Asam Garam Kehidupan: Tegang urat weyh.

Nuffnang

Pages

19 Oct 2017

Tegang urat weyh.

Anak2 dok kecoh kenapalah ibu tak cuti, sekolah cuti katanya. Memangle sekolah cuti seminggu nak oi, tapi orang bekerja cutinya sehari je sempena deepavali. Baik Umar Zikri, baik kakak Nadhrah sorang pun tak mau ikut ibu pergi tadika. Tadika tak cuti eh? Aah, tadika den tu ada day care, tapi yang datang tu tak sampai separuh pun, so takdelah tension benau orang cuti, den kojo.

Semalam dah cuti tu, kita bawaklah anak2 jenjalan makan rojak Bellamy kat Jalan Bellamy tu. Sebelum pergi tu siap tanya dulu kat mylaling bersih ke..sebab bila sebut kedai mamak ni den ni dah jadi macam satu skeptical plak..dah banyak citer pasai kedai mamak ni kan, terutama bab2 kebersihan. Kedai mamak bawah tadika den tu, den selalu usha, kadang tengok bawang pun tak basuh, kopek2 terus potong bawak masuk dalam dapur, kalau ikan tu, siang2 buang perut masuk bakul jirus air je. Kalau den ikan tu bersihkan sekor2 siap kikis celah2 tulang darah yang hitam tu, barulah tak hanyir.

Oklah den jamin rojak mamak Bellamy tu kedainya bersih sebab nampak dapurnya konsep open air gitu kan, silalah sesapa yang teringin nak makan rojak tu.

Sempat singgah Kat Taman Tugu juga. Kira banyakla berjalan guna kaki( Kiki..memanglah jalan guna kaki, takkan guna tangan, maksud den tu berjalan kaki ) jalan mendaki takdelah sakit lutut dah sejak makan vivik Shaklee  ni. Sebenarnya den tak pernah sampai ke taman Tugu tu, seronok juga banyak pokok, ada sungai buatan. Toklaki den tu lebih suka tempat macam ni, kalau ajak ke soping mall maunya Raya taun depan baru dapat, tu pun sebab nak beli baju raya anak2.

Dah penat jenjalan semalam, so hari ni den amik cuti emergency gitew, alasan sangat kat boss, tegang urat banyak jenjalan. Tapi memanglah terasa tebal je peha ni masa duduk tahiyat tu, betis pun tegang je. Yelah masa jalan2 tu tak beringat yang awak tu dah tua..kan, padan muka den.

So hari ni, terasa bestnya jadi suri rumah sepenuh masa tengok suami pergi kerja, babai bah..bawak kete elok2..

Jadi bolehle kemas rumah, kain baju, dapur, bunga2 pastu landing2 depan tv macam mak okje tu kan.
Mak, Kita geng hari ni tau.
Abang speki tu seminggu ni cuti, nanti masuk second semester plak, dah bosan dok umah main game je, so abah bawak jalan2 Kat taman pun ikut jelah kan.

10 comments:

  1. Soalan yang sama dari anak saya, kesian diaorang cuti seminggu tapi dapat spent masa sehari..

    Hujung bulan ni final year exam jadi saya ada alasan bgtau tak boleh jalan duk rumah buat revision, lepas periksa baru pi jalan, hehehe

    ReplyDelete
  2. Takpelah Azi sesekali cuti,kata dah tegang urat berjalan2 tu.Yang penting budak2 enjoy.

    ReplyDelete
  3. Betul tu sis.. anak cuti, bapak mak kerja... camne kan.. hihi

    ReplyDelete
  4. PH cuti seminggu sebab tension hee..hee..seronok rileks gitu, boleh gi shopping bila2. Baguslah ticer dan hubby bawak anak2 gi jalan2. Kalau tidak, boring jugak budak2 dok rumah.

    ReplyDelete
  5. ingat bertegang urat = bergaduh.. rupa2nya penat.. ok, amik cuti mmg boleh release tensyen... akak cuti seminggu tp tensyen juga sbb nak perabih menanda kertas exam.. uwaa..

    ReplyDelete
  6. Seronok tak jadi surirumah Kak :p

    Saya pulak dah fening kepala Kak, anak2 cuti seminggu rumah jadi macam tadika. Kejap gelak, kejap nangis, kejap baik kejap gaduh huhu...

    ReplyDelete
  7. saya suka jadi housewife sambil kerja di rumah. anak kak dah ok ke matanya?

    ReplyDelete
  8. Jalan jalan walaupun kat taman aje....dah seronok kalau ramai ramai...meriahhh gtu...

    ReplyDelete
  9. Aku tengah teringin nak makan rojak ayam ni mak... Hari tu masa gi rumah kawan aku kat Taman Teknologi tu beli rojak kat situ sedap pulak. Melayu yg jual. Nak ke situ ke, nak ke Bellamy ke jauh pulak weyh. Ha a aku pernah gak makan rojak kat Bellamy tu...zaman keje lah....

    Seronokkan mak jalan satu family mcm tu.... tp budak lelaki kadang tak suka.

    Ko senyap je kat WA mak.... bizi ke

    ReplyDelete
  10. Syafi pun Tanya juga mama x cuti ke. Alahai.. kalau boleh lah hari2 nk cuti.. anak2 nak manja la Tu kan

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign