Asam Garam Kehidupan: 10 Ramadhan 1438H.

Nuffnang

Pages

5 Jun 2017

10 Ramadhan 1438H.

Bangun siapkan sahur pukul 4 pagi terus telepon si abang takut dia tak terkejut. Dah duduk sendiri macam tu, risau juga hati ni. Kesian, sedih pun ada. Dulu zaman dia sekolah duduk asrama takdelah aku kisah sangat, dah tentu2 ada Warden, pegi makan sahur reramai kat DEMA ( Dewan makan ) pastu solat jemaah.

Si kakak dulu takdelah aku rasa risau sangat. Mungkin sebab aku lebih yakin kakak lebih berdikari. Solat pun dah tak perlu nak diingatkan sangat. Yang si abang ni serba-serbi kena pantau, kalau tak Kat rumah tu seharianlah dia ngadap game. Den raso nak humban dalam sungai je komputer tu.

Bila tanya berbuka apa first day (ahad ) puasa kat dorm, katany berbuka di Cafe tapi mahal, rm7 nasi lauk ayam dan air, yelah selama ni time berbuka semua dah terhidang, tinggal nak makan je. Masa duk asrama pun tinggal beratur je amik makanan takyah bayar walaupun hakikatnya abah dah bayar dalam yuran tahunan tu, tapi bila dah duduk dorm kenalah keluarkan duit sendiri walaupun hakikatnya duit tu keluar dari poket abah..

Semalam lega sikit perasaanku, katanya iftar di masjid dapat makanan free. Alhamdulillah..
Tinggal untuk sahur je, nak beli roti katanya.

Dah 11 Ramadhan dah hari ni kan? Bagaimana pengisian ramadhan kalian, in shaa Allah makin bertambah roh amalnya.
Jadilah kan, Alhamdulillah.

14 comments:

  1. Rasanya pandailah mereka berdikari.
    Cuma sekarang harga makanan agak tinggi.
    Nak cari menu bawah RM5.00 memang dah tak jumpa.

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah, boleh tu..cuma dah hati ibu nikan, asyik terfikir, camane, apa..pdhal ank lelaki tu, hihi.

    Tulahkan, mana Ada mknan murah skrg ni

    ReplyDelete
  3. mak2 macam nilah kak kan tetap teringat anak tu walaupun dah besar panjang, terfikir anak makan apa, buat apa.

    InshaAllah masuk ke bahagian ke dua ramadhan ni moga amalan kita pun bertambah. apa yang hendak dibuat moga tercapailah hendaknya saya ni, macam2 azam dibuat untuk tambah amalan. alhamdulillah setakat ini berjayalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye mama Yan, betullah sangat, asyik teringatkan ank je, harap2 dia ok je, akk sebenarnya risau kalo2 dia tak solat, janganlah mcm tu.

      Moga kita dpt istiqomah mengerjakan kebaikan di bulan yg penuh barokah ni, aminnn.

      Delete
    2. Ye mama Yan, betullah sangat, asyik teringatkan ank je, harap2 dia ok je, akk sebenarnya risau kalo2 dia tak solat, janganlah mcm tu.

      Moga kita dpt istiqomah mengerjakan kebaikan di bulan yg penuh barokah ni, aminnn.

      Delete
  4. ANAK2 KITA TAHU BERDIKARI TAPI KITA TETAP RISAUKANMRK..HARGA MAKANAN LA NI TERLALU MHL SEJAK ADA GST

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak, kesian Kat makpak dan ank2 yg tengah belajar, kenalah berjimat betul2

      Delete
  5. Teringat time kat asrama dulu, bulan posa. Pagi2 buta loceng berbunyi untuk sahur. Tapi of course lah PH tak join makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tu lazim tu kt asrama nk kejutkan budak2 sahur. Non Muslim mkn camane kt asrama, Ada makan ke tghari atau kena beli?

      Delete
    2. Sekolah ada buat peruntukan untuk non-Muslims. So lunchtime, kita orang just pergi jumpa makcik kantin untuk makan tengahari and breakfast.

      Delete
  6. Betullah mak....bab solat ni anak pompuan dgn lelaki mmg lain banyak betul.
    Anak lelaki den mmg hari hari makan masjid mak. Dia kata adalah baru 2 kali dia makan luo. Sekarang ni memang serba serbi mahal. Nak buek camno. Kita hidup ni pun nak kena makan jugakkan..

    ReplyDelete
  7. insyaAllah anak2 kak ok tu, kesian gak budak2

    ReplyDelete
  8. Anak kita sib baik dekat, ujung2 minggu boleh balik..

    Baru minggu ni anak bujang berbuka di u stlh diberi cuti seminggu, hari pertama berbuka & bersahur kt sana, sy masak lebih ntuk dia & rakan2 serumahnya (8 org), semasa otw hntar, singgah param beli ayam golek seekor & roti john.

    Hari kedua, dia beli nasi ayam goreng + kuah gulai tempoyak ( RM5), bersahur bancuh air & makan biskut.

    Semalam ada jemputan khas ntuk pelajar2 sempena perasmian masjid baru, makan free.

    Jumaat nnt, kebetulan saya ke sana ntuk persiapan prgm, terus ambil dia bawa balik ke rumah, isninkan cuti Nuzul al quran.

    ReplyDelete
  9. Masa ank2 akak mula masuk u dulu ,samalah mcm Azi tepon ank selepas masak sahur ,baik yg llaki/ ppuan.Sebenarnya bukan mereka tak terjaga pun cuma kita mak2 ni risau je.
    Pasal rega mknn tu anak2 terpaksa redha je,mmng mahal kata nya.Yg mk pak pun terpaksa redha menghulur dah penghujung sem ni masing2 dah kering poket.Nak berjimat akak kirim kan mknn kering utk mereka bertiga buat tambah2.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign