Asam Garam Kehidupan: Mihun rice cooker.

Nuffnang

Pages

14 Oct 2018

Mihun rice cooker.

Haaa,  boleh aje kan,  kita buat dia.

Kat tadika saya tu takde dapur.  Cuma ada rice cooker untuk masak nasi. Lauk tempah dari luar.  Nak air panas ada coway, pendek cerita serba mudah dah,  takyah masak lauk,  takyah masak air panas, tak bersyukur lagi tak taulah caner kan.

Tapi kesian gak kat bebudak ni, dah muak minum petang asyik disajikan dengan roti kaya,  kek pisang, biskut. Den ni ado yo anak yang tengah membesar,  kadang tu bawak bekal roti jam,  sehari lagi sandwich sardin.. Tak dimakan pun,  ado laie dalam peti sejuk tu ha,  sayang lak nak buang,  nak makan pun tak lalu dah.  Kalau bebudak tu taknak makan den pun tarbiah la dengan cerita kanak2 kat Syria ada yang sampai makan rumput sebab takde makanan, tapi nampaknya tak berkesan.  Bila dihidangkan roti,  dorang buat macam tak nampak jer,  sabo jelah..

Den pun dapat idea. Kan den ni otak bergeliga,  aritu dah try buat nasi goreng,  guna perencah nasi goreng adabi,  tambah fish ball,  tambah isi ayam lebihan lauk tengahari. Berselera dorang makan.

Hah?  Masak macam mana? Agak2?  Well..










Guna rice cooker.  Pandai tak?  Hihi.  Ni den goreng mihun.  Mihun tu celur dulu dengan air panas coway.  Beli perencah mihun goreng adabi,  tambah fish ball,  isi ayam lebihan lauk tengahari,  tambah kicap,  tambah garam. Siap untuk dihidang. Tak lama pun, ada dalam 10 minit rasanya,  takyah guna noxxa,  rice cooker pun boleh,  haha.. 

9 comments:

  1. Hari2 mkn roti/biskut tak lalu jg..kreatif cikgu..hihi..

    ReplyDelete
  2. Kena kreatif pn. Nohas, hihi

    ReplyDelete
  3. Mujur lah ticernya kreatif. Kenyang anak2 tu :)

    Ala akak, kita baru beli Noxxa :D

    ReplyDelete
  4. Haha, tulah tak tanya akk dulu.

    ReplyDelete
  5. Rice cooker tu mcm2 kegunaan..

    Sy pernah bawa ravelling jika keja luar byk hari, x lalu weyhhh nak makan kedai yang penuh dgn bahan perasa.. 🤗

    ReplyDelete
  6. Ehhhh.. rice cooker cam ni mmg boleh pelbagai masaknya.. teringat zaman duduk asrama. semua guna rice cooker cam ni. masak sambal tumis lah.. memacam lah.

    ReplyDelete
  7. Mujur tecer kreatif...ada rice cooker semua boleh jadi.
    Anak akak masa kat u dulu,dia orang siap buat pizza dlm rice cooker.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Betul tu, hari-hari benda yang sama, jemu juga juga budak-budak tu.. mujur juga ticernya kreatif memanfaatkan apa yang ada. Memang macam-macam kegunaan rice cooker ni, nanti buleh try buat dodol guna rice cooker ni.hehe

    ReplyDelete
  9. Budak-budak pun pandai memilih makanan tau sekarang ni... terbaik lah tecer...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign