Antara kenangan istimewa 2015 ialah pertemuan/gathering dengan sepupu sepapat yang sekian lama terpisah, ada yang tak pernah bertemu pun dan pada hari yang sama anak sulungku mendaftar masuk ke UIA Gambang, Kuantan..selebihnya hanya kenangan biasa rasanya. So, selamat tinggal 2015 dan selamat datang 2016 yang tentunya ada cerita lain yang bakal mewarnai hidup kita. Bertambah juga umur, muga bertambah amal untuk bekal di sana. Cuma yang agak musykil di hatiku, kenapa awal tahun hijriah tak disambut semeriah awal tahun masihi ni?
Penutup 2015 semalam, 31/12/2015..ke sekolah Umar Zikri, ada hari suai kenal bagi pelajar tahun satu 2016
, dan ada ujian penentuan kelas juga, dan pembentangan format baru UPSR yang bakal dihadapi oleh Nadhrah Hannani.
Pagi sebelum ke sekolah tu beria-ia dia mencari songkok. Awalnya adalah dua orang termasuk dia yang pakai songkok, steady je dia. Tapi habis kelas jumpa abah dah takmo pakai songkok lagi, agaknya dia tengok orang lain tak pakai pun, jadi dia pun taknak pakai, ermm..anak, anak..
So, hari ni jumaat, 1/1/2016, cuti sempena awal tahun. Kepada kengkawan yang ada agenda ngukur jalan ke, balik kampung ke, cari baju sekolah anak ke..atau apa-apa jelah, didoakan semoga semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah, aminn..
Oppss..satu lagi, buat semua teman alamaya dan sesapa je yang tersinggah di teratak saya ni, terimakasih kerana sudi memeriahkan laman ini, ampun maaf jika ada apa yang saya tulis secara tak sengaja menyentuh peribadi kalian, dan semoga ukhwah kita ini kekal hingga ke jannah, aminnn.
Opss, satu lagi, azam? Maleh le kome nak masang azam dah tetua ni, bio le oghang mude je yang masang azam, moge tercapai semuanye, aminnn.
Dah lapar la plak perut ni, nak turun ke dapur dulu ye korang, tengok apa yang ada kat dapur tu untuk sarap pagi ni.
Selamat bersarapan,masih terasa serunding di bibir ni, tambahan sy belum sarapan ni terimaksih sudi memberi. dah besar anak. Happy new
ReplyDeleteYear dear.sama2 NA.
Baru nk siap ni, tetiba gas habis awal pagi 2016 ni..
ReplyDeleteNak lagi, boleh tempah, hihi, kira murah je ngn kengkawan, sila2.
Fair...teruskan tulis blog, plizz
Hmm.. kakak kerja tau Azi. Johor ambil cuti awal Muharram so 1 Januari kami bekerja. Bagusnya kerja hari ini telefon tak berderang-dering. Jalan pun lengang. Tapi kakak rasa kalau tak ada apa nak balik tengaharilah..
ReplyDeleteTerus berblog dan berbahagia di 2016 hendaknya.
La gitew plak, kira kami kt slgor ni manyak untungla, awal muharram cuti, tahun baru pun cuti, manyak2 cuti, hi hi..
ReplyDeleteIn shaa Allah, terus berblog walaupun tak seaktif dulu.
bila turun ke dapur... semalam 2015 dengan hari ini 2016... rupanya..
ReplyDeletekos hidup kita masih sama...
Kos hidup kian bertambah rasanya, jenuh berkira kt mana nak jimat, dengarnya beras nasional yg harga rm17 tu pun akn naik jadi rm23 thn 2016 ni, tu blm subsidi eletrik sume kena tarik, tol naik..
Deletesalam kenal..
ReplyDeletesemoga 2016 lebih berbahagia dan suksess.
salam kenal juga..:)
Deleteterimakasih sudi berukhwah dgn saya, in shaa Allah saya follow balik.
Semoga kita semua berazam untuk menjadi lebih baik dan berjaya dunia dan akhirat ya kak azi
ReplyDeletetu sudah semestinya arz, kalau takde azam camtu camane nak perbaiki diri kan, cuma takde azam cam orang muda2 tu, hi hi
DeleteSalam 2016 mak....moga terlaksanalah apa pun azam tahun ini.
ReplyDeleteHensemnya Umar Zikri bersongkok....
Salam 2016 juga mak cayang.. Aku tk simpan azam org muda mak, simpan azam owg tua je, nk tambah amal ibadah..
ReplyDelete