Asam Garam Kehidupan: Takpelah, kerja je dulu.

Nuffnang

Pages

9 Feb 2017

Takpelah, kerja je dulu.

Kan saya ada cerita pasal gaji anak saya yang kena potong sebab cuti lebih dari sehari. Saya ada wasap pada bos dia tanya camane. Memang betulla beberapa pendapat kawan-kawan, seperti WP dan PH, memang term dan condition syarikat tu macam tu, ada kerja ada gaji, dan hanya dikira sebagai pekerja sementara..tapi memang takde sign apa-apa offer letter, hari temuduga tu, hari tu juga dia terus masuk kerja. Melalui anak dia plak kata kalau nak gaji full rm900 tu kena buat ot sampai pukul 6.15 petang, tapi Alhamdulillah dari mulut bos tu sendiri cakap kalau kerja full tak cuti dan masuk kerja 8-5 dia boleh bagi gaji penuh. So, nak tengok jelah hujung bulan nanti camane.

Ada try tanya kat Mydin, tapi polisi sekarang ni nampaknya takde nak tambah pekerja, nak buang lagi ada. Kalau dua tahun lepas kat tesco atau econsave ramai budak-budak tunggu result spm yang bekerja, tahun ni nampaknya takde pun. Kejatuhan ekonomi ni nampaknya semua terasa.

So, nak tak nak Muhammad Danish kerja jelah dulu kat situ. Asalkan betul bos tu pegang janji. Lagipun tempat kerjanya dekat dengan rumah. Boleh pegi dengan basikal. Ya, duit gaji baru ni separuh habis beli basikal. Saya nak support separuh dia taknak, ermmm..dia kesian kat mak dia ni, gaji maknya takdelah banyak mana juga.

Beli online kat Lazada. Try nak pasang sendiri, teruja dapat beli hasil titik peluh sendiri.
Try punya try, tak berjaya nampaknya. Terpaksalah hantar kedai jugak.

~Kita ni manusia, bila ada orang meminta-minta selalu dari kita, kita akan rasa marah dan tak selesa, sebaliknya Allah, Tuhan kita yang Maha Baik itu, akan murka bila kita sebagai hamba enggan meminta dari Dia~

22 comments:

  1. wahh bestnya basikal baru tu kak.irda pun plan macam nak beli basikal..oo beli online je ye...xpelah kak..skrg ni cari keje memangbsusah..irda ni tu yg xberhentu2 lagi..nak buat business hati separuh2 dengan keadaan ekonomi skrg ni kak...hemm ya manusia marah bila kita selalu meminta2..tidak pd Allah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya irda, dlm keadaan ekonomi yg tak menentu ni peluang yg ada kita grab je, tapi ofkos kena fikir halal haram dan jgn sampai diri dianiaya. Nak cari keje lain pun blm tentu dlm masa yg singkat ni.

      Kalo nk puas hati elokla pegi cari kt kedai je, kadang beli online ni ada je yg tak kenanya.

      Delete
  2. tak apalah, mana tahu ada rezeki lain..tahniah untuk anak akak sebab nak berdikari.Semoga rezeki bertambah.

    ReplyDelete
  3. Mmg terasa kak.. Reen sedang mencari kerja dan masih belum rezeki di panggil interview lagi. Persaingan sengit.. Hehehe in sya Allah, ada rezeki.. Akan dapat juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, akk ni aritu rasa nk berenti keje, skrg ni rasa tk boleh jugak berenti, zaman gawat ni nk harapkan suami sorg je, perit.
      Mudah2 an segera berakhir kan

      Delete
  4. bekerja sementara mncari pengalaman, in shaa Allah, ada rezeki lain di masa depan...sekrg ni mudah, beli online, brg dihntar ke pintu rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencari sedikit duit dan pengalaman, mudah2an jadi bekal di masa depan.
      Ya, segalanya bole beli online, perabut, makanan..

      Delete
  5. Alhamdulillah dapat beli basikal hasil titik peluh sendiri, mesti seronokkan..MOga anak akak terus bersemangat untuk bekerja. betullah zaman sekarang ni memang terasa kegawatannya, nak pulak bagi orang2 yg gaji cukup2 makan je macam saya ni kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk pun sama mama yan, rezeki cukup2 je, dpt simpan sikit, jariah sikit, Alhamdulillah..
      Saat kita diuji mcm ni, kita minta supaya kita diberi kekuatan dan ketabahan.

      Delete
  6. InsyAllah.. apa2 jelan yang kita buat untuk jalan yang halal..insyAllah akan akan redha rezeki kita kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, moga rezeki sikit tu halal dan berkat, dan dpt pengalaman yg berharga

      Delete
  7. Aku belum baca kisah sebenarnya...nanti aku baca.
    Yelah mak...dah katanya majikan kan, mereka kena bayar gaji memang le semua segi dia tengok.

    Bagus anak ko ni mak tak mahu nyusahkan mak bapak dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah mak, dia majikan, kita pekerja, ikutlah apa yg dia dh tetapkan, harap2 kali ni dia pgg janjinya.

      Kami makpak marhaen jr, kalo nk tggu makpak bagi semua alamat lmbatlah dpt.

      Delete
  8. Bagus Muhammad Danish ni. Kuat semangat dia. Itu lah caranya, biar dia berdikari, baru boleh berjaya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org cina pun suka ajar ank berdikari kan PH.

      Delete
  9. semoga dipermudahkan segala urusan akak dan anak akak ya

    ReplyDelete
  10. bagus tu akak bila dia nak berdikari....

    ReplyDelete
  11. harap anak saya nanti pun dapat ikuti contoh teladan yang baik ini

    ReplyDelete
  12. tahniah kak, anak pandai berdikari. untung kak

    ReplyDelete
  13. puas hati Danish dpt beli basikal hasil duit kerja sendiri ya kak. takpe lah tu, nama pun pekerja sementara. Jadikan sebagai pengalaman hidup dan menimba ilmu.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign