Asam Garam Kehidupan: Woh cokok.

Nuffnang

Pages

26 Jan 2017

Woh cokok.

PH tau woh cokok? Orang Teganung dok kan dok tau ok? Hehe..
Buah melinjau lah.
Masa kecik-kecik dulu, pokok melinjau ataupun pokok cokok ni ada dua, tiga batang keliling rumah arwah mak di Terengganu. Kami bebudak suka kutip buah yang berterabur di bawah pokok bawak balik suruh ma goreng. Ma pun goreng dalam kuali tembaga, goreng dalam pasir halus. Eh, lupa..nak goreng kenalah kopek dulu kulitnya. Bila dah masak pakat ketuk dengan anak lesung ataupun gigit-gigit je untuk keluarkan isinya yang berwarna putih. Rasanya lemak-lemak pahit gitew. Ralit makan sambil tengok tv hitam putih jer pun masa tu.
Kerepek cokok@melinjau ni, saya tak ingat dah berapa rm sekilo. Beli sikit je. Dah lama simpan. Goreng sikit-sikit je sebab anak-anak tak suka disebabkan rasanya yang pahit-pahit tu. Saya goreng banyak tu, saya je yang makan. Sedap tau jorang makan dengan nasi.

Selain buah, daun yang muda pun boleh dimasak. Masak lemak putih, campur dengan pucuk-pucuk daun lain. Arwah mak kalau goreng telur suka potong-potong halus pucuk cokok ni, campur dalam telur, sedap. Daunnya yang tak tua sangat boleh guna untuk buat balut tapai pulut. Tapi sekarang dah susah nak cari atau jumpa pokok ni. Dah banyak kena tebang.

Kerepek melinjau ni pun datang dari Indonesia sana. Kerepek yang saya goreng kat atas tu beli dari kedai Aceh. Gara-gara rindu kepek cokok Teganu.

19 comments:

  1. Suka keropok malinjau ni..kalau pu indonesia selalu beli byk..makan ngan nasi goreng sedap

    ReplyDelete
  2. Betul3x, mkn ngn nasi goreng, buat cam ulam kan:)

    ReplyDelete
  3. uih tak pernah dengar or tengok or rasa cokok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa nak mention, kat terengganu kalo raya boleh jumpa kuih raya mcm cornflake madu tu, tapi buat dari kerepek melinjau ni, lagi sedap dari cornflake tu sbb ada rasa pahit2, lemak dgn manis madu tu. Nak rasa kena gi teganu time raya, hihi

      Delete
  4. Di JDT ni kita orang panggil pokok belinjau.
    Pucuk mudanya enak dimasak lemak atau masak tumis air plus tempe.
    Buah mudanya boleh buat masak kari plus daging or ikang
    Buah matang yang warna merah tu rebus aje. Rasanya lemak2 pahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo, kami plak di terengganu tak rebus, tapi goreng dgn pasir halus. Buah muda masak kari? Wah..tapi arwah mak tak pernah buat, camane rasa dia agaknya. Kat rumah WP ada pokok melinjau ni?

      Delete
    2. ha aa, buah mudanya sedap masak kari plus daging. Cuba cari resipinya kat google.
      WP banyak tanam pokok ni, tapi untuk dapat hasil pucuknya.
      Jual kat paskam RM1.00 seikat.

      Delete
  5. Sedap ni keropok belinjau. Suka juga makan gulai buah & daun belinjau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat gulai ye, kami di terengganu tak buat, atau mgkn saya yg tak jumpa, hihi

      Delete
  6. Oh, yes! PH tau buah ni. Actually, dah lama PH terfikir pasal buah cokok ni. Masa tu lupa pulak apa namanya. Bila baca entri ni, baru teringat. Tapi we all kat rumah panggil buah sakok. Masa kecik dulu pernah makan. Isi dia macam liat2 sikit dan pahit. Yang best ialah kerepek tu. PH sangat2 suka.

    Kemudian ada satu lagi buah. Entah ticer Azimah tau tak. Kecik macam woh cokok, kulit hitam dan isi dia warna oren. Rasa masam2 manis gitu. Lupa nama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan, org teganu tokkan dok tau woh cokok, hihi. Memangla ni cerita masa kecik2 je makan woh cokok goreng dlm pasir, fresh jr. Sekarang mana nak jumpa dah.
      Yang tu nama dia buahh..alaa..tak ingatla nama dia, tapi saya tau buah tu. Kat teganu atau pahang adalah jumpa buah ni.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Oh kat Tganu byk ya pokok ni. Saya ingatkan kat Indon jer ada. Saya panggil empeng belinja.

    Kalau mertua balik Medan rajin ler mereka bawak balik Msia. Goreng2 makan begitu saja..hihi. Saya pun sama, anak2 tak berapa suka sebab ada rasa pahit2. Untung ler saya boleh makan byk2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam goreng habis plak, si abang tengah makan cicah sambal kicap, sedap plak kata dia, ada2 je. Kalo camtu bolehla beli lagi, dah ada geng makan, tapi kena siapkan sambal kicap kot, hihi.

      Wah, bestnya bole beli kat medan, mesti fresh je kan.

      Delete
  9. Buah belinja taulah mak. Aku pun suka keropok belinja tu walaupun rasa dia pahit pahit mak. Sedap.

    Oh org Terengganu panggil Woh Cokok ek ...aku ingat apalah tadi, mcm jamu kocok pulak hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada2 je ko ni, haha..terbalik kan jadi kocok pulak, ko tau kalo kat teganu kocok tu maknanya..goncang, buat susu baby kocok bagi larut susunya, tapi jamu kocok tu tak taula aku nape dipanggil camtu.

      Delete
    2. Ada2 je ko ni, haha..terbalik kan jadi kocok pulak, ko tau kalo kat teganu kocok tu maknanya..goncang, buat susu baby kocok bagi larut susunya, tapi jamu kocok tu tak taula aku nape dipanggil camtu.

      Delete
  10. Owhhhh baca tajuk ingatkan kisah mengenai cokok (congkak), ha3

    ReplyDelete
  11. Owhhhh baca tajuk ingatkan kisah mengenai cokok (congkak), ha3

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign