Asam Garam Kehidupan: Jauh di sudut hati..

Nuffnang

Pages

19 Dec 2018

Jauh di sudut hati..

ok terima kasih atas segala2nya, sbnrnya kat i brain saya cuma ingat tc sorg je, xde tc xde i brain, surah al mulk tu mmg saya akan pastikan alya hafal
kalo x silap tc nak buka tuisyen atau taska sendiri kan? semoga maju jaya.
----------@-----------------------@-----------------------(salah satu ucapan dari parent kepadaku)

Banyak kenangan yang tersimpan sepanjang 4 tahun aku bersama anak2 di situ. Mereka adalah sebahagian dari hidup aku. Bersama mereka membuatkan aku hidup dan ceria. Sungguh..dunia bersama anak2 memang penuh warna-warni yang indah. Penuh gelak tawa, dunia yang tiada dendam, tiada benci...bertingkah sebentar, seminit kemudian mereka berpeluk bahu semula...

Berat sebenarnya keputusan yang aku ambil itu. Bila teringatkan budak2 tu, teringatkan ada antara parent yang betul2 baik terhadapku..ada antaranya yang tidak jadi sambung walaupun sebelum tu kata nak sambung, ada yang tunggu sampai aku bagitau aku ada lagi di situ tahun depan, baru bayar duit pendaftaran..

Bukan salah sesiapa. Salahnya aku sendiri. Aku yang cepat terasa hati. Aku yang tidak mampu memimpin guru2 lain dengan baik setelah dipertanggungjawabkan. Aku yang rasa diri ini dah tak diperlukan lagi, kerana itu aku ambil keputusan yang berat ini.
Lagipun jiwaku makin tak serasi rasanya..sebab..aku tak mampu nak dominan dalam menekankan nilai2 islamik di situ..aku keseorangan...tiada kekuatan, satu lawan enam..

In shaa Allah kalau ada rezeki, aku dah hantar resume kat satu tadika tu, yang lebih sesuai dengan jiwaku, harap2nya...cuma tak taulah, sebab aku dah tua juga, dah tak lincah macam orang muda..tapi aku tau aku ada kesungguhan. Kesungguhan dalam menunaikan tanggungjawab terhadap pembelajaran anak2 terutamanya, aku pastikan anak2 yang habis pengajian tu keluar dengan boleh membaca, menulis, dapat adab2 yang asas dalam membina peribadi mereka..jika ada kebaikan buatku ya Allah...maka Kau rezekikanlah..
Buat anak2 yang kutinggalkan, moga kamu berjaya. Buat cikgu2 yang dah lama bersamaku, ampun maaf atas semua kelemahanku..buat majikan ku yang baik..halalkan semua kemudahan yang telah kugunakan..semoga terus maju jaya.
Dalam mengajar aku memang agak garang, tapu aku sayangkan budak2 ni. 
Kadang2 perangai mereka memang menguji kesabaran, tapi aku tetap sayang..
Bersama mereka, ibarat aku duduk di kalangan ahli syurga..
Selamat tinggal sayang ticer..kalau terjumpa di mana2 sapalah ticer yea. Korang akan selalu ada di dalam hati ticer. Saat2 manis akan selalu menjadi kenangan hidup ticer.

6 comments:

  1. satu keputusan yang berat untuk dibuatkan, tapi adakalanya kita perlua buat keputusan untuk sesuatu yang lebih baik. InshaAllah kak...moga Allah permudahkan urusan akak dan dapat kerja di tadika yang baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, jika ada kebaikan utk akk, adalah rezekinya.

      Delete
  2. Berulang kali saya baca dari semalam, tak mampu nak komen..

    Sebak, pilu bermain di fikiran.. kerjaya yang sudah sebati di dalam diri bertahun sudah.. . 😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat jatuh lagi dikenang UA..inikan pula tmpt mencari rezeki, tmpt beroleh kawan, saya teringat2 kat budak2 tu, parents yg baik...tapi tulah, biarlah saya mengundur diri..

      Delete
  3. Insya Allah..semoga ada rezeki di tadika baru.

    ReplyDelete
  4. Sunyi pulak ticer tanpa budak2 ni. Anyway, PH nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat ticer and family.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign