Asam Garam Kehidupan: Beza betul la korang.

Nuffnang

Pages

29 May 2016

Beza betul la korang.

Tak sakit. Seyes tak sakit. Tak macam pengalaman 5 kali sebelum ni. Bayangkan dalam tempoh 7 tahun 5 kali dah buat. Tapi semuanya hampeh. Harap-harap ni last, terakhir kalinya gitew, kalau tak jadi juga, tobat kena cabutlah kau.

Hihi..

Apa crite tuh?

Camni, masa ngandungkan si bongsu, ada gigi saya jadi ngilu, jumpa doktor kat klinik ibu mengandung, saya check up kat klinik kerajaan je, kat situ ada sekali klinik gigi, yelah masa ngandung mudah naw rosak gigi sebab kurang kalsium kan. Jadi bila jumpa doktor bagitaulah ada gigi ngilu, tapi yang peliknya gigi lain yang lubangnya kecik je, gigi tu yang ditampal, gigi yang ngilu tetaplah ngilu juga.

Tapi nak jadi cerita, tampalan tu tercabut. Bila nak tampal kena korek lagi, makin besar lubangnya. Pastu tercabut lagi, tampal lagi, koho beso lubang tampalan tu. Aduhh..frust dan sakit aty boto..

Pastu tak buat dah kat klinik tu. Terbuka tampalan kali keempat dan kelima, tampal pulak kat hospital Dungun, ada adik kerja kat situ.
Tapi kan, kan..korang pun tau nak agak, pandai korang memang tercabut juga, last terbukak tampalan masa sambutan ticer's day 24/5 baru ni, soda-soda dah berlubang bosa.

Nasib baiklah mylaling tu cian kat den. Sabtu maren dia ajak pergi klinik gigi swasta.Dia bayarkan. Hihi..nak tebus salah hari jemahatla tew.

Tapi, cam den cakap awal tadi. Memang tak sakit. Awalnya berdebar juga, sebab pengalaman sebelum ni kat klinik kerajaan, dah cucuk ubat kebas pun terasa gak sakit. Dahla rasa kebasnya kalau tak tengok cermin tu rasa macam bibir tebal macam kena gigit tebuan.Eh..tak pernah plak kena gigit tebuan.

Tapi kat klinik swasta ni, doktor tu dahla muda, encem plak tuh, hehheh..mampuih, kalo mylaling tau..kerjanya cermat sangat, takde pun nak nyembang sakan dengan nurse, cakap pun lembut je, hilang takut, rasa cam bole tidur plak. Bila siap, dalam sejam jugakla..haa..cermat tak cermatnya, bila rasa gigi tu tak rapat dibetulkan semula sampaila rasa selesa. Masa buat kat hospital kerajaan tu, tampalan tu rasa tinggi, tapi kita tak boleh sesuka hati nak suruh doktor betulkan balik, tak sempat..kat luar kat ramai menunggu. Tu yang bila bawak juga mengunyah, akhirnya pecah, lastnya tercabut habih tampalan tu.

Nak tau berapa kosnya? Rm150.
Sebatang. Mahal? Entahla. Dua puluh tahun lepas ( ek ele..lamanya ) pernah tampal kat doktor swasta gak, elok sampai sekarang, tak tercabut pun, masa tu baru dalam rm45 sebatang, tak silapla.

Ni ada geraham bongsu tumbuh melintang, tak dapat keluar habis. Rasa nak buang gak nih, kena buat minor surgeri gak nak membuangnya. Dah ada pengalaman tak sakit nih, ermmm..in shaa Allah nak buang dalam masa terdekat.

Den bukan nak buruk- burukkan hospital kerajaan, den paham, doktor tu bukan nak tampal gigi den sorang, cuma yang terkilan sebab masa awal jumpa doktor tu, gigi lain yang bermasalah, gigi lain yang kena. Cian gigi den yang tak bersalah tu tau, jadi mangsa sampai berlubang bosa macam kawah gunung berapi rupo eh.

Den tampal kat klinik gigi Saleha Suhaimi kat Semenyih. Alhamdulillah ada doktor melayu yang setanding mahirnya dengan doktor bangsa lain. Tumpang bangga.

18 comments:

  1. adoii sakit tu kak, macam mana yang lain yang sakit yang lain ditampal? salah faham kot dokte tu..hehehe.

    saya ni pun sakit gigi juga, yang sibongsu nak tumbuh, sikit sikit keluarnya nih..adoii lah nak demam je rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah,tak pun tak perasan sbb byk sembang,tapi tkla semua doktor kerajaan mcm tu.
      Yg buat akk terkilan lubang asal kecik dikorek makin jadi besar.
      Tobat pasni tknk gi hospital kerajaan dah, sanggup kumpul duit gi swasta je

      Delete
    2. Tulah,tak pun tak perasan sbb byk sembang,tapi tkla semua doktor kerajaan mcm tu.
      Yg buat akk terkilan lubang asal kecik dikorek makin jadi besar.
      Tobat pasni tknk gi hospital kerajaan dah, sanggup kumpul duit gi swasta je

      Delete
  2. Haa emak saya la tu orang kerajaan, saya tak takut la pergi dekat emak cabut atau tampal hehe sebelum emak jadi ketua kementerian tapi dah pencen pun hehe... sekarang pergi klinik untuk mencuci so far Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bestnya mak buatksn, mesti buat yg terbaik utk anak dia.
      You cuci gigi kat swasta brpa bayar? Saya tk pernah buat lagi.

      Delete
    2. Wah bestnya mak buatksn, mesti buat yg terbaik utk anak dia.
      You cuci gigi kat swasta brpa bayar? Saya tk pernah buat lagi.

      Delete
  3. klinik gigi lah paling digeruni.haha.sbb tu cari yang cermat, byr lebih sikit pun redho je.hari tu tampal kat trg ni pun rm 150..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, akk pun gerun semacam bila sebut klinik gigi, tampal gigi,cabut gigi, suami akk pun sama, sanggup kumur air garam kalo sakit gigi.

      Delete
    2. Kan, akk pun gerun semacam bila sebut klinik gigi, tampal gigi,cabut gigi, suami akk pun sama, sanggup kumur air garam kalo sakit gigi.

      Delete
    3. Takutlah weyh nak gi jumpa dentist....sebab tak sanggup nak hadap ngilu kalau buat scaling ni.

      Amboi ko mak, nak cabut gigi dgn doktor yg ensem ensem aje! Tapi kan mak kalau dah namanya doktor ni, mmg semuanya ensem kot.... titile doktor tu yg jadi ensem hihi.... materialistik sungguh!

      Delete
    4. Ko pun penakut jugek ek, aku ingat aku je takut, ramai ropenya.
      Aku tau sbb ape ensem mak, sbb kot putih panjang tu, sbb ada stateskop tergantung kt leher tu, kalo bukak dua benda nih, nmpk cam biasa jek, aku rasalah.

      Delete
    5. Ko pun penakut jugek ek, aku ingat aku je takut, ramai ropenya.
      Aku tau sbb ape ensem mak, sbb kot putih panjang tu, sbb ada stateskop tergantung kt leher tu, kalo bukak dua benda nih, nmpk cam biasa jek, aku rasalah.

      Delete
  4. saya, bab cabut gigi memang tersangat la takut. tapi dalam takut, habis dah geraham saya ni. sebab itu, kalaua makan nak cati yang lembut sahaja.

    p/s: kenapa setiap kali NA tulis komen akan ada 2 kali komen yang sama?

    ReplyDelete
  5. Tak taula saya, nk betulkan tak reti juga, tu yg kadang malas nk jwb atau bls komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah... komen.. jangan tak komen...

      1 kali atau 2 kali keluar bukan isu besar...

      Delete
  6. Kakak ni walau org kata tak sakit ke apa tetap ngilu bila sebut aje nak jumpa dentist:) Tapi kalau surgery abang dah buat tau Azi - masa tu geraham bongsu nak tumbuh, sekali tumbuh tak ke atas tapi senget melintang. Operation (buat kat swasta jugalah) sebatang aje tapi kena RM500/- jgn terperanjat. Seminggu juga kena makan bubur dan mee sup aje:)

    ReplyDelete
  7. Knor rela sakit dri cabut....takut nawww,

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign