Asam Garam Kehidupan: Kenderaan yang banyak jasa ni.

Nuffnang

Pages

4 Feb 2017

Kenderaan yang banyak jasa ni.

Inilah  kereta kitorang yang banyak jasanya. Suami beli masa tu ( tahun 2002 )saya tengah buat bisness tadika/ taska. Senang nak bawak staff gi jenjalan. Almaklum boss kan ( masa tulah, sekarang ni saya pun kuli orang ), kenalah sebulan sekali bawak dorang makan angin, berkelah ke, shopping..seronok.

Kereta pertama kami tahun 1999, kereta kancil model 650 warna hijau, sempat pakai dua tahun tak silap. Kereta yang sangat jimat minyak, isi penuh baru rm30 boleh balik Terengganu pun masih ada baki minyaknya. Tapi macam tak sesuai nak bawak staff yang boleh tahan sihat-sihat badannya.

Jual Kancil tu, beli Rusa. Masa tu awal tahun 2000 belum banyak mpv macam sekarang. Yang ada paling top masa tu pun  cuma Unser, tapi tak mampu plak nak pakai Unser. Teringat plak kereta dedulu, nama kebangsaanlah sangat macam kancil, kenari, kelisa, rusa, juara, sekarang ni tak main dah nama-nama camtu, mesti nak nama yang ada unsur vavavum gitew kans..

Hihi..kona jauh plak.

Kereta, eh! Lebih tepatnya van, suami jual dalam tahun 2011. Walaupun takde rosak apa, enjinnya stedy tau korang, naik bukit takde terhegeh-hegeh, cuma apa tau...dok comey., takde blower, anak-anak yang duduk seat belakang heboh panas, bergaduh-gaduh nak duduk seat depan. So jual,beli kereta Exora.

Nak tau, taknak? Nak bagitau jugak, hehe.. Jumaat semalam balik kerja terserempak dengan van ni. Teruja tengok , eh..van kita, van kita, padahal van orang. Masih cantik dan utuh bodynya. Ada dua kali dah terserempak, sekali tu masa baru je dua, tiga bulan jual, ternampak otw nak gi pusara arwah mak ( mak baru 2 hari meninggal masa tu ) terberenti kejap air mata yang duk mengalir.

Takde apa, bak kata mak okje..cerita tin kosong aje. Tq sudi singgah dan baca.

16 comments:

  1. mesti van tu pun merindui ex-tuannya. tu sebab selalu terserempak.

    ReplyDelete
  2. mesti van tu pun merindui ex-tuannya. tu sebab selalu terserempak.

    ReplyDelete
  3. Aah kan, kita tengoklah je smp hilang dr pandangan

    ReplyDelete
  4. WP Xpernah jual kenderaan yang dh dibeli.
    Dah anggap macam keluarga.

    ReplyDelete
  5. Bila terpandang balik kenderaan yg pernah berjasa mesti terharu agaknya kan.. Kakak tak jual tau kereta lama kakak biasa bagi kat keluarga yg nak... macam kesian pulak kalau dijual hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, saya pun terfikir kalo tk jual kancil dulu tu, saya dh berani drive dah agaknya.

      Delete
  6. mesti banyak kenangan tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, antaranya nak gi bersalin ank no 3 gi hospital naik van nilah.

      Delete
  7. dah 16++ lah kiranya Rusa tu ya kak. Nampak bodynya masih cantik lagi. Kalau terserempak dgn harta lama kita, mesti sedikit sebanyak teringatkan kenangan lalu, kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Hehe..akk pun tk penah kira umur dia. Tapi mmg body dia masih cantik. Sekarang mana ada kuar dah van ni.
      Ya, byk kenangannya KB.

      Delete
  8. Kereta satu keperluan supaya mudah kita nak bergerak. Kalau nak harapkan public transport, hmmm....

    ReplyDelete
  9. Memang lah sedih bila ternampak semula barang yang kita dah lepaskan walaupun bukan hak kita lagi.Oklah tu Azi dapat lah tahu kereta tu masih dihargai dan dapat digunapakai lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulla sgt kak. Bila tgk van tu masih elok, org yg beli tu jaga dgn baik, rasa mcm nak ucap trmkasih je

      Delete
  10. Aku pun pernah jumpa kereta aku yg aku dah jual mak. Masa tu kat Seremban kalau tak silap. Seronok betullah....
    Ohh ni van ko dululah ek.... yelah kan mak, kenderaan yg banyak berjasa kpd kita mana mungkin kita boleh lupa.

    Tuah mak ko sama je dengan aku, kita bukan lahir terus dapat kemewahan, berdikit dikit, mendaki nak hidup senang. Walaupun tak mewah mana tapi alhamdulilahlah....

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign