Asam Garam Kehidupan: Kisah semalam.

Nuffnang

Pages

13 Dec 2016

Kisah semalam.

Kisah semalam lagi. Takpelah...sedang mencari dan mencungkil-cungkil hikmah di sebalik kejadian. Belajar untuk menerima dengan redha apa saja ketentuan dari Dia walau sekecil-kecil kejadian...

Kisahnya kan warga Selangor ada 4 hari cuti. Sakan kan. Seronok dengar  cuti ni. Mulalah plan macam-macam, nak ke situ, nak ke sini, tapi....camane nak bergerak, mytoklaki takde, dia pergi Kemboja, den kono tinggal, takdo bajet.  Sian den kan. Takpolah...redha mana tau suatu hari nanti den dapat rezeki terpijak boleh pergi  melancong di Englang ke, mwehehe..

Di salah sebuah sekolah anak-anak Kemboja kampung Champ
Tak sampai destinasi yang dituju, singgah makan di sini.
At least dapat gak anak-anak bermain di sini..

Suami pergi Kemboja hari jumaat 9/12 tu, so...alahai...camane nak melenjan ni, macam patah kakila..takdo kereta, ada kereta, ada lesen tapi takut plak nak drive. Anak-anak dok merengek.." ibu, kita gi jalan nak, ibu gi MAHA, ibu jom gi situ, jom gi sini.." ate..tak ke luluh hati ibu ni.
Hari sabtu plan nak gi MAHA, plan punya plan..tolak campur, darab bahagi, pikir nak cari bas, nak cari teksi, kang lambat sampai, kang nak balik pun susah...cancel. Muka anak-anak dah monyok. Cian.

Ahad..kakak ipar datang rumah. Plan lagi. Nak pegi rumah dia. Tapi kena naik grab car, turun kat Nilai dia amik. Anak-anak pun dah bercahaya balik mukanya. Alih-alih si kakak taknak ikut, segan nak bermalam, nanti susahkan maklongnya plak, tambah lagi anak-anak maklong yang lelaki semua ada kat rumah. Cancel lagi, alaa..

Kemuncaknya semalam. Dah tak jadi gi rumah maklong, den merancang plak nak ke Rawang tempat kawan-kawan jemaah, ada buat sambutan maulidur rasul, ada pameran barang-barang kepunyaan Rasulullah, hati teringin sangat nak tengok, tapi...tengok tambang grab car tu dia rm93, pergi sahaja, kalo balik..mak aiii..banyak tu.
So tukar plan. Nak bawak anak-anak mandi di Santai Resort, Hulu Langat, Ampang. Ni hasil  baca blog reenri. ( tak dpt bagi link la ), macam seronok je tempatnya, ada resort, ada kolam mandi dewasa, kolam untuk kanak-kanak.  Final decision, set..panggil grab car. Caj ke sana rm47 sahaja satu kereta.

Seronok kemain anak-anak nak mandi kolam katanya.  Pemandu grab car tu Cina, peramah. Tapi...

Huhu..ntah sampai mana perginya, masuk hutan sampai takde signal. Cam jauh sangat. Ah sudah..kami dah menggelabah, si driver tu pun dah menggelabah, yelah...entah mana tembusnya. Dalam dok berpusing-pusing tu terpaksa tukar plan, nak balik ke, nak gi shopping mall ke, nak gi mandi tempat lain, driver tu sanggup nak hantar pergi Templer park sana nun. 
Pikir punya pikir punya pikir, den decided patah balik je, tapi singgah la makan dulu, perut dah keroncong, so singgahla Kfc..
Destinasi tak sampai, tambang grab car mencecah rm83, sebab patah balik kan, dah kira dua destinasi, tapi driver tu amik rm80 je. Hrmmm..lebih kurang tambang nak gi Rawang je. 

Hikmahnya...entahla., tapi pasti ada hikmah, mungkin lepas ni den makin pandai guna grab car ke, kehkeh..
Yang pasti, rasa terkilan tu tetap ada sebab duitnya habis macam tak berbaloi. Rm80 tu bawak anak-anak gi restoran boleh kenyang makan. Ermmmm...belajar redho, belajar redho...ada hikmah.

12 comments:

  1. Hi3..

    Sy ada "out station", sepatutnya tidur semalanan jer tapi pergi dua malam.

    Maklumlah bawa anak2 bersama, bak kata pepatah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkkk x sempat komen abis dah tersend.. Tuan rumah toling sambung jelah, hi3

      Delete
    2. Tolong sambung pepatah tu ke, ermmm...dah lupalah pepatah petitih nih. Hehe

      Delete
    3. Oo, sambil menyelam minum ayaq. ;)

      Delete
  2. Hadoi...kesian ticer Azimah. Semua plan tak jalan. Dah lah habis duit. PH terasa berdebar-debar bila baca teksi tu sesat dalam hutan. Anyway, yang penting, ticer Azimah dan anak2 selamat sampai ke rumah. Maybe lain kali ada rezeki pergi jalan2. PH pun tunggu rezeki nak ke England. LOL!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah akhirnya menjadi jugak plan Zimah dan anak2 kn, walaupun asyik tk menjadi pada mula nya, mmg lah time cuti2 anak2 mmg nak jalan jee kannn

    ReplyDelete
  4. HAHA..takpe takpe tu kira dah jalan-jalan la tew..pasni expert la tu, Insyaallah..tak biasa memang susah dah biasa haa senang je ekceli..

    ReplyDelete
  5. Ko kena belajar bawak mak. Rugi tau ... tengok mcm ni, laki tak do, ko anak beranak tak dapek nak berjalan mana. Dapek tp mahei weyh charge dia....

    Mula mula mmg takut, tp nanti lelama berani le. Kuatkan semangat mak belajar keta.

    ReplyDelete
  6. huhu kak seram gak yang part sesat dalam hutan tu. mujurlah semua tak apa2.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Dugaan untuk akak dan anak2.. Mungkin akan ada rezeki pergi ke singgah santai dengan anak2 dan suami akak. Hehee

    Nak detect singgah santai memang susah sikit. Lokasinya pun memang agak jauh masuk nun ke dalam.. Pastu jalannya sunyi je. Macam nak pergi perkampungan asli.

    Akan datang kalau akak nak pergi, akak info Reen ya. Ada no tel reen kat blog reen, haaa nanti boleh helo2. Reen info akak jalannya. In sya Allah..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign