Asam Garam Kehidupan: Sapa ada idea camana???

Nuffnang

Pages

16 Apr 2019

Sapa ada idea camana???

Guys, help2x, tulun2x saya..camana ni..oh jap, this entri is no gambar yea, sebab mytoklaki nampak menatang ni pukui 11.30 malam tadi camtulah, den dah selamat beradu..pagi ni bila dia cerita baru den dok kalut sebab den yang akan berperang dengan dia ni..camani ni, dok pikiaq idea tak datang lagi ni..

Habih la, kena exra effort la nampak gayanya, dahle dapuq den tu tak besaq mana, nak kena adjust lagu mana tak tau lagi ni, nak biaq lagu tu jah tak buleh, ehhh..tak buleh, kang habih satu keluarga kena penyakit leptospirosis..menatang apa?? Nauzubillah..naiya betoi..

Dia dok masuk kat dalam rumah den tu kot celah exzos fan kat dapur tu..tulah satu2nya lubang yang ada kat rumah den, tingkap kecik kat tandas pun tutup..pendek kata itulah satu2nya jalan yang dia boleh masuk. Exzos fan tu dahla penting, kalau tutup kang habihla beruap rumah tu time masak2, ada je dapur hud eh? Alah yang nak serap minyak dan asap tu, tapi tak berapa nak berfungsi, beli kemainla mahai, tapi tak kualiti pun, asap dok berkelun sampai ke depan ruang tamu, tu yang pasang eczos fan tu..

Malam tadi tu yang first time suami nampak. Sebelum2 ni takde. Kalau dah dia tau laluan tu alamatnya tiap2 malam la dia dok masuk cari makan kan, aduiiii..camana ni?

Korang tolong sama pening2kan kepala tu, tolong pikiaqkan untuk den camana cara dok nak halang supaya menatang ni tak masuk. Tolong kadi idea bernas yang boleh den praktikkan. Den ada dok pikir nak beli racunla, gamla..tapi depa kan macam dah bijak juga, kadang racun tu kemain comey cam coklat warna pink tu kan, depa tak sentuh pun..

Aduiii...masalahla menatang tikuih tanah ni.

6 comments:

  1. saya pernah baca letak serbuk lada hitam pada laluan tikus tu, tak pun letak daun semambu

    ReplyDelete
  2. Daun sembu ek,okeh yan, tq so much, nnt akk minta dgn jiran india kat sini

    ReplyDelete
  3. Beli racun tikus ala2 makanan ringan gitu, letak le bawah peti ais ke.. agak2 tenpat mainan dia..

    Kat rumah ni pernah masuk seekor anak, siap landing lagi dalam bekas cili kering (tak pasal2 jadi rezeki tong sampah)

    Saya beli racun dan letak dipenjuru. Dlm 2-3 hari jumpa dalam bilik air dalam keadaan nazak..

    Sekarang ni ada anak2 bulus, usahkan cik ti, lipas & cicah tak sempat nak melintas, pasti.jadi.mangsa mereka anak beranak..

    ReplyDelete
  4. suami akak gunakan perangkap yg 4 segi tu Azi.Walaupun ia binatang bwk penyakit abng tak sanggup nk bunuh gunakan gam racun atau perangkap yg cepit tu.Kalau dh terperangkap biasanya abng buang jauh2.
    Kat rumah akak dah lama xde masalah tikus ...mungkin sebab kucing banyak.

    ReplyDelete
  5. Hmmm, kalau bela kucing membantu tak? Hehe

    ReplyDelete
  6. ada orang letak serbuk lada hitam. bagi dia rasa pedih pedas bila lalu lalang. nanti dia tak mau datang lagi :)

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign