Asam Garam Kehidupan: Macamana supaya tak pecah santan.

Nuffnang

Pages

17 Oct 2016

Macamana supaya tak pecah santan.

Petua ni jumpa secara tak sengaja tau korang. Biasa kalau masak guna santan tu, kenalah berjaga-jaga supaya tak pecah santan. Tak sedap, tak selera tengok lauk yang pecah santan kan. Kalau anak dara atau tunang orang tu kan main lagi berjaga-jaga apalagi kalau nak masakkan untuk orang tersayang. Ishhhh...ada ke lagi orang buat camni, sekarang orang order-order je, tak pun masak ala-ala western je kan, simple.

Saya simpan kepala parut dah siap campur air sebab tak jadi masak satu hari tu. Bila nak masak dah jadi ais la. Nak cepat saya panaskan atas api sampai cair aisnya. Panaskan betul-betul sebab nak cepat. Mendidih tekau. Bila nak blend campurkan dengan air sejuk sebab nak kasi suam.

Siap blend, perah santannya, masuk bawang, cili besar, ikan bilis. Hidupkan api. Kuat plak tu apinya. Kes nak cepat siap masakla kan. Tetiba perut memulas, meluru masuk tandas, api tak sempat nak kecikkan.

Mendidih cam kawah gunung berapi kot, haha..
habislah pecah santan aku!!
Cepat-cepat padamkan api..
Aiksss, lepas beberapa ketika, cheh..saya
tengok elok plak takde santan berketul-ketul, tak
pecah santan senang cerita kekdahnya.
Haa tengok kalau tak percaya, ni dah sejuk
tunggu nak makan je, elok je kan. Tapi, kalau korang try tak jadi tak tau la. Ni santannya tak cair tak pekat sangat.
Saya try buat dua tiga kali, panaskan balik sampai mendidih, tutup api, panaskan lagi, tutup semula, tapi still okla, tak pecah santannya.

Lauk simple saya malam tadi, ikan goreng, masak lemak putih kubis dan sambal kicap. Kalau hari minggu je baru boleh masak spesel sikit. Hari kerja ni mana yang sempat jelah. 

11 comments:

  1. Bukankh masak dengan santan biar hingga pecah lemak ka?

    :-)

    ReplyDelete
  2. Bukankh masak dengan santan biar hingga pecah lemak ka?

    :-)

    ReplyDelete
  3. Takmo pecah santan, tu yang berketul2 tu, tak cantik

    ReplyDelete
  4. Takmo pecah santan, tu yang berketul2 tu, tak cantik

    ReplyDelete
  5. Santan kelapa biasa tu ek....Agaknya sebab nasib ko baik mak hari tu haha ...

    Tu kalau tambah ikan masin, sedapnya mak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla mak, aku tak suka santan kotak, tak best.
      Kelapa biasa tu aku boleh guna 3 kali tau, sebiji kelapa÷ 3, haha, jimat tak jimat, sbb kami ni terutama laki aku tak suka mkn lauk bersantan

      Delete
    2. Entahla mak, aku tak suka santan kotak, tak best.
      Kelapa biasa tu aku boleh guna 3 kali tau, sebiji kelapa÷ 3, haha, jimat tak jimat, sbb kami ni terutama laki aku tak suka mkn lauk bersantan

      Delete
  6. sedap aih lauk simple macam tu kak...

    betul kak asal masak yang bersantan mesti darah gemuruh saya ni kak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer try mcm akk buat tu mane tau jadi, hihi

      Delete
  7. Kaalu x sakit perut tu mesti dh pecah santan kan 😜

    ReplyDelete
  8. Ye kot, hihi, dah sure masak semasak masaknya ye.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign