Asam Garam Kehidupan: Jom kita bersedia untuk Ramadhan.

Nuffnang

Pages

21 May 2017

Jom kita bersedia untuk Ramadhan.

Alhamdulillah, abah dah selamat disemadikan, tapi suami keberatan bermalam di rumah adik kat Jerantut tu, jadi semalam dalam pukul 1.30 kami selamat sampai di rumah semula.

Hari ni sambung mengemas rumah, sucikan kalau-kalau ada najis hukmi. Untuk Ramadhan tahun ni, kami bercadang untuk berbuka deñgan kurma dan air kosong dulu. Solat maghrib berjemaah di ruang tamu tingkat bawah, selepas tu baru sambung dengan apa yang patut.

Habis satu rumah aku mop hari ni bermula dari tingkat bawah naik ke tingkat atas. Cara nak bersihkan najis hukmi atau najis yang sudah hilang ain, bau dan rasa ni memadai dengan merenjiskan air sahaja di tempat yang diyakini bernajis. Tapi dalam kes aku ni, yang ada sedikit rasa was-was, ni kes si Umar Zikri la, suka mandi tak tutup pintu bilik air, atau tutup tak rapat, selalu air mandian dia tu melempah ke lantai luar bilik air, bimbang aku kalau-kalau ada bercampur dengan air kencing ke, lepas tu dengan kaki basah tu berlari satu rumah, nanti habis bernajis satu rumah. Habis tu camana plak ñak ratakan air ke satu rumah, dalam kes aku ni, abuya aku ajar caranya kita gunakan mop saja, mop tapi jangan sampai mop tu diangkat kemudian letak balik, mop balik, make sure rambut mop tu tak diangkat sewaktu menjalankan mop tu, eishhhh...susahnya nak terangkan, tapi harap2 korang fahamlah ek.

Ramadhan berlalu saban tahun, mestilah nak kita usahakan ada peningkatan dari segi pengamalan dan rohnya, tak mampu nak usahakan yang besar2, kita usahakan yang kecil2, contohnya ikut cam nabi, berbuka puasa dengan kurma dan air, kan..boleh juga lebihkan masak juadah tu, hantar sikit kat surau. Nak buat macam kat kampung dulu, saling bertukar juadah tu, macam janggal sikit kalo kat bandar ni, jadi kita hantar je juadah berbuka ke surau, ye tak?

In shaa Allah apa yang kita faham dan ada ilmu sikit2 tu, kita amalkan ye tak, nak tunggu banyak ilmu baru nak beramal, haih...lambat tu.

So, kawan-kawanku yang dikasihi...harap semuanya dah bersedia mental fizikal, lahir dan batin untuk kita raikan tetamu agung yang bakal berkunjung tak berapa hari lagi ni. Jom kita raikan sungguh-sungguh seolah-olah inilah Ramadhan kita yang terakhir..
Alhamdulillah, menjelang Ramadhan, sunquick ni ada turun harga sikit. Rm10.80, selalu 11.30, berbanding tahun lepas rm10.30. My family suka perisa sunquick ni, rasanya cukup terangkat, ada perisa mangga, buah campuran, rasberi..pendek kata jenama lain memang tak boleh tanding. Minggu depan kalau masih harga yang ni, kita nak amik lagi dua botol.

17 comments:

  1. Minuman sunquick memang sesuai sangat di hari ramadhan! Segar je rasanya!

    ReplyDelete
  2. Sodap tu zimah.
    Makin bertenaga utk terawih 20 rakaat tu..

    ReplyDelete
  3. betul tu kak..bersihkan ruang rumah dari segala kotoran, saya pun was was juga dengan anak2 yang mandi air asyik merecik keluar je. mop lah satu rumah.

    moga ramadhan kita lebih diberkati, tak sabar tunggu ramadhan lagi 4 hari ni, moga sempatlah bertemu dengan ramadhan hendaknya tahun ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, mandinya lebih main air, mana tak keluar2 air smp ke lantai luar, jenuh dah bagi amaran. Penat ngemop satu rumah.

      Akk pun tak sabar tggu Ramadhan, moga ada rezeki kita bersama Ramadhan.

      Delete
  4. Terimakasih Azi bagi penerangan cara mop yang betul tu...akak faham apa yang dimaksudkan tu.
    Sunquick....Akak pun suka dibandingkan jenama lain tapi dah lama tak beli sebab biasanya minum air putih dan teh je .Bila dah tengok ni nak beli juga lah ,buat buka puasa bebudak ni nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak, itu yg saya belajar, sbb bayangkan kalo satu rumah kita tak sure tmpt yg bernajis kan.

      Saya suka beli byk kalo tgh murah, boleh buat stok utk raya sekali kak.

      Delete
  5. Interesting post, ticer. I thought got only one type of najis. Today I learn what is najis hukmi. So it is those dirty things that we cannot see with our eyes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekceli there are 3 type of najis PH that's we muslim must alert.
      Najis hukmi tu contoh air kencing yang dah kering tak nampak dah, takde bau, takde rasa, but we know air kencing tu still ada..cuma dah kering, its still najis-najis hukmi.

      Delete
    2. Ekceli there are 3 type of najis PH that's we muslim must alert.
      Najis hukmi tu contoh air kencing yang dah kering tak nampak dah, takde bau, takde rasa, but we know air kencing tu still ada..cuma dah kering, its still najis-najis hukmi.

      Delete
  6. Salam takziah untuk arwah abah akak. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Banyak stock sunquick tu. boleh habis ka sebulan? ke untuk raya terus tu kak hehe.

    ReplyDelete
  7. Trmkasih syed.

    Tu kt rak dlm pasarayalah syed, just nk tunjuk harga dia yg dh turun sikit tu. Akk beli sebotol je, nnt nk beli lagi buat stok smp raya plak, hehe.

    ReplyDelete
  8. Tinggal berapa hari lagi ni nak masuk Ramadhan. Moga amalan Ramadhan kali ni adalah peningkatan hendaknya. Betul kata KakG tu, kalau nak tunggu ilmu penuh di dada baru nak beramal, memang sampai ke sudah tak mampu beramal!

    Oh, macam tu nak bersihkan najis hukmi ya! Maksudnya kalau kita mop satu kawasan tu contohnya bilik, kita mop aje jangan angkat-angkat perah ke apa ya? Tapi kat rumah saya guna spray mop. Memang tak berangkatlah pun. Kira okeylah ya!

    ReplyDelete
  9. Ye, jangan angkat selagi tak selesai,dah selesai angkat le, jgn bio tertunggin kt situ je.
    Kalo spray mop tu tak sure la MD nak jatuhkan hukum camane sbb ni benda baru, dulu takde spray mop

    ReplyDelete
  10. Bagus jugak tu mak, ikut sunnah....Tp aku selalunya makan sekali gus...teruk ek. Nak cuba mcm ko jugaklah nanti.

    2 tahun sudah punya puasa, ada jiran aku suka bagi bagi kuih kuih ni mak tp dia dah meninggal. Sedih ek.

    Aku biasanya air panas je mak. Kalau air sejuk ni selalunya air sirap bandung. Tak pun beli air mangga

    ReplyDelete
  11. moga bukan ramadhan yang terakhir

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign