan menyusahkan orang lain.

Tapi realiti di dalam kehidupan manusia tidak begitu. Ramai yang hanya suka kalau dia diberi kasih-sayang, diberi pertolongan, diberi perhatian, dibantu, diberi keadilan...tetapi sayangnya dia sendiri tidak mahu melakukannya.
Dia tidak suka diganggu, difitnah, dizalimi apalagi disusahkan, tapi dia suka menimpakan kesusahan kepada orang lain....

Mengapa? Mengapa jadi begini?
Kerana jiwa  manusia sudah buta dan terlalu mementingkan diri.

10 Jun 2015

Cara halus.

Berbagai cara digunakan untuk merosakkan aqidah ummat islam samada secara terang-terangan mahupun secara halus.
Jadi kita sebagai saudara sesama islam wajib saling memerhati, menegur dan saling membela agar Islam terus dijunjung dan dimuliakan.
Berhati- hatilah saudaraku semuanya...

9 Jun 2015

Akibat bercinta sebelum kahwin.

Nafsu sungguh jahat, syaitan sungguh menipu.
Di akhir zaman ini ramai orang berkahwin
Berkenal-kenalan dan bercinta-cinta lebih dahulu
Sebelum berkahwin, di waktu bercinta
Semuanya indah-indah belaka.
Tidak ada yang susah, tidak ada masalah
Semuanya baik walaupun jelek
Sekalipun menyusahkan, tapi indah.
Di masa itu kentutnya pun wangi.
Peluhnya harum mengalahkan atar.
Tapi setelah berkahwin tidak sampai setahun.
Tiga bulan sahaja, yang dahulu bukan masalah sekarang jadi masalah..
Dahulu yang busuk berbau harum,
Sekarang yang harum menjadi busuk..
Sekalipun haruman jenama termahal,
Baunya cukup menyakitkan.
Dahulu yang diminta sekali susah,
Tidak menjadi masalah..
Sekarang benda mudah yang menjadi kewajiban pun
Dianggap satu masalah..
Dahulu cinta itu dirasakan sampai ke sudah..
Rupanya belum pun separuh jalan sudah punah ranah
Dahulu yang jahat pun dianggap baik..
Sekarang yang baik pun dianggap jahat..
Betapalah yang jahat,
Terasa berpuluh-puluh kali jahat dan menyusahkan...
Perang mulut pun terjadi
Masing-masing menunjukkan sikap bermusuhan..
Kadang-kadang tidur pun berasingan..
Atau saling memberi belakang,
Dahulu marahnya pun indah..
Sekarang senyumnya pun pahit macam jadam,
Masing-masing bawa diri
Izin- mengizin sudah tiada lagi..
Makin bertemu makin berseteru.
Makin berjumpa makin benci-membenci..
Seterusnya apa yang terjadi..
Jalan akhirnya tok kadhi..
Minta cerai katanya jodoh hanya sampai di sini..

Begitulah kesan cinta dahulu sebelum kahwin..
Indah dan manisnya sudah habis.
Sesudah kahwin tinggal saki-baki yang kian terhakis..

8 Jun 2015

Tanda hati telah mati.

Jika melihat kesusahan orang
Mungkin sakit atau miskin papa
Hati tidak tersentuh, jiwa tidak simpati
Menunjukkan jiwa orang itu telah buta.

Kalau melihat orang lain mendapat bala
Jiwa orang itu tidak derita
Melihat biasa sahaja
Tidak terasa apa-apa pada jiwa
Menunjukkan peri kemanusiaannya sudah punah.

Sekiranya melihat gunung, laut, pemandangan yang indah..
Hanya terpesona dengan pandangan itu sahaja.
Tidak terasa kehebatan dan kebesaran Allah..
Menunjukkan jiwa orang itu telah mati.

Orang yang hatinya buta atau mati
Kemanusiaannya sudah punah
Ditunjuk ajar dia marah, diingatkan dia sakit hati.
Kalau dia ada kuasa, dia akan bertindak ganas.

~~mursyid~~.

4 Jun 2015

Diari kasihku..

Tiap-tiap hari kakak menelefon. Bila adik-adik berpeluang bercakap dengan kakak guna loud speaker sembang reramai 3 lawan 1 macam-macamla keluar..." Kakak, bila nak balik, kakak, semalam Ibi nangis rindu kakak, kakak dah makan ke belum, kakak makan apa? Kakak belajar apa..?"
Terhibur, sayu, gelihati, pilu dalam hati saya, bercampur- baur. Baru beberapa hari kakak pegi, adik-adik dah rindu, ibu pun balik keje selalu ada kakak sambut, sekarang ni sunyilah terasa, kosong je rumah kita.
Ermmm..mak orang lain pun mesti rasa cam ibu, tak kisahlah..inikan catatan kenangan ibu, satu hari bila ibu tua nanti, bila ibu dah takde nanti, mesti catatan ibu ni jadi berharga untuk anak-anak ibu..kan?
Kadangkan ibu rasa cepat sungguh masa berlalu, sedar-sedar korang dah besar, dah pegi belajar jauh tinggalkan ibu, sedar-sedar nanti kakak dah nak keje, nak kawen, dan ibu pun sedar tak sedar dah jadi nenek..alamak..jauhnya ibu berimaginasi, eh! betul apa. Itu kan sunnatullah..
Cuma ibu tak tau samada ibu sempat atau tidak merasai dan meraikan hari-hari bahagia anak-anak ibu semuanya. Tapi ibu memang mengharapkan Allah yang Maha Baik sentiasa merahmati dan meredhai anak-anak ibu dunia Akhirat. Ibu ngeri teramat bila melihat kerosakan dan kebejatan remaja hari ni, takut sesangat, nauzubillah...jauhkan anak-anakku semuanya dari kesesatan dan kemurkaanMu ya Allah.
Untuk anak ibu Muhammad Danish, bila kau nak berubah nak? Mungkin kaulah anak ibu yang Allah hantar sebagai ujian kepada ibu. Ibu sedih, dan tak tau macamana nak 'mendekati' mu. Ibu rasa ibu yang salah sebab kurang bijak berdiplomasi denganmu. Ibu tak bijak memahamimu.
Ya Allah, jangan Kau biarkan aku menjadi putus asa dengan anakku yang seorang ini, berikan daku jalan, kurniakan kepada kekuatan dan ketabahan untuk terus mendidiknya kerana aku tau dia anakku yang akan Kau persoalkan di sana nanti,
aku takut ya Allah...

Ibu tau semua yang bergelar ibubapa sentiasa diuji. Bertabahlah duhai hati..Allah kan ada...

3 Jun 2015

KNor, kzakie, kak noor pun tak tau ni..

Haa...nilah lauk yang dah diiktiraf sebagai salah satu warisan nasional Malaysia tau...gulai rom namanya. Hanya boleh dijumpai di negeri Pahang, tu pun belah-belah ulu je.
Gulai rom..rom tu nak tau buat daripada apa? Buah getah!
Ha! Buah getah? Boleh makan ke, tak mabuk ke? Akak sure DZ tak berani makan!
Biji getah tu kena pecahkan, amik isinya, keringkan bawah cahaya matahari yang betul-betul panas, dua tiga hari jugalah. Pas kering betul-betul tumbuk sampai hancur macam kacang tanah nak buat kuah kacang tu. Pastu simpan dalam bekas kaca..orang pahang panggil molo. Ala..macam bekas plastik isi kuih raya tu. Mesti kena simpan dalam molo. Bila nak masak ambik segenggam, dua ramas kuat-kuat sampai keluar minyak. Minyak tu kalau tak buang nanti gulai jadi pahit.

Okkeee...nak masaknya kena tambah apa? Senang sesangat..pucuk paku, ikan sungai( kalau takde ikan bilis pun boleh, ikan sungai tu macam anak lampam ke, anak tereboi ke, tak tau ekk?), cili api, nak sedap lagi kalo ada terung manggoi( cer perati dalam gambar tu, yang bulat kecik-kecik tu, tulah terung manggoi, Ooo..terung pipit kan), nak tambah sedap lagi kalo ada ubi keledek, ermmm...tu aje...tak perlu nak bawang, halia, serai bagai..haa..cili api tumbuk, hancurkan rom tu, tambah air, masukkan jelah semua yang lain tu. Jerang jelah atas api, tunggu mendidih...siappp. Jangan lupa garam..takdo garam masak apo pun tak jadi kan..
Ni kalo sheila rosli tau ni mau dia cari saya masuk rancangan ketuk-ketuk Ramadhan ni, menangih ambe nok balik ulu pahang sane cari asam rom ni, mane ada kat tengah Key ell nih!
Tapi yang sadisnya saya pun dah tak berapa pandai nak makan lauk ni. Dulu masa kecik- kecik duduk kat ulu pahang tu bolehla gak makan, sekarang tekak dah takleh terima dah, eksyen dah jadi orang key ell lah tu...
Ni saya share gambar dari gruop wassap Cucu Tokki Salleh, lauk ni ada masa family gath 31/5 yang lepas.
Ermmm....rezeki Allah tu bermacam-macam kan, jom kita pakat-pakat bersyukur yea.

2 Jun 2015

Akupun belum bersedia...

Perhatikan sehelai daun kuning yang jatuh, melayang perlahan jatuh ke bumi...terdampar, dipijak, dihenyak, disepak...tanpa perasan mahupun perasaan..atau jatuh ke dasar longkang, adakah yang sudi mengutipnya, kemudian diletak penuh sopan ke perdu pohonannya, ku aju pertanyaan sekali lagi kepadamu, adakah yang sudi mengutipnya...?
Tapi sekurangnya daun kering itu semasa hayat hijaunya dia tak pernah melupakan tasbih kepada Sang Penciptanya....
Dan sang daun kering itu masih bernilai sebagai baja di penghujung riwayatnya...

Sedang kita, yang berjasad segar, wangi, mahupun sudah kerepot dimamah usia...masihkah bernilai bila terdampar layu tanpa nyawa?
Ermmm...sekurangnya masih ada yang menangisi, benar...tapi untuk berapa lama? Setahun, dua tahun..sepuluh tahun, sekadar itu sajalah...tangisan, kerinduan bakal surut ditelan waktu.....

Jadi apakah yang menjadi nilai sekujur jasad yang layu tanpa nyawa....
Yang selamat hanyalah yang pulang dengan membawa sekeping hati dipenuhi rasa takut Allah...rindu nabi.
Yang selamat hanyalah yang pulang membawa penuh amal ikhlas.
Yang selamat hanyalah yang pulang dengan membawa redha di atas setiap ketentuanNya..
Yang selamat itu hanyalah yang pulang dengan cukup persediaan..
Lalu mari kita tanya ke dalam hati kita, sudah adakah itu semua jika dijemput pulang masa dan ketika ini...?
Terus-terang, aku juga belum cukup persediaan untuk pulang...
Lalu mahu kutangisi kebodohanku...
Jadi bagaimana mahu kuyakini keselamatanku...?

1 Jun 2015

Hadiah manis dari Allah.

Allah yang Maha Baik telah memberikan hadiah yang sangat manis buatku semalam. Tarikh ini penuh kenangan...31 mei 2015 bersamaan ahad 13 shaaban 1436H.
Mungkin juga hadiah yang tak ternilai ulang tahun ke 18 kakak. Kakak dok sebut selalu nak belajar di UIA, nak belajar Bahasa Arab, itu hadiah dari Allah atas usaha keras kakak selama ni.
Ibu cuma dapat hadiahkan sebuah toester yang tak seberapa harganya supaya kakak boleh berjimat sikit, al maklum makan semua berbeli, bukan macam zaman sekolah asrama lagi.

Semalam juga, seusai pendaftaran kakak, seusai sesi berpesan-pesan pada kakak, kami tinggalkan dia untuk sebuah lagi sejarah dalam hidup kami. Pertemuan penuh emosi katanya, penuh air mata...
Kami ketinggalan sesi tu...al maklum dari Gambang, Kuantan ke Jerantut makan masa lebih kurang 3 jam. Sampai je kat Dewan Majlis Bandaran Jerantut tu diorang dah selesai makan.
Opss..belum cerita lagi ye pertemuan apa? Pertemuan keluarga besar anak cucu kaum kerabat sepupu sepapat Hj Salleh bin Abdullah atau nama cinanya Lam Koi. Ada antara kami tak pernah berjumpa sejak lahir hinggalah dah tua ni, dah masuk usia emas ni..hi hi..Ada yang masih muda boleh pangkat anak tapi tetaplah diorang kena panggil kami abang atau kakak sebab pangkat sepupu..
Terimakasih sesangat buat abang sepupuku yang sangat berusaha mengatur pertemuan ini..abang long Rostam, adik-adikku Muni, Nisa yang bertungkus lumus masak gulai rom, sambal hitam, gulai tempoyak patin...tu semua lauk pauk nostalgia tu.

In shaa Allah, moga Allah yang Maha Baik membuatkan kita bertemu lagi di masa akan datang..

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign