Asam Garam Kehidupan: Ishhhh..mau rojak apa??

Nuffnang

Pages

10 Jul 2017

Ishhhh..mau rojak apa??

Hari ni kita citer campur2 semua Mana yang teringat ye. Kira cam rojak Mee camtu, den suka rojak mamak tu, tapi nak beli kenalah cari mamak yang bersih.

Cakap pasal mamak, teringat plak kisah raya ke 5, kemalasan memasak mengheret kami, ouhh...den yang pakso suami keluar walaupun dia cakap.." mano ado kodai makan yang bukak.." den tak cayo, tapi masin mulut suami den memang takdo satu pun kodai makan melayu yang bukak, terpaksalah singgah satu kedai mamak ni, walaupun memang tak suko bona nak makan kek situ, oder nasi goreng kampung..siap makan, terkejut monyet mak aiii, semua sekali rm72 hengget lobih, padahal kami makan nasi goreng kampung ada ikan bilis goreng semata, pastu anak oder mi goreng, dengan air takdolah jus pun, sirap limau, teh ais limau... aduhaiii..tak berbaloi sungguh rasanya.

Jauh beza makan kek satu kodai bukak puasa aritu, oder untuk makan satu family, baru rm85, ada siakap 3 rasa, udang salut tepung, paprik ayam, telur dadar, jus tembikai satu jug..puas hati, kenyang dan sedap, tapi tulah..Raya  ke 5 orang melayu belum bukak kodai...
Teringat plak kisah berebut membeli daging kat pasar masa dekat nak raya aritu, punyalah ramai umat manusia, termasuk juga warga Indonesia pun sibuk juga berebut nak membeli daging, berebut, bertolak, dapatlah juga sekilo lebih, jadilah daripada tak dapat, apa taknya, pakcik daging tu potong letak, terus kena sambar, dek kuat semangat nak buat rendang, kutabahkan hati ikut berebut, tapikan..sudahnya den tak buat rendang pun, buat daging masak itam je. Daun kunyit dah tinggal koring dalam peti tu hah.

Pastu terpikir plak camane orang dolu2 beranak ramai, camane dorang bawak anak pergi beraya. Boleh terpikir tu camni, adalah pi beraya rumah adik ipar tu, umurnya baru masuk 40. Usik-usik bolehle tambah tentera lagi, eh...tak mau dah, jawabnya..nanti tak muat keto nak balik kampung ko, nak berayo pun susah jawab eh. Tu yang terpike2 tu, camanolah orang dulu2 beranak ramai pi berjalan rayo.
Den tanyo toklaki den camano arwah abah eh bawak anak2 berjalan Raya.
Ceritanya takdolah pi berjalan raya bawak anak reramai, naik motor pi rumah sedara dekat2 tu bawaklah sorang anak. Anak2 lain pegilah beraya sendiri, yang besar naik bas ke, jalan kaki reramai ke. Pastu takde cam sekarang ni, raya sampai sebulan.

Teringat den zaman kekecik dulu, lepas zohor takde dah raya. Habis raya. Setengah hari je beraya kutip duit raya simpan dalam kotak mancis, sebab duit rayanya syiling je, kalau ada orang bagi 50 sen pun rasa dah besar sangat nilainya,  seronok kemain. Sekarang nak bagi rm2 pun sogan, rasa cam sikit naw.

Ni anak2 tadika den beraya jumaat lopeh, tengoklah tu baju masing2, kan main meriah. Pasang plak lagu Raya dibantainya berjoget lambak reramai.
Rm85, pakej makan anak beranak bukak puasa, pueh hati, Ada siakap 3 rasa, tomyam campur, paprik ayam, udang salut tepung, kailan ikan masin, jus tembikai satu jug, berbaloi2. 
Ni kedai orang kita, Tak bukak plak malam Raya ke 5 tu, terpaksalah singgah kat kedai mamak, mahai cam bedil, dahle tak sodap lansung.
My boss, yang kiri sekali tudung cekelet tu, bagi duit rayo, mekacih boss, walaupun tak banyak mano, kami terimo dengan gembira. Tahun dopan kot ada lagi tenaga nak kojo kek situ, harap boss bagi duit rayo lagi yo, haha..dah tetua dapek duit rayo, happy kemain.
Suasana Hari Raya walau di mana pun jua..anak dah besar nak bawak beraya semua sekali, memangle kena ada paling koman mpv, kalo tak tumpangle mana2 kenderaan yang kosong. Sebab tu orang sekarang tak mau beranak ramai, semua nak kono pikir, mana part nak beli baju Raya, belanja sekolah, duit Taska atau pengasuh, Al maklum zaman semua kena berduit..
Last kita tunjuk gambar Umar Zikri dan 'makwe' yang sama transit kat tadika den tu, cam janji plak, sedondon. Dahla malu plak Nisa' bila nak amik gambar dorang.

Lopeh ni kita tutup buku cerito rayo, muak den. Kalo tak pikio nak jadi kenangan den tuo sok, maleh bona nak menulis dah. Tu yang merapu merepek meraban tu. Sapo yang tersinggung terbaca tu, lebih kurang halal lah yo.

14 comments:

  1. Cekik darah harga mamak tu 😱😠

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, rasanya kedai mamak mmg camtu

      Delete
  2. umangg ngaiii mahal bona tu kak samapi rm72 dengan menu nasi goreng kampung je..tu mesti dia balik kampung dulu ambik nasi goreng tu kek kampung sebab tu mahal tu kak..ngehngehngeh

    ye la kak zaman sekarang macam2 nak kena pikir kalau nak ada anak ramai ni, ye rezeki tu memang Allah bagi untuk setiap anak tapi kita ni banyak yang difikirnya kan, segala kos bagai sekarang ni yang melonjak2 naiknya.

    saya ni kak adik beradik ramai, 9 orang hari raya memang jalan pusing kampung tu je la, takde de nak pegi jalan jauh2 sebab kereta pun takde, nak balik kampung beraya memang jauh sekali la, sebab mak ayah merantau sampai ke pahang kampungnya nun di perak, nak balik kampung kena naik bas sampai kl pastu naik lak ketapi..haa sesekali je lah baliknya

    haa kak den komen dah macam nak buat entri pulak ni ha..baik den stop sebelum jadi karang 360 perkataan hahaha

    ReplyDelete
  3. Masin mulut awak NA, anak kecil itu le menantu awak nnt, hi3

    ReplyDelete
  4. Memang cekik darah betul. .

    ReplyDelete
  5. Tu dia.....harga dia campur gst kah...hihi

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sudi ke blog bunda..salam syawal anakanda...
    Bunda dah sigle kembali..hampir 9 tahun dah arwah ayahanda pergi...huhu..😭😭


    Ada IG tak?

    ReplyDelete
  7. Ig tkdela bunda,hihi.. tak sempat..blog ni pun dah tk terlayan

    ReplyDelete
  8. Salam Syawal 1438H..bestnya dapat duit raya..

    ReplyDelete
  9. kat rumah saya ada rojak yang jadi favorit kami. tapi harga rm5 sebungkus. ok lagi la

    ReplyDelete
  10. napa mahal sangat tu kak..amboii diorang tahu diorang je bukak time raya..sampai 72!huh kalau saya tu sy suh dia kira lagi sekali n minta senarai harga sekali..xpuas hati ni..

    oklah kak..xdpt buat rendang..masak lain pun sodap kak..asalkan daging baru..sedap dia lain.macam...

    ReplyDelete
  11. Terkerut saya dgn RM72.
    Harga termasuk pinggan kot.

    ReplyDelete
  12. Kedai mamak biasalah mak.... ko nak murah makan kat kedai mamak kena makan roti canai je haha....

    Tulah kan mak, kita ni dah selalu masak makan air tangan sendiri, sesekali nak gak makan air tangan orang pulak hihi...

    Hihi....sukalah Umar Zikri tu...dapat makwe!

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign